Bab 9

6 1 0
                                    

"Makan, makan." Dato' Faizal tersenyum manis kepada tetamunya yang datang. Sesekali tangan diangkat untuk bersama gaya lelaki seraya menepuk bahu masing-masing.

"Assalamualaikum!"

Dato' Faizal menoleh ke arah punca suara. Dia kemudian tersenyum manis. Langkah diayun ke muka pintu yang luas terbuka itu.

"Ried, mari masuk!" ajak Dato' Faizal. Tangan diangkat.

Setibanya dihadapan Dato' Faizal, Tan Sri Faried terlebih dahulu bersalaman dengan Dato' Faizal.

"Uncle," tegur Faieq lalu tangan dihulur untuk bersalaman.

Tangan disambut. Usai bersalaman, Dato' Faizal terpandangkan seorang perempuan di belakang sahabatnya. Dia kemudian tersenyum nipis apabila matanya berlaga dengan mata gadis itu.

"Maaf Zal, bini aku tak dapat datang. Tak sihat sikit. Dia suruh aku gantikan dengan anak saudara dia, Shakila sebagai wakil perempuan. Kebetulan Shakila stay disini untuk 2, 3 hari." Tan Sri Syed Faried sekadar memberitahu. Dia tahu sahabatnya tidak kisah malah lagi mengalu-alukan pun ada.

Shakila yang mendengar namanya dipetik terus saja menunduk. Senyum manis diukir.

"Hi Shakila. Nice to meet you," sapa Dato' Faizal bersama senyuman.

"Nice to meet you too, uncle." Shakila membalas sapaan itu juga sambil menunduk hormat beserta senyuman manis.

"Jom masuk," ajak Dato' Faizal lagi lalu mereka melangkah masuk ke dalam rumah agam yang besar itu.

Majlis yang dibuat ini hanyalah kecil-kecilan sahaja. Cuma memanggil beberapa orang kenalan terapat keluarga.

"Kak, kau tengok tu." Feliz tiba-tiba memanggil. Lengan Flora ditolak.

Flora yang sedang bermain telefon itu terus mengangkat kepalanya memandang Feliz. Kening dikerutkan sedikit.

"Apa kau ni?" soal Flora agak marah.

"Tu. Perempuan yang aku terlanggar kelmarin." Feliz menunjuk bersama mulutnya yang memuncung.

Flora terus menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Feliz itu. Namun untuk beberapa saat sahaja sebelum dia sambung membelek telefonnya.

"So what, Feliz?" tanyanya.

"Dia dengan siapa tu eh?" tanya Feliz sambil mengerutkan keningnya.

"Tan Sri Faried." Malas Flora membalas.

"Oo anak dia eh?"

"Tak. Anak dia seorang je."

"Habistu siapa?" tanya Feliz lagi.

"Entah. Mana lah aku tahu. Bakal menantu dia la kot agaknya."

"Dah la. Aku nak makan. Lapar" beritahu Flora. Dia kemudian berdiri. Belum sempat kaki ingin melangkah, Feliz menghalang.

"Kejap la Kak, mana kau tahu semua ni?" tanya Feliz pelik. Dari mana pula minah ni tahu tentang orang sekeliling?

"Aku pernah terjumpa Tan Sri haritu dekat office papa."

"Ooo..." Panjang o yang diberi Feliz.

"Habis soalan? Kau taknak makan?"

"Taknak. Pergi la kau." Feliz geleng kepala. Dia tak rasa lapar lagi sekarang ni.

"Heh broken la tu," kutuk Flora sendirian. Namun, Feliz masih lagi mendengar.

"Takde masa." Feliz mencebik.

Kaki melangkah mendekati meja yang menetapkan makanan.

"Uncle," sapa Flora bersama senyuman nipis. Sekadar berbasa-basi dengan tetamu. Tangan mengambil pinggan yang disediakan.

Bunga Sofiea (C)Where stories live. Discover now