Bab 2

1 0 0
                                    

"Macam mana design tudung yang kau tengah buat tu?" soal Flora yang berada di kaunter butik sambil membelek laptop. Dikerling sebentar ke arah Aisy yang sedang mengurus baki untuk diberikan kepada pelanggan.

Aisy juga turut bersamanya di situ memandangkan semua pekerja telah mengambil bahagian masing-masing untuk melayan pelanggan. Ada juga sebahagian daripadanya yang sudah keluar untuk makan tengahari.

Hari ini mereka dikejutkan dengan ketibaan pelanggan yang ramai. Disebabkan itu, Flora turut turun padang bagi membantu sedikit sebanyak pekerjanya.

"So far okay, kau jangan risau." Aisy yang baru sahaja menjadi cashier itu memandang muka Flora lalu mengenyitkan matanya bersama tangan yang  membuat gaya berbentuk 'OK'.

Flora mencebik. Tak payah lah sampai kenyit-kenyit mata dekat aku. Dia kemudian menyambung membelek komputer di kaunter itu. Belek apa pun tak tahu lah.

"Flo, jom lunch! Aku lapar lah.." Aisy mengadu. Tangannya dilekapkan pada perutnya yang kempis itu bersama muka yang dibuat sedih.

Angkat kepala, Flora memandang keaadan butiknya dahulu yang sudah semakin berkurang pelanggannya. Semua pekerja yang keluar tadi juga sudah kembali jadi bolehlah mereka keluar untuk makan tengahari sebentar.

"Hm, jom." Flora bangun. Sempat tangan menutup laptop yang digunanya tadi dan memgambil beg tangannya sebelum terus melangkah keluar dari butik itu.

"Eh, tunggu lah aku! Ish!" Sakit hati Aisy dibuatnya apabila Flora selalu meninggal dia di belakang.

Mereka kemudian sama-sama melangkah keluar dari butik itu untuk menuju ke cafe kegemaran mereka yang terletak tidak jauh dari butik ini.

"Ash, nak spaghetti aglio olio and iced green tea dua" sesampainya mereka di kaunter, Aisy terus memesan makanan mereka kepada cashier yang berada di situ.

"Okay," balas lelaki yang bersama Ash tadi kepada Aisy.

Aisy kemudian melangkah mendekati Flora yang sudah berada di meja. Dia menyuruh Flora menge'cop' meja dahulu sementara dia memesan makanan.

Dan seperti yang sudah Aisy tahu, Flora memilih meja yang terletak di hujung dinding. Meja yang tersorok daripada pandangan orang ramai.

Setiap kali Flora datang ke sini, pasti meja itu yang menjadi pilihannya. Apa yang menarik di meja tu pun tak tahu lah.

"Lama aku tak datang sini. Makin cantik eh. Orang pun nampak makin ramai." Komen Flora setelah Aisy melabuhkan duduk berhadapan dengannya.

"Hm takde apa pun. Macam biasa je aku tengok." Aisy mencebik. Dia kemudian mengeluarkan telefon pintarnya lalu menekan sesuatu. Game Candy Crush.

Flora yang sudah lama tidak menjejakkan kaki di sini masih lagi memandang sekeliling cafe tersebut. Memang betul, masih cantik dan masih tersusun. Malah lebih tersusun daripada 3 bulan lepas.

Sedang Flora melilau matanya di sekeliling cafe tersebut, terdapat 2 orang jejaka yang baru melangkah masuk ke dalam cafe itu.

"Macam mana kes kau harini? Susah ke?" Faieq menyoal tanpa memandang Imran di sebelahnya. Tangan sibuk membelek telefon di tangan. Mereka sedang berjalan menuju ke kaunter memesan makanan.

"Ash, give me one spaghetti carbonara, one iced lemon tea and.." sengaja Imran menggantungkan ayatnya di situ. Kepala ditoleh ke arah Faieq disebelah. Menginginkan pesanannya.

Terasa diri diperhati, dia terus mengangkat kepalanya dengan sebelah kening yang dinaikkan ke atas. Dilihat si Ash dan Imran masih lagi memandangnya.

Tahu apa yang hendak ditanya, terus dia melontarkan jawapan.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now