43

0 0 0
                                    

"Aisy.. mana dia?"

Ruang yang tadi sunyi, kini tidak lagi apabila suara Flora terdengar. Aisy yang dari tadi sedang mengemas pakaian serta barangan Flora di bilik itu segera berpaling ke arah Flora apabila mendengar suaranya seakan bertanya

"Siapa?" Berkerut kening Aisy memandang Flora.

"Faieq? Dah lama tak nampak dia. Takkan merajuk dengan aku kot sebab aku taknak kahwin dengan dia?" Flora bertanya. Sejak dua menjak ini, dia tidak nampak akan susuk tubuh itu. Saja lah bertanya. Kot-kot tengah frust ke.. ?

Mendengarkan itu membuatkan Aisy tergelak kecil.

"Itu lah kau! Siapa suruh reject dia. Kan dah rindu." Dia menggelengkan kepalanya.

"Mana ada rindu! Aku tanya je sebab Imran hari-hari datang jenguk aku. Tapi dia? Sejak hari kedua aku sedar tu, sampai sekarang tak nampak-nampak batang hidung. Betul ke nak kahwin kalau macamtu?" Bebel Flora panjang lebar.

Aisy hanya menggelengkan kepalanya namun senyuman nipis masih kekal di bibir. Zip beg ditutup sebelum dia hempaskan punggungnya di atas katil yang Flora sedang duduk. Toleh ke tepi, dia lihat Flora sedang merenung sapu tangan kecil milik Faieq. Dia masih tidak tak tahu yang itu Faieq punya.

"Asal tenung sapu tangan tu macam tu?"

Flora tersentak. Angkat kepala, wajah Aisy masih tetap memandangnya bersama pandangan yang penuh ingin tahu. Flora menggeleng. "Tak ada apa. Jomlah, aku nak balik."

"Hmm.." Kecil matanya memandang Flora tika ini. Dia masih lagi musykil akan sikap Flora yang tiba-tiba merenung sapu tangan itu. Betul-betul rindu ke? Namun, dia biarkan saja.

Aisy berdiri. Tetapi untuk sesaat, dia teringat akan sesuatu. Terus badan menoleh ke arah Flora kembali. "Eh tapi Flo, bukan aku yang hantar kau balik hari ini tau."

"Huh, kenapa?" soal Flora pelik. Berkerut keningnya memandang Aisy.

"Aku ada hal kat cafe. Kau naik grab boleh? Aku dah minta Imran cari grab untuk kau. Nanti aku send nombor plate." Cepat-cepat Aisy mencari jalan penyelesaian seakan ingin menutup berasa bersalah kerana perlu biarkan Flora semdirian.

"Alah, nak kerja jugak." Flora mencebik mendengarnya.

"Jangan nak mengada. Kau tu tak sihat sepenuhnya lagi. Bagi aku settlekan kerja aku dulu lepastu aku teman kau kat rumah uncle, boleh?" Tegas Aisy. Tangannya sudah elok dipinggang, memandang garang wajah Flora yang sudahpun menunduk.

"Hmm.." Flora hanya mengangguk lemah. Mata masih lagi menunduk memandang tangan sendiri.

Ting!

Satu mesej daripada telefon Aisy masuk. Dia mengambil telefonnya yang berada di dalam beg tangan sebelum membuka, ingin membaca mesej yang diterimanya.

"Okay, jom. Grab dah sampai." Tutup telefon, Aisy mendekati Flora. Ingin memapahnya.

Setibanya mereka di lobi hospital itu, Aisy terus membawa Flora ke arah kereta yang sudah elok berhenti di hadapan pintu masuk.

"Grab ke ni?" Flora menyoal bersama dahi yang sudah berkerut. Mana tak bertanya kerana 'grab' di hadapannya ini memakai kereta BMW. Ada ke grab pakai BMW?

Flora di dalam hati sudah menggelengkan kepalanya. Selfishnya parking kat sini! Kalau ambulans datang macam mana? Kang sia-sia meninggal orang dalam ambulans tu.

"Aku letak beg dulu." Aisy tidak menjawab sebaliknya meminta diri untuk menyimpan beg Flora dahulu. Dia meletakkan beg Flora di kerusi tempat duduk belakang kereta itu.

Setelah selesai, Aisy mengundur badannya menjauhi kereta itu buat beberapa langkah. Dia berjalan ke arah Flora yang masih tercegat memandang kereta itu.

"Aku balik dulu. Kau masuklah, driver suruh duduk depan." Aisy menyuruh. Dia mengerling sedikit pintu hadapan sebelah pemandu tersebut.

"Huh? Lelaki ke perempuan?" Ternaik kening Flora mendengarnya. Duduk depan?

"Lelaki. Jangan risau, dia takkan apa-apakan kau. Dia kawan Imran." Aisy menggeleng perlahan. Tahu akan apa yang bermain di fikiran Flora.

Melihat Flora hanya diam memandang kereta itu, membuatkan Aisy tersenyum kecil. Dia bergerak mendekati Flora sebelum tangannya naik memeluk tubuh itu. "Aku pergi dulu."

Selepas Aisy meminta diri, Flora masih lagi tercegat di situ. Dia memandang Aisy yang sudah jauh dari pandangannya sebelum dia mengeluh kecil. Dengan perlahan dia membuka pintu kereta grab tersebut sebelum terus memboloskan dirinya di dalam.

Sebaik sahaja Flora masuk, kereta itu terus bergerak keluar dari ruang lobi luar hospital besar itu sebelum ianya bergerak laju di atas jalan raya.

Faieq toleh memandang Flora yang berada di tepinya sebentar sebelum mata kembali menumpukan pada jalan raya. Memang tak suka lelaki betul ni. Dah 5 minit perjalanan pun Flora hanya diam tidak berkutik. Muka dia pun Flora tidak pandang.

"Tak rindu aku?" Akhirnya, Faieq menegur. Kalau nak tunggu Flora menegurnya, sampai ayam jantan bertelur lah jawabnya.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now