[15]

3K 158 53
                                    

Freen terbangun dari tidur nyenyaknya apabila mendengar suara orang bernyanyi. Bila dia menoleh ke balkoni, dia melihat ada Becky yang sedang duduk di sana bersama dengan gitar kesayangannya.

Dia ni tak pandai tidur malam ke? Tengah malam baru nak bernyanyi. Lepas makan malam tadi tak nak nyanyi. Sibuk layan kartun doraemon dia tu.

Dengan langkah yang malas, Freen bangun lalu menuju ke balkoni. Gitar itu dia rampas secara baik membuatkan Becky menoleh memandangnya.

Tidak ada suara yang keluar dari mulut Freen. Gitar itu dia bawa masuk ke dalam dan diletakkan di sudut ruang lalu dia kembali keluar.

"Jam berapa dah ni? Esok kelas kau full kan? Kenapa tak tidur?" Soalnya dengan suara khas bangun tidur.

"Aku tak mengantuk." Jawab Becky.

Mata Freen melihat pemandangan malam lalu kembali memandang Becky.

"Jom tidur.." Tangannya dihulur namun tidak disambut baik oleh isterinya itu.

"Jomlah.."

Disebabkan Becky enggan menerima huluran Freen. Tangannya kini digengam kemas lalu ditarik agar ikut bangun.

Freen membawanya menuju ke katil dan tak lupa juga untuk menutup slide door tadi.

"Tidur. Kalau tak boleh tidur, tolong paksa. Kepala aku sakit sekarang ni dan aku perlukan ketenangan. Kalau kau cuba untuk beranjak dari katil, malam ni kau tidur dalam pelukan aku. Good night."

Kata Freen dan kembali menutup matanya. Selimut ditarik sehingga ke paras leher dan cara tidurnya adalah membelakangi Becky yang sedang menatap ke siling.

"Sakit kepala? Kenapa? Tak sihat ke?" Soalnya dalam hati.

Mana mungkin monster sebelah dia ni tak sihat. Tadi lepas makan malam elok je duduk sebelah dia sambil main game. Oh! Sakit kepala sebab banyak main game kot.

Mungkin lah..

.FREEN POV.

"Tolong. Jangan buat macam ni dekat Freen."

"Tolong!"

"Freen tak nak!"

"Jangan bunuh mama!"

"Tolong!"

"Huh!" Aku terbangun secara mengejut.

Mimpi tu, mimpi itu datang kembali. Kepala aku kembali sakit dan jantungku mengepam dengan laju. Kenapa aku selalu bermimpi?

Aku dah lama tak mimpi macam ni. Kenapa tiba-tiba boleh datang balik? Ada sesuatu yang akan berlaku ke?

"Hanni?"

Pantas aku mencari benda tipis yang terletak cantik diatas meja lampu dan ingin menelefon Hanni. Namun, apabila aku melihat jam di screen telefon, niat aku terhenti begitu sahaja.

4:00 am.

Aku baru tidur 2 jam selepas terganggu dengan nyanyi Becky tadi. Kepala aku menoleh menatapnya yang sedang tidur dengan nyenyak. Nasib baiklah dia tak tertanggu.

"Call aku kalau dah bangun tidur." - Freen

Benda tipis itu di simpan dan kembali baring. Dia cuba untuk tidur tapi tidak berjaya. Kata-kata dari mimpinya tadi kembali berputar dan membuatkan kepalanya semakin sakit.

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now