Bab 19

0 0 0
                                    

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam." Perlahan Flora menjawab. Mata masih fokus melukis design tudungnya. Tidak dihiraukan orang yang memberi salam tadi. Mungkin pelanggannya yang datang untuk membeli tudung.

"Hi Flo..." panggilnya lagi. Kali ini, muka Flora berkerut. Macam pernah dengar suara ni tapi.. dimana ya? Pensel yang dipegang sejak dari tadi untuk melukis, diletakkan. Kepala diangkat memandang figura wanita tua yang berjalan mendekatinya.

"Eh Aunty..." Sampai sahaja di hadapan kaunter, Flora terus bangun untuk menyalam tangan yang wanita itu.

"Flo sihat?"

"Sihat alhamdulillah, Aunty. Aunty sihat?" Flora tersenyum. Dia kembali menanyakan soalan tersebut pada wanita itu.

"Sihat macam ini sajalah, Flo. Itulah, Flo yang busy sangat." Datin Syarifah tergelak kecil.

Flora menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Maaflah, Aunty. Lately ni memang busy. Lama Flo tak nampak Aunty. Macam mana dengan tudung hari itu?"

"Tudung haritu alhamdulillah okay. Material cotton dia sedap dipakai. Aunty suka. Memang betul-betul menepati kehendak Aunty." Panjang lebar Datin Syarifah menjelas. Sungguh, dia sungguh puas hati dengan cara butik Flo melakukan kerja. Memang menepati kehendaknya.

"Alhamdulillah." Tersenyum Flora mendengarnya.

"Aunty datang nak beli tudung lagi ke? Atau nak request yang lain?"

"Flo... yang ini kau-" Terhenti seketika percakapan Aisy saat dia melangkah keluar dari pejabatnya. Dilihat Flora bersama seorang wanita tua sudah memandangnya. Aisy tersenyum kekok. Kaki berjalan mendekati mereka.

"Flo... siapa?" tanya Aisy ringkas apabila dia berada di tepi Flora. Kaki Flora dicuitnya sedikit.

"Ini Datin Syarifah. Yang request tudung dengan kita haritu." Flora memperkenalkan Datin Syarifah pada Aisy.

Aisy mendongak buat seketika. Berfikir. Apabial sidah teringat, laju diamenganggukkan kepalanya.

"Ohh... inilah orangnya? Assalamualaikum Datin. Saya Aisy. Designer butik ini." Ramah Aisy memperkenalkan dirinya bersama senyuman dibibir. Kepala ditunduk sedikit tanda hormat.

"Waalaikumussalam. Oh ini ke designer butik ni? Patutlah design tudung cantik. Orang yang design pun sama cantik macam tudungnya." Puji Datin Syarifah membuatkan Aisy tersenyum malu.

"Iya, Datin. Selamat berkenalan. Saya pun baru jumpa Datin. Selama ini asyik dengar daripada mulut Flora sahaja tentang Datin. Tak sangka hari ini dapat juga bersemuka."

"Selamat berkenalan juga, Aisy. Tak payah panggil Datin lah, panggil Aunty sahaja." Senyuman manis diberikan kepada Aisy.

"Oh ya, Flo. Aunty baru teringat. Aunty dengar, Flo dimasukkan hospital? Kenapa, Flo? Flo ada sakit apa-apa ke?" Bertalu-talu soalan yang diberikan Datin Syarifah membuatkan Flora tergelak kecil apabila mendengarnya.

"Iya, Aunty. Kena warded sehari je sebab demam. Alhamdulillah tak ada yang teruk." Flora membalas.

"Tapi bukan demam biasa, Aunty! Demam panas! Sebab itulah sampai kena warded. Kawan saya cakap, sebelum dia bawak Flo ke hospital, Flo muntah-muntah sampai pengsan!" Bersungguh-sungguh Aisy menyambung cerita itu.

Flora yang mendengar terus menyiku Aisy disebelahnya. Aduh, kecoh betullah minah ni!

"Iya ke? Astaghfirullahalazim, Flo... habistu? Kamu okay ke tak sekarang ni?" tanya Datin Syarifah lagi. Tubuh Flora diperhati.

Bunga Sofiea (OG)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora