Bab 34

8 0 0
                                    

"Flo.. Flo! Flo aku minta maaf Flo! Aku minta maaf!" Laju Aisy berlari anak ke arah katil Flora apabila kaki melangkah masuk ke dalam wad persendirian itu. Tangannya bergerak memeluk Flora sebelum dia menyentuh seraut wajah bersih milik Flora.

"Aku minta maaf, Flo.. ini semua salah aku. Kalau bukan sebab aku tak bagi kau keluar tengok apa yang dah jadi, mesti benda ni takkan terjadi dan kalau aku tak tinggalkan kau sendirian dalam tu mesti kau takkan jadi macam ni seorang. Aku minta maaf Flo, aku selfish.."

"Please, Flo.. bangun. Dah tiga hari kau tidur, Flo.." Aisy sudah mula menangis. Dia baru sahaja dapat tahu yang Flora koma. Itupun, telah dipaksa oleh Imran supaya memberitahu. Dapat sahaja surat discharge, Aisy terus berlari ke bilik ini untuk berjumpa Flora.

"Aisy.. stop it. Kau tak salah, Aisy. Kau taktahu pun benda ini nak terjadi kan. Korang berdua tak tahu. Stop salahkan diri kau atas kesalahan yang kau tak buat." Imran cuba memujuk. Sejak dia memberitahu keadaan Flora bagaimana, Aisy tidak berhenti-henti menyalahkan dirinya sendiri atas kejadian yang berlaku.

Aisy menggeleng. "Tak, Im. Ini memang salah aku. Mesti Faieq marah aku kan sebab tinggalkan Flo sendirian?"

Aisy masih lagi menangis, mengenangkan nasibnya yang akan dimarahi oleh Faieq sebentar lagi.

Tiba-tiba, pintu bilik itu dibuka. Faieq muncul dengan pakaiaannya yang serba hitam. Baru sahaja Faieq ingin melangkah masuk ke dalam wad itu, tiba-tiba langkahnya terhenti saat mata terpandangkan gerangan manusia yang ada di dalam wad itu. Dia hanya memandang kosong wajah-wajah di situ sebelum dia terus berpusing kembali, meninggalkan Aisy dan Imran yang terpinga-pinga memandangnya.

Semakin kuat teriakan Aisy saat melihat Faieq melangkah pergi daripada situ. Sudah terang lagi bersuluh yang Faieq marah dengannya.

Imran mula cemas. Tidak tahu hendak membuat apa saat mendengar teriakan Aisy. Laju kakinya mendekati pintu untuk mengejar Faieq.

"Aku pergi kat Faieq kejap." Beritahunya sebelum bayangannya hilang disebalik pintu itu.

Aisy tidak membalas sebaliknya masih duduk di kerusi bersama tangisannya. Dia memandang redup wajah pucat milik Flora itu.

"Ieq!" Imran memanggil. Dia masih lagi nampak belakang tubuh Faieq yang sedang berjalan.

Namun Faieq tidak menoleh mahupun menghentikan langkahnya. Imran mendengus geram. Dia berlari dengan laju mendapatkan Faieq di hadapan.

"Ieq! Kau kenapa?!" Imran menarik bahu Faieq sehingga Faieq hampir terdorong ke belakang.

"Lepas, Im." Mendatar suaranya. Tangan naik menepuk bahu yang dipegang Imran sebelum kaki kembali melangkah.

"Kau kenapa?! Asal kau taknak masuk dalam bilik tu?!"

"Lepas. Aku nak ke kantin." Sekali lagi Faieq memberi amaran. Tangan Imran ditepis lalu dia menyambung langkahnya yang tergendala tadi.

"Kau belum jawab soalan aku, Faieq Sayzriel." Dingin Imran berkata membuatkan langkah Faieq terhenti. Badannya berpusing, menghadap Imran.

"Habis, kau nak aku buat apa? Tumbuk dia macam mana aku tumbuk kau semalam? Jerkah dia sebab tinggalkan Flora sorang-sorang dalam butik tu?" Faieq menyoal. Masih lagi tenang.

"Ini hospital, Im. Aku taknak buat kecoh. Lagipun, dia perempuan. Kawan baik Flora. Aku taknak lepaskan amarah aku pada dia."

"Aku pergi dulu. Nak ke kantin." Faieq pamit. Dia kemudian melangkah pergi dari situ, meninggalkan Imran yang terdiam di tempatnya.



...



"Aisy.." Imran memanggil tatkala melihat Aisy sudah menjatuhkan kepalanya di atas katil Flora. Bersebelahan tangan Flora.

"Hm?" Aisy menyahut. Suaranya sudah serak akibat menangis tadi. Dia angkat kepalanya lalu membetulkan kedudukannya di kerusi itu. Kepala sudah mula terasa pening.

"Faieq marah aku ke?" Aisy bertanya setelah dia teringat bahawa Imran pergi mengejar Faieq sebentar tadi. Lama dia menunggu balasan daripada Imran namun hampa, Imran tidak menjawab.

Dia kemudian tersenyum nipis.

"Memang salah aku. Kalau bukan sebab aku, Flora tak akan jadi macam ni. Dari awak api mula marak hingga Flora keluar daripada butik tu, semuanya salah aku. Aku tak patut halang dan tinggalkan dia seorang dalam butik tu. Aku bukan kawan yang baik untuk kau, Flo. Aku selfish. Aku pentingkan diri aku. Aku keluar dari butik tu tanpa fikirkan kau yang masih tak tahu apa yang terjadi." Sekali lagi, Aisy mula salahkan dirinya sendiri. Air mata kembali bergenang, jatuh membasahi selimut yang menutupi badan Flora.

Imran menggeleng saat melihat Aisy tidak berhabis-habisan menyalahkan dirinya. Sebenarnya Imran juga sedar bahawa dia juga turut sama bersalah dalam hal ini. Dia sepatutnya tidak menghalang perbuatan Faieq dari awal untuk selamatkan Flora. Jika tidak, Flora tentu tidak akan seteruk ini. Namun pada masa itu, dia juga tidak tahu dan tidak menyangka yang perkara ini akan terjadi. Dia juga turut sama cemas apabila melihat api dan asap berkepul-kepul di hadapan matanya. Akibat tidak mahu Faieq tercedera, maka dia pun menghalang. Tak disangka, perkara ini akan jadi seteruk ini.

"Kau baliklah dulu. Mata kau dah sembab tu. Jom, aku hantarkan kau. Kau pun baru saja keluar wad kan?" Imran mengubah topik. Menyuruh Aisy pulang untuk tenangkan diri.

Namun Aisy menggeleng kepalanya perlahan. "Aku nak jaga Flo.."

"Bukan hari ini, Aisy. Kau balik rehat dulu. Kalau nak jaga, jaga esok. Hari ini turn mummy Faieq." Imran tidak bersetuju. Hari ini giliran mummy Faieq, jadi mereka harus memberi ruang untuk wanita itu menjaga Flora.

"Tapi.." Aisy cuba berkata namun dicantas oleh Imran.

"No. Kau kena balik. Ibu ayah kau dah tunggu kau kat rumah." Imran bersuara tegas. Dia sudah janji dengan ibu bapa Aisy bahaw dia akan menghantarnya pulang.

Aisy mengeluh. Dengan malas, dia paksakan juga dirinya untuk bangun dari kerusi itu.

"Aku balik dulu, Flo.. esok aku datang melawat kau lagi." Badan Flora yang terbaring di atas katil itu dipeluk. Aisy kemudian bangun. Dia mengesat air matanya yang masih berada di hujung mata sebelum berjalan menghampiri Imran yang berada di hadapan pintu masuk. Setibanya di hadapan pintu wad, Aisy mengangkat kepala memandang Imran.

"Jom." Imran membuka pintu. Memberi laluan kepada Aisy untuk keluar dahulu.

Belum sempat Aisy ingin melangkah keluar, tubuhnya bertembung dengan Faieq di pintu masuk. Hampir saja mereka berlanggar antara satu sama lain.

Angkat kepala dan lihat saja muka tidak beriak Faieq, terus Aisy meminta diri untuk pamit dahulu.

"Aku turun dulu."

Imran hanya melihat Aisy keluar dari bilik itu bersama wajahnya yang muram. Faieq juga turut sama memandang belakang tubuh gadis itu berjalan bersendirian.

"Pergilah pujuk buah hati kau tu." Faieq berkata apabila dia melepasi tubuh Imran yang masih berdiri di pintu itu. Dia hanya berjalan masuk ke dalam bilik Flora dengan tenang.

Imran terpinga-pinga. Buah hati? Dia kemudian baru teringatkan tentang Aisy, terus saja berlari anak mencari di mana Aisy berada.

Faieq hanya memandang kosong pintu bilik yang sudah tertutup sebelum Imran berlari pergi tadi. Kepala kemudian menoleh, memandang Flora yang masih terbaring kaku di atas katil.

"Bunga.. kau tak nak bangun lagi ke?" Faieq menyoal. Walau dia tahu, Flora tidak akan menjawabnya. Dia hanya memandang redup wajah pucat Flora yang dihalang olek topeng oksigen itu.

Bunga Sofiea (C)Where stories live. Discover now