Bab 58

8 0 0
                                    

"Papa mana?" soal Flora selamba saat kakinya sudah sampai di belakang Faieq.

Faieq pusingkan badannya ke belakang untuk melihat sang isteri sebelum bibir tersenyum. "Sayang."

Flora hanya pandang Faieq begitu sahaja. Tidak sedikit pun membalas teguran Faieq. Dia kembali angkat muka memandang Datin Sofi yang sedang menyapu sesuatu di hidung. Kening terjongket naik.

"Papa dekat atas lagi. Fiea tolong panggilkan kejap, boleh? Panggik Fien sekali turun. Kita makan sama-sama." Datin Sofi tersenyum nipis.

Flora hanya pandang muka ibunya dengan pandangan yang pelik. Dia tidak membantah malah hanya mengangguk. Rasanya dia ada dengar suara yang rancak berborak dari atas tadi. Tapi sekarang kenapa senyap pula?

Melihat bayangan Flora sudah hilang disebalik lif yang dinaiki, kepala Faieq laju menoleh ke arah Datin Sofi semula.

"Maafkan mama, Ieq. Mama akan cuba bercakap dengan Fiea selepas ni. Cumanya pasal meracau tu.. cuba kamu tanya Aisy pula. Sepanjang Fiea bangun dari koma, dia yang temankan Fiea di sini dan tidur dengannya. Mama tak tahu pasal ni sebab Aisy pun tak ada cerita apa-apa dekat mama. Ieq jangan risau, nanti mama akan cuba tanya Fiea sendiri."

"Thanks, ma. Apa-apa hal nanti, Ieq bagitahu mama pula. Thankyou sangat-sangat." Ucap Faieq ikhlas. Dia bersyukur dikurniakan mentua yang sangat memahami seperti mereka.

Datin Sofi hanya mengangguk. Sedaya upaya dia cuba ukirkan senyuman walaupun hatinya sudah berasa risau. Dulang makanan kembali diambil sebelum dia meminta diri untuk ke dapur semula.

Usai saja menghabiskan sarapan pagi bersama, Faieq terlebih dahulu meminta diri untuk ke halaman luar rumah mentuanya itu. Katanya ada kerja yang harus dibuat biarpun sekarang dia masih berada di fasa cuti perkahwinan.

Nombor di telefon di tenung lama dahulu sebelum dia ambil keputusan untuk menelefon sahaja pemilik nombor itu. Tak telefon, tak tahu.

Telefon pintar terus ditekup ke telinga selepas saja nombor itu didail. Tidak sampai berapa saat, panggilan itu sudah pun diangkat.

"Hello?" sapa seseorang dahulu di hujung talian.

"Aisy." Faieq memanggil. Namun hanya seketika sebelum dia diam. Matanya memandang sebuah pokok bongsai besar yang dipangkas di halaman rumah"

"Faieq? Ye, kenapa?" soal Aisy pelik apabila orang di hujung talian hanya diam tidak berkutik. Kenapa pula si Faieq ni telefon dia pada waktu begini?

Seakan baru tersedar dari lamunan, Faieq tersentak. Dia jauhkan telefonnya dari telinga sebelum dia pandang nama di skrin. Telefon kembali ditekup. "Aku nak tanya kau something."

"Apa dia?" Aisy menyoal. Tangannya bergerak menekan-nekan papan kekunci sejak dari tadi.

"Is there something happen time kau teman Flora tidur dekat rumah dia?" Usul Faieq terus.

Semerta pertanyaan itu menghentikan perbuatan Aisy. Kening gadis itu berkerut. Something happen? Apa dia?

"What do you mean?" Sekali lagi, Aisy bertanya. Menginginkan maksud di sebalik pertanyaan itu.

"Flora, dia.."

"Eh, Fiea?" tegur Datin Sofi apabila kaki tiba di ruang tamu rumah itu. Bibir tersenyum manis apabila anak perempuannya berpaling.

Punggung dilabuhkan di sebelah Flora.

"Faieq tak masuk lagi ke?" soal Datin Sofi apabila dia tidak melihat bayang menantunya di dalam rumah ini.

Flora geleng kepala. Entah. Dari tadi lagi dekat luar.

"Hm.. so, how's your life? Macam mana, kahwin? Seronok?" soal Datin Sofi sekadar berbasa-basi. Dia selesakan duduknya sebelum badan menghadap Flora yang sedang menonton TV.

Bunga Sofiea (C)Where stories live. Discover now