[35]

2.7K 187 16
                                    

Hari ini mereka keluar untuk meluangkan masa bersama-sama. Dulu keluar berdua hanya untuk membeli barang keperluan rumah sahaja. Itu pun kena paksa dulu barulah Becky akan ikut. Kalau tidak, memang mereka berdua tak pernah berjalan langsung.

Namun kali ni lain, mereka berdua jalan di tengah mall sambil berpegangan tangan. Manakala pakaian mereka pula cukup matching iaitu warna putih dan sky blue.

"Nak itu!" Jari Becky menuding kearah sebuah kedai besar yang menjual anak patung.

"Boleh?" Soalnya apabila tidak mendapat apa-apa respond dari Freen.

"Dah bosan peluk aku ke? Sebab tu nak beli anak patung?"

Soal Freen datar. Kedai besar itu di jelingnya tajam. Kenapa kedai yang menjual barang comel ni boleh berdiri kukuh di depan matanya sekarang?

"Boleh tak?" Tangan Freen di tarik-tarik.

Freen hanya diam dan akhirnya dia hanya mengangguk lemah. Kalau patung yang di beli oleh Becky berjaya menganti tempatnya, esok juga dia bakar anak patung tu.

Mereka berdua masuk ke dalam kedai tersebut dan boleh lihat mata Becky cukup bersinar melihat setiap sudut kedai tersebut.

Kakinya begitu ringan menuju ke satu rak ke rak yang lain sehingga tidak perasan kini Freen begitu jauh darinya.

Semasa Becky sedang sibuk memilih anak patung yang bakal dia beli, tiba-tiba seseorang menegurnya dari belakang.

"Hai.."

Becky menoleh melihat pemilik suara serak basah tersebut.

"Datang sendiri ke?" Soalnya.

Becky terdiam. Matanya menoleh ke sana-sini untuk mencari sosok tubuh Freen.

"Boleh berkenalan?" Soalnya lagi.

"Boleh panggil Ian..Xi Ian.."

Lelaki berdarah China Britsh itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Becky.

"Becky.." jawab Becky namun tidak menyambut huluran tersebut.

"Datang sendiri ke?" Soalnya lagi.

"Huh?? Oh..haa..ye kot.." jawab Becky..

Ian tersenyum manis lalu mengambil anak patung secara random lalu diberikan kepada Becky.

"Amiklah..aku belanja tanda salam perkenalan..."

"Kau single ke??"

"No.."

Tiba-tiba Freen muncul dari belakang. Baru kena tinggal sekejap dah ada lelaki gatal nak try market dekat isteri dia yang cantik dan sedikit seksi hari ni.

Dah cakap dah pakai baju kemeja tu, kancing sampai habis bukan di lepas sampai memperlihatkan baju croptop di dalam.

Kan dah kena goda dengan apek China mata sepet.

"Oh berdua rupanya..adik beradik? Kawan? Kau pun boleh ambil anak patung yang kau nak..aku belanja.." kata Ian cukup ramah.

Freen menatap Ian dengan tatapan tajamnya. Rasa macam pukul pakai kayu hockey je jantan ni.

Ingat dengan muka handsome tu, boleh pikat isteri dia ke?

Never lah apek!

"She's married.." jawab Freen.

"Ah..really? Sorry..how about you?" Soalnya kepada Freen pula.

"Me too.." jawabnya ringkas..

"Let's go baby.." tangan Becky diraih lalu di genggam kemas.

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now