Bab 16

0 0 0
                                    

"Ieq!" Cemas Imran memanggil Faieq dihujung talian. Panggilannya baru sahaja diangkat oleh Fareeq.

"Hm?" Sahut Faieq malas sebelum telefon diubah ke mode speaker. Tangannya masih lincah menekan papan kekunci.

"Tengok chat aku sekarang!" Tiba-tiba panggilan ditutup selepas Imran mengarahkan Faieq untuk membuka mesejnya.

Faieq yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya itu terhenti apabila mendengar suara cemas imran di hujung talian. Mata melihat skrin telefon yang sudah gelap lalu dengan perlahan dia membuka telefon dan menekan aplikasi WhatsApp.

Ada satu mesej yang baru dihantar oleh Imran. Video. Tanpa berfikir panjang, dia menekan chat tersebut dan menekan video yang telah di download secara automatik itu untuk melihat.

Berkerut keningnya saat melihat seorang lelaki sedang bertengkar dengan seorang perempuan.

Melihat dari skrin, dia hanya dapat melihat samar-samar muka orang yang bergaduh tersebut kerana orang yang merakam berada agak jauh daripada mereka. Tetapi dia seperti dapat mengenali perempuan yang berada di dalam rakaman itu.

Untuk kepastian, dia meningkatkan butang kelantangan untuk mendengar suara-suara yang bergaduh.

Jelas di pendengaran, suara lelaki yang berada di dalam video tersebut menjerit pada perempuan yang berada di hadapannya. Perempuan tersebut kemudian berpaling untuk meninggalkan lelaki itu namun, tangannya telah diragut.

Dan saat itu, Faieq dapat melihat dengan jelas muka perempuan yang berada di dalam rakaman itu. Ianya..

Flora?

Dengan pantas, Faieq cuba menelefon kembali Imran untuk mengesahkan apa yang baru berlaku.

"Flora?" Tanpa salam, tanpa sapaan. Terus dihambur soalan tersebut kepada Imran.

Imran di hujung talian hanya mengangguk walaupun Faieq tidak dapat melihatnya.

"Ya, Ieq. Video ni dah viral dan aku yakin Flora tak tahu lagi tentang hal ini sebab dia tak ada telefon aku untuk minta tolong pun lagi." Serius Imran berkata.

"Delete video ni, Im. Jangan sampai Flora tahu yang dia sekarang sudah viral. Aku takut wartawan datang cari dia." Faieq juga serius.

"Aku cuba." Hanya itu yang dibalas. Ya, Imran sedang cuba menghubungi pihak yang mengviralkan rakaman tersebut supaya dia memadamkannya.

"Thanks Im." Panggilan ditutup. Jari beralih pula pada aplikasi WhatsApp untuk menanyakan khabar gadis itu.

Flora Sofiea
Kau okay?

Ting!

Kedengaran bunyi notifikasi dari telefonnya.

Flora yang sedang berbaring menutup mata itu lantas membuka mata dan mencapai telefon pintarnya yang berada di dalam beg.

Faieq
Kau okay?

Kening Flora berkerut apabila membaca pesanan itu. Lantas jari menekan chat tersebut untuk membalas.

Faieq

Kau okay?

Okay. Kenapa?

Baru buka fon?

Haah

Mamat tu ada kacau kau lagi?

Makin berkerut kening Flora membaca ya. Sebab apa? Satu, banyak pula mamat ni tanya. Dua, kenapa tiba-tiba tanya pasal mamat tu? Dia ada nampak aku kat mall ke tadi?



Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now