Bab 1

1 0 0
                                    


"Morning Bunga!" Aisy menyapa sambil  tangannya ligat menyusun beberapa keping roti dan jem untuk sarapan di atas kitchen island.

"Aisy, stop it. Kau tau kan aku tak suka kau panggil aku Bunga?" kata Flora dingin. Langsung tidak membalas ucapan pagi Aisy itu.

"Alah kau ni, rileklah. Nama je Flora, tumbuh-tumbuhan tapi tak suka bunga." Aisy mencebik. Apalah Bunga ni.

Flora menjeling. Kemudian, dia bergerak untuk mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan tempat sahabatnya itu duduk.

Aisy yang tidak kisah akan kelakuan dingin Flora itu terus mencicip air tehnya tanpa membuang masa. Dia memang faham sangat akan perangai Flora yang satu itu. Pagi-pagi memang selalu dingin. Sedingin angin pagi. Tak kisah la datang bulan ke tak, dia memang selalu macam tu. Tapi kalau datang bulan, bukan setakat pagi je dingin, siang malam pagi petang akan dingin juga kalau mood dia tak baik.

"Bila kau nak balik jumpa mama papa kau?" soal Aisy setelah 2 minit berdiam diri.

"Asal? Tak suka aku duduk sini ke?" Soalan, dibalas soalan. Tengok, kan dah cakap.

"Ish kau ni! Takdelah, saja tanya sebab biasa kalau orang baru lepas balik luar negara mesti jumpa mak ayah dulu. Tapi kau ni—" belum sempat Aisy menghabiskan ayatnya, Flora terus memotong.

"Nantilah. Aku nak settlekan meeting aku kat sini dulu. Lagipun dah lama aku tak jejak kaki kat butik ni."

"Kau ada meeting ke harini?" tanya Aisy pelik. Dia tidak tahu pun yang Flora ada meeting harini?

"Hm, baru je dapat call semalam.. dengan Datin Syarifah. Dia nak request tudung dengan kita," balas Flora mendatar. Tangan mengambil sekeping roti lalu disapu jem nutella ke atasnya.

"Aik macam mana dia tahu kita accept request dari customers?" tanya Aisy lagi bersama kening yang berkerut. Dia juga turut mencapai sekeping roti lalu disapu jem kaya ke atasnya. Nak suruh cepat kaya katanya.

"Entah. Agaknya ada lah tu kenalan datin-datin yang dah request dengan kita bagitahu dia." Flora hanya menaikkan dua belah bahunya.

Aisy tidak membalas malah hanya mengangguk sambil mulutnya sibuk menguyah roti.



...



"Flo, aku pergi dulu tau. Jumpa kat butik nanti!" Aisy  melambai-lambaikan tangannya kepada Flora yang sedang membasuh pinggan di dapur rumah mereka.

"Hm."Hanya itu yang dibalas Flora tanpa menoleh ke arah Aisy yang sedang menyarung kasut tumit tingginya di muka pintu.

Bunyi enjin kereta Aisy meluncur keluar dari perkarangan rumah banglo kecilnya itu.

Selesai membasuh pinggan dan mengemas meja yang diduduki olehnya dan Aisy sebentar tadi, Flora terus masuk ke dalam biliknya. Tangan mencapai beg tangan dan menyembur sedikit perfume berjenama Chanelnya ke badan.

Bersiap? Tidak perlu kerana Flora sudah kemas berpakaian kerjanya sejak subuh lagi.

Dia kemudian melangkah keluar dari rumah lalu menuju ke kereta Honda Type R miliknya dan bergerak keluar menuju ke destinasi perjumpaan mereka.

Setibanya dia di hadapan bangunan yang gah itu, dia terus memarkir kan keretanya di tempat parkir kereta yang kosong.

Flora melangkah keluar dari kereta lalu berjalan memasuki ruang menunggu yang ada di dalam bangunan itu. Matanya melilau-lilau ke sekeliling mencari seseorang. Dapat dilihat seorang wanita separuh usia sedang membaca majalah berada di ruangan itu. Kaki terus laju melangkah mendekatinya.

"Assalamualaikum Datin," sapa Flora lembut. Dia harus bersikap professional ketika bekerja.

"Waalaikumussalam.." Kepalanya berpaling, menoleh ke arah punca suara tersebut.

"Flora?" soalnya untuk kepastian.

"Yes, Datin. I'm Flora from Flora's Boutique." Flora memperkenalkan dirinya secara formal. Badan ditunduk sedikit bersama senyuman nipis.

Datin Syarifah tersenyum apabila tekaannya tepat.

"Come, have a sit.." Tangannya diangkat, menyuruh Flora melabuhkan duduk di hadapannya.

Flora hanya mengangguk lalu terus mengambil tempat duduknya.

"Boleh.. cakap Melayu?" Datin Syarifah tiba-tiba menyoal. Mungkin musykil akan Flora yang seperti berdarah kacukan itu serta tutur kata gadis itu sebentar tadi. Walaupun Flora dari butik tudung, mungkin Datin Syarifah mengenalinya hanya sebagai pekerja walhal kenyataannya Flora adalah pemilik butik itu sendiri.

Angkat kepala, Datin Syarifah masih lagi memandangnya. Flora tersenyum nipis.

"Boleh, Datin."

"Good! By the way, tak usah lah panggil Datin. Panggil Aunty je."

"Eh tak boleh Datin, Datin kan client saya. Jadi saya kena professional time kerja." Flora menolak. Sejujurnya, dia agak terkejut kerana Datin Syarifah menyuruhnya memanggil Aunty kerana kebanyakan pelanggannya yang menempah tudung bersamanya, memiliki pangkat yang besar dan tidak ada satu pun di kalangan mereka yang menyuruhnya menggelarkan diri mereka sebagai Aunty. Jadi, Datin ini boleh Flora dikatogorilan sebagai orang yang peramah.

Datin Syarifah pula menggelengkan kepala.

"Nanti lepas habis je kita bincang semua ni, Aunty nak Flora panggil Aunty, Aunty je okey?" Tegasnya lagi.

Malas hendak memanjangkan isu ini lagi, Flora hanya mengangguk bersama senyuman manis. "InsyaAllah.."

"Sebelum tu Aunty nak minta maaf sebab ajak Flora datang kesini. Sepatutnya Aunty yang datang ke butik Flora tapi sebab selepas ini Aunty busy, ada reunion dengan kawan-kawan Aunty di sini jadi Aunty terus ajak Flora datang kesini lah. Aunty harap Flora tak marahkan Aunty," ucap Datin Syarifah serba salah.

Bukan apa, reunion yang akan dilakukan itu berlangsung di hotel sendiri jadi dia perlulah menyediakan apa yang patut untuk keselesaan kawan-kawannya.

"It's okay, Datin. I'm okay." Flora hanya memberikan senyuman manisnya. Tidak mahu wanita itu berasa bersalah.

"Kalau Flora nak join, boleh je. Come, join us. Boleh Aunty kenalkan Flora kepada kawan-kawan Aunty." Datin Syarifah mengajak.

"No its okay Aunty, just enjoy your reunion. Kirim salam Flora pada diorang."

"So, shall we?" Tanpa membuang masa, Flora terus meneruskan kerjanya. Dia mengeluarkan segala buku-buku catatannya dan kemudian meneruskan perbincangan mereka.

Datin Syarifah hanya mengangguk seraya membetulkan posisi duduk supaya lebih selesa.

Setelah hampir 1 jam mereka berbincang perihal tudung yang direquest oleh Datin Syarifah, akhirnya tamat juga.

"Alright thats all ya, Datin? Flora minta diri dulu. Sorry sebab tak boleh teman Datin lama-lama di sini. Ada urusan sikit.."

"Aunty, Flo." Betul Datin Syarifah membuatkan Flora tergelak kecil. Dia kemudian mengangguk. Patuh.

"Yes that's all. Thankyou Flora sebab sudi reka tudung untuk Aunty." Datin Syarifah berterima kasih. Senyumannya langsung tak lekang di bibirnya sejak daripada tadi.

"It's my pleasure, Aunty. Flora minta diri dulu." Flora bangun. Belum sempat tangannya dihulur untuk bersalam dengan Datin Syarifah, Datin Syarifah terlebih dahulu menghulurkan tangannya.

"Hati-hati bawa kereta," pesan Datin Syarifah prihatin.

Flora mengangguk. Kemudian, dia terus berjalan keluar daripada bangunan gah itu selepas selesai meminta izin sekali lagi daripada Datin Syarifah.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now