Bab 17

0 0 0
                                    

"Sorry, Flora Sofiea berada di ward nombor berapa ya?" tanya seseorang kepada nurse yang bertugas di kaunter.

"Flora Sofiea?" Nurse itu kembali bertanya untuk meminta kepastian sebelum dia membelek senarai nama pesakit di salah satu fail di atas meja.

"Room number 105, level 3."

"Alright, thankyou!" Ucapnya lalu terus berlari menuju ke bilik yang dinyatakan sebentar tadi.

Tok! Tok! Tok!

"Akak!" Kuat Feliz memanggil apabila kaki melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Flora itu.

Dilihat Flora masih lagi tidak menyedarkan diri.

"Feliz, tunggu!" Serentak Datin Sofi dan Dato' Faizal memanggil Feliz yang lahu berlari ke arah wad Flora. Dia yang tadi tergesa-gesa ingin mengejar langkah anak lelakinya itu berhenti seketika apabila tiba di wad yang menempatkan Flora. Nafas ditarik bagi mencari oksigen yang hilang.

Datin Sofi berjalan mendekati katil anaknya setelah lelahnya berkurang.

"Fiea.. bangun sayang.." Kejut Datin Sofi perlahan. Datin Sofi yang ingin mengusap pipi Flora berkerut pelik apabila tangannya terasa sangat hangat. Lalu tangannya menyentuh seluruh bahagian muka Flora untuk mengesan suhu anak perempuannya.

Dia mengangkat muka memandang suami dan anak lelakinya.

"Panas sangat." Datin Sofi memberitahu. Habis berkerut mukanya kerana risau akan anak perempuannya.

"Erm..?" Kelihatan Flora bergerak dengan muka yang berkerut. Mungkin tidak selesa apabila ada yang menganggu rehatnya.

"Fiea? Fiea are you okay?" Laju Datin Sofi bertanya apabila melihat Flora mula bergerak.

Flora mencelikkan matanya sebelum tangan diangkat memegang sisi kepalanya yang masih terasa pening.

"Hospital?" Dia tidak membalas pertanyaan ibunya sebaliknya menanyakan soalan lain pula.

"Ye, sayang. You're now in the hospital." Tangan Datin Sofi mengusap kepala anak perempuannya.

"Apa yang dah jadi Flo?" tanya Dato' Faizal tiba-tiba. Dia melangkah mendekati katil Flora.



...




Prang!

Bunyi gelas keca yang pecah menyentakkan Flora ke alam nyata. Dia... tidak sedar yang dia hendak mengambil air di meja kecil sebelah katilnya. Sedar-sedar, dah pecah.

"Flo!" Jerit seseorang dari luar bilik sebelum kedengaran tapak kaki seseorang berlari ke arah Flora. Dilihat kelibat 2 orang manusia yang berada di belakangnya juga turut berlari.

"Kau kenapa? Okey tak?" Risau Aisy bertanya namun Flora tidak membalas, sebaliknya dia kembali mengelamun. Aisy yang sedang berbual bersama Faieq dan Imran di luar tadi terkejut apabila terdengar bunyi gelas pecah.

Flora masih lagi tidak menyahut. Dia teringat akan perbualan antara dia dengan keluarganya petang tadi.

"Dia kacau Fiea lagi masa Fiea pergi mall haritu." Jujur Flora berkata.

Diam.

Tidak ada yang bercakap namun Dato' Faizal tidak akan berdiam diri. Dia sedang memikirkan cara untuk melindungi anaknya.

"Kalau macam ni, Fiea kena kahwin secepat mungkin." Setelah beberapa minit berdiam diri, akhirnya Dato' Faizal bersuara.

"Huh???" Flora menayangkan wajah tidak mengerti. Dalam masa-masa begini, papa suruh dia kahwin?

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now