Bab 28

7 1 0
                                    

Hari demi hari, hubungan Flora dengan Faieq semakin membaik. Flora sudah hampir menerima takdir yang dia akan berkahwin dengan Faieq tidak lama lagi. Manakala Faieq pula masih setia menunggu bunganya untuk memekar dan setia menjadi pekebun bunga yang sentiasa menjaga bunganya.

"Flo, harini kau nak pergi mana?" Aisy bertanya saat dia melabuhkan duduk di meja makan mereka.

Flora yang sedang makan itu terhenti seketika. Dia mengangkat kepalanya memandang Aisy. "Kenapa?"

"Tak, saja tanya." Aisy menggeleng. Tangannya bergerak mengambil roti dan jem yang sudah disediakan itu. Dia kemudian menyapukan jem itu di atas roti.

"Aku nak ke butik dulu lepastu nak pergi fitting baju kahwin." Flora berkata, menjawab soalan Aisy sebentar tadi. Dia kemudiannya bangun lalu bergerak ke sinki untuk membasuh pinggannya. Dia sudah selesai makan. Aisy sahaja yang belum kerana Aisy baru saja bangun.

"Hmm seronoknya kahwin.." Aisy menggumam perlahan namun masih dapat didengari oleh Flora.

Flora berpaling, memandang Aisy yang sedang mengunyah rotinya. "Apa kau cakap?"

"Hah? Tak, takde apa." Laju kepala Aisy menggeleng. Dia hanya buat tidak tahu saja saat Flora memandangnya bersama mata yang dipincingkan.

"Kalau nak kahwin, kahwin la dengan Imran. Dia pun single rasanya tu." Flora cuba mengusik. Tangan masih lagi membasuh pinggan.

Tersedak Aisy dibuatnya mendengar kata-kata Flora. Kemudian, dia mencapai segelas air kosong yang berada di tepinya. Merah padam mukanya sekarang. Entah malu atau marah, Flora tidak tahu. Sekonyong-konyong bibir Flora menyenget suka.

"Kau ni Flo! Taknak lah aku!"

"Kenapa taknak?"

Aisy kelihatan terkontang-kanting ingin mencari jawapan. Aaa kenapa eh? Sebab.. mereka hanya kawan?

Flora tarik senyum sinis saat telinga tidak mendengar sebarang jawapan daripada Aisy. Tangan yang sudah bersih di lap pada kain yang berada di tepi singki.

"Dah lah, aku nak pergi bersiap. Makan lah kau seorang." Flora pamit. Dia kemudian hilang, meninggalkan Aisy keseorangan di dapur mereka.

Aisy hanya mencebik. Mulut masih lagi tidak berhenti mengunyah roti, menikmati roti bersama jem kayanya.

Ting!

Faieq
Kat mana?

Flora membaca mesej yang baru sahaja diterimanya. Dengan laju jari menaip untuk membalas pesan itu.

You
Tengah bersiap nak ke butik.

Faieq
Alright, drive safe.

Flora tersenyum sendiri membacanya. Sejak dua menjak ini Faieq selalu menanyakan keberadaannya dimana. Apabila ditanya, katanya mahu meminta update kerana dia tahu Flora tidak akan memulakan perbualan mereka dahulu.

Telefon kembali diletakkan di atas meja sebelum Flora melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

...


"Flo.."

Flora yang sedang duduk mencangkung membuka pintu utama butiknya mengerutkan kening apabila terasa dirinya dipanggil.

Dahi berkerut. Siapa ya? Suara macam kenal.

Kemudian, badannya terus saja bangun daripada cangkungan itu sebelum dia berpusing ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang menegurnya.

Buat seketika, Flora tergamam. Dia tidak sangka yang orang di hadapannya ini muncul lagi di depannya.

"J-joey.." Tergagap-gagap Flora menyeru namanya. Takut diapa-apakan. Kaki mengundur satu langkah daripada tempatnya.

Joey terkedu apabila melihat Flora berundur. Flora takut pada diakah?

"Flo.. jangan takut. Aku tak akan apa-apa kan kau. Aku cuma datang sini nak minta maaf saja."  Joey bersuara.

Dapat Flora lihat sebelah tangan dia diangkat namun hanya beberapa saat, tangan itu kembali jatuh ke sisi.

"Aku dengar kau dah bertunang? Tahniah. Aku tak sangka kau akan bernikah tidak lama lagi." Sambungnya lagi. Dia hanya senyum memandang ke arah Flora.

Flora kelihatan teragak-agak mahu mengiyakan atau tidak. Ikhlas ke dia ni?

Namun, kepala diangguk jua. "Ya, thankyou.."

Joey senyum tatkala suara Flora kedengaran jua. Dia juga menganggukkan kepalanya dengan senyum yang masih lagi bertungging di bibir.

"Kalau macam itu, aku pergi dulu. Bye, Flo. Selamat berbahagia.." Pamitnya sebelum badan terus berpusing untuk melangkah pergi.

Flora melepaskan nafas lega saat melihat Joey sudahpun berlalu pergi. Namun hanya untuk seketika sebelum keningnya berkerut pelik. Macam itu saja ke?

Malas mahu memikirkannya, Flora terus melangkah masuk ke dalam butiknya itu.

Joey berhenti melangkah. Kepala menoleh memandang butik Flora bersama senyuman sinis.

"Kau dah sakiti aku, Flo. Kau tunggu," ujarnya seraya langkah disambung bersama gelak tawanya yang cukup sinis dan.. keji.

...


"Ieq! Aku dapat signal yang Joey dah ada dekat Malaysia!" Tiada salam, tiada sapaan, Imran terus menyergah masuk ke dalam office Faieq untuk memberitahu berita terkini tentang lelaki yang sudah membuat kacau pada Flora.

"Huh?" Kening Faieq berkerut. Dia angkat kepala memandang Imran yang termengah-mengah di hadapan mejanya. Menunggu Imran untuk memberitahunya sekali lagi kerana dia kurang dengar dengan apa yang disampaikan Faieq. Mana nak dengar, dah member bagitahu macam cheetah tengah berlari.

"Aku dapat signal, yang Joey dah balik Malaysia!" beritahu Imran lagi dengan bersungguh-sunguh.

Faieq terkedu buat seketika. Otak cuba memproses situasi. Kenapa dia balik Malaysia? Bukankah dia sudah di warning agar tidak balik ke sini lagi?

"Kita kena pergi bagitahu Flo sekarang." Tanpa buang masa, Faieq terus bangun dari kerusinya. Berura-ura ingin ke butik Flora.

Imran mengangguk setuju. Memang kita perlu beritahu Flora sekarang.

Faieq mencapai kot kerja miliknya yang diletakkan pada kerusi sebelum dia terus melangkah keluar daripada bilik itu. Imran hanya mengikut Faieq dari belakang.

"Aisy, kau dah siap ke design tudung tu? Aku nak tengok. Kalau cantik kita proceed dekat kilang saja." Flora melangkah masuk ke dalam office Aisy bersama dua gelas air kopi di tangan. Dia baru sahaja memesan dua gelas air kopi itu tadi.

Kini, hanya mereka berdua sahaja yang ada di dalam butik ini kerana sekarang adalah masa rehat. Juga masa untuk pekerja Flora menukar shift. Mereka semua sudah pulang beberapa minit tadi. Hanya menunggu orang yang bertugas di shift malam masuk sahaja dan mereka berdua akan pulang.

"Sikit lagi, Flo.." Aisy membalas perlahan. Mata masih fokus memandang skrin komputer sambil tangan lincah menekan-nekan papan kekunci.

"Nah, untuk kau. By the way, semua orang dah balik eh? Aku keluar office tadi tengok dah tiada orang." Flora bertanya apabila teringatkan yang bahagian luar butiknya itu sudah tiada orang ketika dia hendak mengambil air yang dipesannya tadi.

"Thanks. Haah. Kau lah, siapa suruh berkurung dalam office sana lama-lama." Aisy menjeling Flora. Air yang dihulur Flora, diambil lalu diletakkan di tepi mejanya dahulu.

Flora mencebik mendengar kata-kata Aisy. Dia kemudian menghirup sedikit air kopinya. Sedap!

Namun tiba-tiba, Aisy bersuara membuatkan kening Flora berkerut.

"Flo, kau.. ada bau sesuatu yang hangit tak?" Aisy bertanya. Dia ada terbau sesuatu yang hangit. Tapi tidak pasti apakah ia.

Bunga Sofiea (C)Where stories live. Discover now