Bab 10

0 0 0
                                    

"Kau kenapa tiba-tiba tersedak kat rumah orang tadi?" soal Faieq sambil kaki melangkah masuk ke dalam rumah agam milik ibu bapanya.

Tan Sri Faried terlebih dahulu sudah meminta izin naik ke atas untuk tidur atas sebab dia mempunyai meeting penting esok.

"Takde ape lah, Kak Flora tu tiba-tiba sangat." Shakila tersenyum apabila teringatkan cerita dia tersedak tadi. Kelakar gila!

"Gila." Tangan Fareeq menolak sedikit kepala Shakila menggunakan hujung jarinya. Mana tak gila, orang tanya kenapa, dia jawab tak ada apa-apa. Lepastu, senyum sorang-sorang pula!

"Ish, apa abang ni tolak-tolak kepala orang!" Shakila marah. Habis rosak rambutnya! Kedudukan rambutnya yang kini serabai, dibetulkan.

"Kau tu yang kenapa. Tiba-tiba senyum tak tentu pasal." Faieq menjeling Shakila. Tangan dijatuhkan ke sisi.

"Tak ada, Kak Flora tadi.." Sengaja Shakila menggantungkan ayatnya.

Kening Faieq berkerut lalu sebelah keningnya diangkat. Dia masih setia menunggu sambungan ayat Shakila hingga habis.

"Dia kata kita ni girlfriend boyfriend." Shakila berterus terang. Dia kemudiannya ketawa.

Jika tadi hanya sebelah kening yang terangkat, kini kedua belah keningnya pula. Agak terkejut..

"Kelakar kan abang?" soal Shakila diiringi tawanya.

"Hm." Malas hendak melayan, Faieq terus mengorak langkah naik ke bilik.

"Ee abang ni tak sporting langsung!" Hentak kaki, geram Shakila dibuatnya apabila Faieq tiba-tiba meninggalkan dia seorang diri di ruang tamu yang besar itu.



...




"Thankyou, come again." Kad Flora dipulangkan kembali.

Flora hanya mengangguk sebelum dia menyimpan semula kadnya di dalam beg. Kaki melangkah meninggalkan kafe tersebut.

"Tolong!"

Baru beberapa langkah mendekati keretanya, tiba-tiba Flora terdengar seseorang menjerit meminta tolong.

Kepala menoleh untuk mencari dimanakah punca suara tersebut sebelum dia melihat seorang wanita tua terduduk di atas jalan tar. Dengan laju, Flora berlari mendapatkannya. Sempat Flora meletakkan cawan air yang dibeli tadi di atas but kereta sebelum berlari

"Aunty okay ke?" Lengan wanita tua itu dipegang.

Wanita itu menggeleng menjawab soalan Flora.

"Beg Aunty kena ragut." Perlahan jawapan yang diberikan namun masih kedengaran di telinga Flora.

Flora beristighfar. Pertama kali dia melihat orang yang diragut di depan mata.

"Its okay, Aunty. Kita report polis dulu." seusai berkata, Flora terus memapah wanita tua itu untuk bangun lalu terus menuju ke keretanya.

"Thankyou Flora tolong Aunty tadi," kata wanita tua itu apabila kaki melangkah keluar daripada klinik.

Mereka singgah di klinik sekejap selepas membuat laporan polis bagi mengesan jikalau ada bahagian badan yang retak atau sebagainya.

Alhamdulillah cuma kakinya terseliuh sedikit sahaja.

Flora tidak membalas malah hanya tersenyum manis. Tangan masih memapah wanita itu menuju ke keretanya.

Setelah beberapa minit membisu, Flora membuka mulut.

"Rumah aunty di mana? Biar Flo hantarkan." Flora mewakilkan diri. Alang-alang.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now