Bab 32

0 0 0
                                    

"Ieq! Flora macam mana?" Imran bertanya apabila tiba di tempat menunggu di hospital itu. Terbongkok-bongkok badannya akibat penat berlari tadi. Lelah.

Faieq tidak menjawab malah hanya menggeleng tidak tahu. Dia berjalan kehulu-kehilir bagi menghilangkan resah di dada. Pakaiannya yang hitam dek terkena api hanya dibiarkan.

Imran terkedu. Dilihat ibu Flora sedang menangis. Mungkin mengenangkan nyawa anak perempuannya di dalam. Dia mendapat berita tentang keadaan Flora yang agak teruk dan telah dimasukkan ke dalam kecemasan. Sampai sekarang masih tidak keluar lagi. Terus dia bergegas datang ke sini setelah siap menjalankan tugasnya. Bapa Flora pula dilihat sedang memujuk isterinya. Feliz di sebelah hanya diam membatu.

"Sorry, Flora Sofiea berada di wad mana ye?" tanya Feliz cemas apabila sampai dia hadapan kaunter pertanyaan hospital itu.

Petugas yang menjaga kaunter itu mengangkat kepalanya, memandang Feliz.

"Flora Sofiea yang terlibat dalam kebakaran tadi ke?" tanya petugas itu meminta kepastian kerana dia masih lagi tidak mempunyai senarai nama pesakit baru yang memasuki wad di sini.

Feliz mengangguk. Laju.

"I'm sorry tapi Cik Flora masih lagi berada di dalam kecemasan. Encik boleh tunggu di kerusi menunggu di sana untuk dapatkan info jika doktor mencari waris pesakit." Petugas itu menunjuk ke arah tempat kecemasan yang menempatkan Flora.

"Okay, thanks." Usai berkata, Feliz terus melangkah ke arah yang ditunjukkan petugas itu. Dato' Faizal dan Datin Sofi hanya mengekor langkah Feliz dari belakang.

"Abang!" panggil Feliz sedikit kuat apabila melihat susuk tubuh Faieq berada di salah satu kerusi menunggu di situ.

Faieq angkat kepala, mencari punca suara yang memanggil. Terus dia tegak berdiri apabila melihat keluarga Flora sudah berada di sini.

"Feliz.." Faieq terkedu. Tangannya yang dihulur Feliz, disambut. Apa dia nak jawab dengan keluarga Flora ini?

"Ya Allah, kenapa dengan kamu ni Faieq?" Terkejut Datin Sofi melihat baju Faieq yang sudah hitam seperti hangus itu. Dia memegang hujung lengan baju Faieq. Meneliti setiap kesan hitam.

"Pa, ma.." Faieq menyapa. Dia menyalam tangan Dato' Faizal.

"Kenapa dengan kamu ni Faieq? Flora mana? Feliz, kenapa kamu bawa kita datang ke sini?" soal Dato' Faizal yang sudah mula pelik. Mata melilau sekeliling. Mana Flora? Kenapa bawa mereka ke sini?

Faieq memandang Feliz yang juga sedang memandangnya. Faieq membuat isyarat bertanya 'diorang taktahu lagi ke?'

Namun Feliz menggeleng sedih sebelum kepalanya ditundukkan ke bawah, memandang lantai hospital itu.

Datin Sofi sudah memandang pelik ke arah mereka berdua yang hanya diam memandang satu sama lain. "Kenapa ni? Faieq, Fien?"

Faieq menarik nafas panjang. Angkat kepala, Faieq pandang satu persatu muka orang tua di hadapannya. Redup pandangan yang diberikan. "Pa, ma.. Butik Flora.. terbakar."

"Flora dan Aisy ada dalam butik tu semasa api sedang marak kat luar.." beritahu Faieq lagi. Perlahan namun masih dapat didengari.

"A-apa? Habistu macam mana dengan anak mama? Aisy pulak?" Mata Datin Sofi membulat. Nafasnya sudah semput gara-gara terkejut. Tangan naik mengusap dada.

"Aisy sudah dirawat. Sekarang dia ada ditahan dalam wad. Tapi Flora.." Faieq menoleh, memandang signboard yang tertulis 'kecemasan' di atas sisinya. Tidak perlu beritahu, pasti mereka sudah dapat isinya.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now