48

0 0 0
                                    

"Abang!" Terhenti langkah Faieq saat mendengar ada orang memanggilnya.

"Kila? Tak balik rumah sana ke?" Shakila yang ada di sofa ruang tamu itu hanya tersengih. Lama tau dia tunggu Faieq balik!

"Tak, harini Kila tidur sini. Aunty suruh."

Faieq hanya mengangguk. Lankah diatur untuk menaiki lif.

"Eh, abang! kejap!" Shakila
memghalang.

Faieq berpaling. Sebelah kening diangkat seperti bertanyakan 'apa?'

"Macam mana dengan Kak Flo?!"

Faieq tersenyum pahit. "Abang tak tahu."

Laju kening Shakila berkerut saat mendengar jawapan Faieq. "Maksud abang?"

"Dia nampak kita dekat mall tadi. Dia ingat abang curang dengan dia."

Mulut Shakila terlopong luas. "D-dia.."

Faieq mengangguk. "Ya, Kila."

Wajah Shakila sudah bertukar pucat. Serba salah. "Ha-habistu macam mana?! Kak Flo tetap nak cancel wedding ke??? Nak Kila slow talk dengan dia tak?"

Faieq menggeleng. "Tak apa. Bagi dia masa."

"Tapi abang.."

"Bukan salah Kila. Abang yang tak bagitahu dia yang kita nak keluar beli cincin." Faieq menyantas ayat Shakila. Memang salah dia kerana tidak memberitahu bahawa dia sudah pulang.

"Don't worry, nanti abang pujuk Kak Flo." Faieq mengelus lembut rambut Shakila. Memujuknya supaya tidak rasa bersalah.

"Abang naik dulu. Penat." Faieq memberitahu sebelum dia melangkah masuk ke dalam lif meninggalkan Shakila sendirian di ruang tamu mewah itu.

Shakila hanya memandang pemergian Faieq melalui pintu lif itu. Dia mengeluh perlahan. Sorry Kak Flo..

Tutup pintu bilik, Faieq terus melangkah ke arah katilnya. Dia melabuhkan duduk di birai katil. Kemudian, Faieq kembali bangun untuk menunaikan solat isya'.

Selepas pulang dari bertemu dengan Flora tadi, dia sempat singgah di masjid yang berdekatan. Usai solat maghrib, Faieq terus pulang dan sekarang mahu menunaikan solat isya' pula. Lepas solat, boleh tidur terus.

Tangan mencapai telefon yang berada di tepinya. Nama Flora dicari lalu jari menekan-nekan di papan kekunci.

You

Overreacting leads to regret. It's okay to take a break. Take a deep breath and respond when you're calm again.

Aku bagi kau ruang seminggu untuk kau putuskan jawapan kau. Apa pun jawapan kau, aku terima. Tapi kalau dalam masa seminggu kau masih tak bagi jawapan, aku anggap kau masih nak teruskan.

Aku takkan kacau kau hingga hari kau bagi jawapan.

Selamat tinggal, bunga kesayangan aku.. Bunga Sofiea.

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Laju Flora mengambil telefonnya saat mendengar bertalu-talu bunyi notifikasi masuk. Nama yang terpapar di lockscreen dilihat. Faieq.

Terus tangan menekan chat itu. Flora membaca setiap bait kata yang ditulis oleh Faieq dengan laju dan entah kenapa, hatinya tiba-tiba sebak.

Setitik, cecair jernih keluar dari butiran matanya saat membaca mesej terakhir Faieq. Dia dapat merasakan yang hidupnya kini sunyi selepas Faieq menghantar mesej itu.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now