69

0 0 0
                                    

Flora mencelikkan mata apabila telinga menangkap bunyi seperti seseorang berada di dapur.

Tiba-tiba, kepalanya terasa berat seperti ada sesuatu yang menindihnya. Mata cuba melihat namun sekejap saja, dia sudah tahu 'apa' yang menindihnya melalui rambut yang terjuntai.

Pipi Faiq dipegang supaya dia bangun bagi membolehkan Flora juga bangun.

"Abang, bangun. Tidur la elok-elok. Sakit pinggang tu nanti" kata Flora seraya menepuk-nepuk pipi suaminya.

Faiq yang merasakan pipinya seperti ditepuk oleh seseorang lantas mencelikkan mata. Kepala diangkat lalu memusingkan ke kiri dan ke kanan bagi menghilangkan lenguh di tengkuk.

Flora juga turut bangun apabila terasa berat di kepala mengurang.

"Baring sini dulu. Flo nak pergi dapur nak tengok mummy. Rasanya mummy dah sampai tu" kata Flora kepada Faiq. Dia menarik kepala Faiq agar kembali berbaring lalu melabuhkan ciuman ringkas di dahi suami.

Kaki kemudian menuju ke arah dapur. Memang betul tekaannya. Mak mertuanya berada di situ.

"Mummy" sapa Flora kemudian menyalam tangan ibu mertuanya itu.

"Flo. Dah bangun?"

Flora hanya tersengih kecil.

"Dah lama ke mummy sampai?" tanya Flora. Punggung dilabuhkan di kerusi kitchen island.

"Haah. Bubur pun dah siap ni ha" tunjuk Datin Syarifah.

"Sorry mummy, tak dapat nak tolong. Ingat nak pejam mata je tadi. Tak sangka pula sampai tertidur" kata Flora serba salah.

"Takde apa lah. Mummy pun tak sampai hati nak kejut. Tengok selesa je anak menantu mummy tidur"

"Tu lah. Flora pun tak sedar macam mana Flora pula yang berbaring. Rasanya sebelum tidur tadi Flora yang duduk, abang yang berbaring"

"Faiq yang alihkan la tu. Kesian Flo sakit pinggang nanti kalau tidur macam tu"

"Dah, pergi bawa ni kat depan. Mummy nak kemas dapur kejap"

"Eh takpe lah mummy, biar Flora je yang kemaskan. Mummy tinggal je"

"Takpe, sikit je ni. Flo pergi kejut Faiq tu suruh makan. Karang sejuk tak sedap"

"Ye lah. Thanks mummy tolong buatkan"

Datin Syarifah hanya mengangguk dan tersenyum. Apabila kelibat Flora semakin menjauh, dia menggeleng perlahan. Dah sarat pun nak buat kerja lagi!

"Abang, wake up. Bubur dah siap ni" kata Flora lalu meletakkan bubur tersebut di atas meja kopi. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Faiq.

"Hey, bangun" kata Flora lagi. Dia menepuk-nepuk pipi suaminya agar bangun.

Faiq akur. Dia dengan malas, bangun menghadap Flora. Tak lama, dia bergerak mendekati Flora lalu dipeluk tubuh isterinya kesayangannya itu.

"Hey, macam mana nak suap kalau macam ni?" hampir menjerit Flora tatkala tubuhnya tiba-tiba di peluk. Mujur tak tumpah bubur di dalam mangkuk itu.

"Suap je la macam ni" kata Faiq dengan suara serak basah.

Flora hanya menggelengkan kepalanya lalu diambil satu sudu bubur untuk disuap kepada Faiq.

"Open your mouth" arah Flora.

Faiq membuka mulut lalu dengan pantas Flora menyuapnya. Takut jikalau tumpah. Dah la panas. Tapi sempat Flora meniup dahulu bubur itu sebelum menyuap Faiq.

"Amboi, nak makan pun kena bersuap eh" sergah satu suara dari arah belakang.

"Mestilah mummy, dah ada bini kan" kata Faiq selamba.

Faiq kemudian membuka mulut, mengarahkan Flora supaya menyuapnya. Flora hanya akur.

Datin Syarifah hanya menggelengkan kepala melihat telatah manja anak lelakinya.

"Cuba makan tu duduk elok-elok. Orang nak suap pun payah tau" marah Datin Syarifah kepada anaknya, Faiq.

Faiq mencebik lalu membetulkan badannya.

Flora yang melihat hanya menghamburkan ketawa kecil. Sempat disuap satu sudu lagi bubur ke dalam mulut suaminya.

"Padan muka. Orang cakap tadi taknak dengar. Kan dah kena marah" ejek Flora.

Memuncung bibir Faiq mendengar ejekan isterinya. Sudu yang dihalakan ke arahnya dipulau.

"Alo merajuk pula dia. Cepatla abang. Lenguh ni" gesa Flora. Sengaja menggunakan kuasa vetonyo supaya Faiq sambung makan.

Terus Faiq menyambut huluran itu apabila Flora kata dirinya lenguh.

Flora mengukirkan senyuman apabila Faiq menyambut hulurannya. Kepala ditoleh menghadap ibu mertuanya yang sedari tadi, memerhati tingkah mereka.

"M-mummy nak balik terus ke? Kalau nak balik terus biar abang je la hantarkan. Badan dia pun dah kurang panas ni" kata Flora sedikit gagap. Bukan apa, malu.

"Eh apa pula abang yang hantarkan? Habistu sayang? Takkan nak tinggal seorang kat rumah ni?" cantas Faiq laju.

"Apa abang ni. Habistu, takkan nak mummy balik seorang? Flo okay je la duduk seorang" marah Flora.

"Eh dah! tak payah la gaduh sebab mummy. Mummy okay je Flo. Lagipun lepasni mummy nak ke butik Flo kejap. Lama tak pergi butik. Mana tahu ada tudung yang mummy berkenan pulak? hahaha" gurau Datin Syarifah.

"Oh ye ke? Kalau mummy nak, mummy ambil je la, Flo bayarkan. Nanti Flo bagitau Aisy" kata Flora.

"Ish tak payah la. Mummy boleh guna duit mummy sendiri" halang Datin Syarifah.

Faiq di sebelah hanya mengangguk mengiyakan. Flora kemudian memandang tajam ke arah suaminya. Faiq hanya tersengih kecil lalu membuka mulut menyuruh Flora menyuapnya.

"Mummy pergi dengan apa? Nak abang hantarkan ke?" tanya Flora sambil tangan menyuap si suami.

"Eh tak payah. Hisyam dah tunggu kat depan tu. Dia yang bawakan mummy ke sini tadi. Rasanya dia ada lagi tu duk bercakap dengan Mail"

Flora hanya mengangguk.

"Okay lah Flo. Mummy pergi dulu lah. Flo sambung lah suap suami Flo yang mengada ni" kata Datin Syarifah selamba. Dia bangun mendekati anak dan menantunya.

Flora hanya tersengih kecil lalu bangun untuk bersalaman dengan ibu mertuanya. Faiq disebelah juga turut bangun.

"Bye sayang, Tokmy pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi. Kalau papa kacau Ibu, baby bagitau je Tokmy, nanti Tokmy pukul papa" kata Datin Syarifah seraya mengusap lembut perut menantunya. Dia menjeling sekilas anak lelakinya yang berada di sebelah Flora.

Seperti tadi, seakan dapat memahami kata-kata daripada Tokmy nya, bayi di dalam perut itu menendang. Tergelak kecil Flora dibuatnya.

Datin Syarifah tersenyum kecil. Dia kemudian menghadap pula anak lelakinya di hadapan.

Faiq hanya tersengih seperti kerang busuk lalu menyalami tangan syurganya itu.

"Jaga Flo elok-elok. Kalau ada apa-apa, bagitau mummy cepat. Jangan susahkan Flo" pesan Datin Syarifah kepada anaknya.

"Ye mummy, mummy pun jaga diri elok-elok. Kalau susahkan mummy takpe kan? hehe" kata Faiq selamba dan kerana itu, dia mengaduh kesakitan akibat cubitan mummynya di perut.

"Mengada. Dah mummy balik dulu"

Mereka mengiring mummy sehingga ke muka pintu sehingga kereta yang dinaiki mummynya itu hilang dari pandangan.

Faiq kemudian menutup kembali pintu rumah tersebut lalu menggamit Flora untuk menyambung menyuapnya makan.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now