Bab 14

0 0 0
                                    

Setelah selesai bersalaman, Flora terus melangkah keluar dari rumah agam itu untuk mencari kereta yang dimaksudkan oleh Datin Syarifah tadi.

Terpaksa juga dia menerima pelawaan Datin Syarifah kerana tidak mahu Datin Syarifah terasa hati dan serba salah.

Tok! Tok!

Flora mengetuk cermin kereta yang diduduki oleh Faieq itu.

Faieq menurunkan cermin keretanya. "Masuk."

"Depan ke belakang?" Baru hendak menoleh semula pada telefonnya, Flora bertanya. Dia kemudian
menoleh semula ke arah Flora. Sebelah kening dinaikkan. Ingat aku driver kau ke?

"Depan." Dia terus menutup cermin kereta itu.

Flora mendengus kecil sebelum dia membuka pintu kereta sebelah pemandu.

Melihat Flora sudah berada di dalam kereta, Faieq terus menegakkan tubuhnya. Telefon pintar disimpan.

"Pakai seatbelt. Kang aku break tak pasal-pasal terhantuk." Faieq memberi amaran seraya tangan menarik seatbeltnya.

"Tahu lah."

Perlahan-lahan, kereta itu meluncur keluar dari halaman rumah besar itu lalu bergerak laju di atas jalan raya.

"Just send me to my boutique." Flora tiba-tiba bersuara.

Faieq menoleh sekilas ke arah Flora. Kening berkerut pelik. "Cuti-cuti pun kerja juga ke?"

"Bukan kerja. Nak settlekan hal butik tu je." Malas Flora membalas.

Faieq hanya mengangguk perlahan. Perhatiannya kini kembalu tertumpu pada jalan raya.

Setibanya di hadapan butik Flora, Faieq terus memberhentikan keretanya di parking.

"Nak aku tolong?" tanya Faieq sambil memandang ke arah Flora yang sedang membuka tali pinggang keledarnya. Saja bertanya.

Angkat kepala, Flora memandang Faieq di sebelahnya. Dalam tidak sedar, mata mereka bersabung namun Flora tidak mengetahuinya kerana Faieq memakan cermin mata hitamnya.

"No thanks. Thankyou sebab tolong hantarkan." Flora berterima kasih. Dia kemudiannya terus keluar dari perut kereta itu.

Faieq yang melihat kelakuan gadis itu hanya senyum senget. Perlahan, keretanya mengundur keluar dari kotak parking itu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Serentak Aisy dan Ash menjawab.

"Ash? Buat apa kat sini?" tanya Flora pelik. Rasa-rasanya, dia hanya mengajak Aisy sahaja untuk menguruskan hal butik ini harini?

"Aku ajak dia. Dah kau pergi rumah Datin tadi, takkan aku nak duduk sorang-sorang dalam ni kot?" Aisy menjeling Flora. Dia dan Ash sedang menyusun semula tudung-tudung untuk diletakkan di rak.

Flora hanya menayang muka tidak bersalah. Dengan tenang dia melangkah mendekati kaunter pembayaran. Flora menyusun segala jenis alatan yang berterabur di situ. Dari dalam laci, atas meja, sehingga ke rak yang berada di tepi dinding itu.

"Flo, tudung dah siap susun." Aisy menegur Flora.

"Aku pun dah siap kemas meja ni. Korang tolong sapu kat luar. Aku nak bersihkan office kejap." Flora memberi arahan. Dia bangun untuk membersihkan bilik kerjanya dan Aisy.

"Nak aku tolong?" Aisy bertanya. Dia boleh tolong jika mahu. Setakat menyapu dekat luar ni, Ash seorang boleh buat.

"Tak apa, kau sapu je kat situ. Dah siap nanti, boleh lah rehat dulu."

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now