Bab 18

0 0 0
                                    

Ding Dong!

Fareeq mendengus kecil apabila loceng rumahnya berbunyi. Siapa pula yang datang pagi-pagi macam ni?! Dengan malas dia turun daripada katilnya dan melangkah ke bawah untuk membuka pintu. Terpapar muka tegang Faieq saat Fareeq membuka pintu itu.

"Kau baru bangun ke gila?" Hilang sudah muka tegang Faieq digantikan dengan muka berkerut. Matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun? Ini kalau aku tak datang, mahunya 2 kali jumaat lagi. Faieq membebel di dalam hati.

"Diamlah kau. Tak payah nak membebel. Apahal kau datang sini ni?" Fareeq cuba untuk mengubah topik. Malas nak dengar lelaki ini membebel sebenarnya. Pintu ditutup. Dia kemudian terus berjalan ke arah Faieq yang sudah melabuhkan punggungnya di sofa.

Faieq yang baru teringat akan hal sebenar dia datang ke rumah ini terus saja berdehem. Muka kembali tegang.

"Aku nak kau cari mamat tu sampai dapat." Serius Faieq berkata membuatkan kening Fareeq berkerut.

"Mamat gila tu?" tanya Fareeq. Punggung dilabuhkan di kerusi berhadapan Faieq.

Faieq mengangguk.

"Habis, kalau aku jumpa?" tanya Fareeq lagi. Nak buat apa? Ketuk sampai mampus?

"Call aku."

"Bagitau boss kau aku nak pinjam anak buah dia bila dah jumpa nanti. Nanti aku bayar."



...




"Tapi papa..."

"No. Fiea dengar cakap papa, please. Ini untuk kebaikan Fiea juga."

"Fiea taknak pa..."

"Fiea rela kena kacau dengan dia? Kalau dia buat sesuatu yang lebih teruk daripada ni, macam mana? Well at least when you get married, your husband will take care of you, Flora Sofiea." Tegas Dato Faizal berkata.

Hanya mereka berdua sahaja berada di dalam bilik kerja Dato' Faizal ini atas arahan Dato' Faizal sendiri. Dia mahu menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.

"Tapi siapa? Siapa yang nak kahwin dengan Fiea pa? Fiea tak kenal mana-mana lelaki dah dan taknak kenal."

"Papa dah cakapkan, yang itu biar papa yang uruskan. Papa akan suruh keluarga dia masuk meminang Fiea kalau dia setuju. Yang penting, lelaki itu baik dan papa yakin dia dapat jaga Fiea sebagaimana kami jaga Fiea."

"Are you telling me that you and his parents were arrange our married?" Flora mengangkat kening. Curiga.

Dato' Faizal tidak membalas sebaliknya hanya mengangkat bahunya.

"Fiea kenal ke dia pa?" tanya Flora pasrah.

Sekali lagi, Dato' Faizal tidak membalas. Dia hanya menayangkan senyum manis kepada Flora.

"Pa..." Meleret Flora memanggil papanya. Dah tak ada mulut ke papa?

"Jangan risau, sayang. I know the best for you."



...




"Papa nak aku kahwin." Mendatar suara Flora ketika memberitahu Aisy bahawa dia disuruh berkahwin.

"WHAT?! BILA?!" Kuat suara Aisy menjerit. Mujur saja tidak tersembur air yang diminum oleh Aisy itu. Dia memandang muka Flora dengan mata yang terbeliak luas. Gelas yang dipegang diletakkan kembali di atas meja.

"Ish, diam lah sikit. Orang tengok lah." Flora memberi amaran apabila ramai mata-mata mula memandang ke arah mereka.

"Ahh, tak payah kisahlah! Sekarang, kau jawab soalan aku. Bila papa kau, nak kau kahwin?" tanya Aisy sekali lagi. Dia sudah tidak sabar hendak mendengar jawapan Flora.

Sebalikn, Flora hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mungkin secepat yang mungkin? Entahlah.

"Dengan siapa?" tanya Aisy lagi.

Sekali lagi, Flora mengangkat bahu membuatkan Aisy yang berada di hadapannya itu berasa geram.

"Ish kau ni! Kalau semua taktahu, macam mana nak kahwin?" Bentak Aisy.

"Aku taknak kahwin. Papa yang paksa." Selamba Flora membalas. Gelas di atas meja itu dicapai lalu dia menyedut sedikit airnya. Fuh, segar tekak.

"Tapi serious lah.. dengan siapa?" tanya Aisy lagi. Nada suara sudah diperlahankan sedikit.

Flora mengeluh. Haih.. sekali tak dapat jawapan, selagi itu lah dia bertanya.

"Aku taktahu. Bila aku tanya, dia senyum je. Geram je aku dengan bapak kau tu."

"Ehhh! Bapak aku pulak???" Aisy mengerut. Bapak dia kata bapak kita pula.

Flora hanya menjeling.

"Duh, payah lah kalau macam tu." Sambung Aisy lagi. Dia kemudian mengeluh.

Kening Flora berkerut pelik apabila telinganya mendengar Aisy mengeluh. "Yang kau sibuk nak tahu ni kenapa?"

"Saja. Nak tengok handsome ke tak, sesuai ke tak jadi kumbang untuk bunga aku ni.." meleret nada Aisy apabila dia melontarkan perkataan terakhir.

"Banyaklah kau punya kumbang."

"Tapi aku serius. Aku nak tengok dulu sesuai ke tak dengan kau untuk aku lepaskan kau jadi milik orang lain. Kalau tak, aku sendiri yang akan jumpa uncle Faizal suruh dia carikan orang lain." Serius Aisy berkata. Wah, first time nampak Aisy serius! Macam ini ke perasaan 'protective' kawan baik apabila kawan baiknya mahu berkahwin?

"Habistu, kalau tak jumpa juga?" Sengaja Flora menyoal.

"Kau kahwin je lah dengan Ash. Boleh jadi adik ipar aku." Selamba Aisy berkata membuatkan mata Flora terbeliak. Taknak aku jadi adik ipar kau! Kalau aku jadi adik ipar kau, hari-hari kena hadap muka sama!

"Ah, takde masa. Entah-entah si Ash tu pun dah ada girlfriend."

"Ha! apa sebut-sebut nama Ash ni?" Sergah Ash yang tiba-tiba muncul entah dari mana bersama dulang yang dipenuhi pinggan. Jelas menunjukkan bahawa dia sedang membawa makanan itu ke meja mereka.

"Dik, kau nak tak jadi suami Kak Flora kau ni?" tanya Aisy tiba-tiba. Buat kesekian kalinya, mata Flora terbeliak. Gila ke?!

Ditepisnya tangan Aisy yang sedang menunjuk ke arahnya.

Kening Ash berkerut. Tak faham. "Hah?"

"Cepatlah! Nak ke tak?" Gesa Aisy lagi apabila adiknya masih tidak memberi respon.

"Taknaklah.. Ash anggap Kak Flo macam kakak Ash sendiri dah. Kenapa tiba-tiba nak suruh Ash jadi suami Kak Flo ni?" Jujur Ash berkata. Benar, dia sudah menganggap Flora sebagai kakaknya sudah. Lebih kakak daripada kakaknya yang ini.

"Mana ada suruh. Aku tanya je..." Belum sempat Aisy ingin menghabiskan ayatnya, tiba-tiba, Ash menepuk meja itu dengan kuat.

"Kak Flo nak kahwin ke?!" soal Ash dengan nada teruja.

Hampir luruh jantung Flora dibuatnya. Aisy di sebelah cepat-cepat menekup mulut Ash. Problem lah budak ni!

"Diamlah!" Marah Aisy. Dia melepaskan tangannya sebelum dia mencamtumkan tangannya kembali sambil tersengih seperti kerang busuk apabila melihat ramai orang sudah memandang mereka dengan muka berkerut. Mulut digerakkan seperti mengucap perkataan 'sorry'. Ash juga turut sama membuatnya.

Flora di situ sudah menepuk dahinya. Pipi sudah merah menahan malu. Haih la dua beradik ni... tak pasal-pasal satu cafe tahu yang dia nak kahwin nanti. Ini kalau tak jadi macam mana? Tak ke malu?

Kepala Ash kembali melihat Flora. Dia memandang Flora sambil tersengih.

"Kalau tak ada calon juga, baik ambil Abang Faieq tu je. Handsome pun handsome, Kak!" Ash memberi cadangan. Tiba-tiba, Aisy memetik jarinya.

"Pandai! Dah, pergi buat kerja kau. Terima kasih kerana memberi cadangan yang sangat bernas!"

Setelah melihat kelibat Ash hilang, kepala Aisy kembali menoleh memandang Flora bersama senyuman senget.

Ah sudah!

Bunga Sofiea (OG)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن