[08]

2.5K 159 32
                                    

Hari yang di nanti telah pun tiba. Hari di mana status bujang akan berganti kepada berkahwin. Freen menatap wajahnya yang full makeup di depan cermin.

Boleh ke dia bahagia? Boleh ke dia jaga Becky sepanjang hidupnya? Adakah ini pilihan terbaik untuk dirinya? Adakah ini kebagaian yang dia cari selama ini?

"Pengantin baru di larang termenung."

Ucap Lisa sambil memeluk kawan baiknya itu dari belakang. Mereka berdua saling bertatapan melalui pantulan cermin.

"Cantik kau hari ni. Siapa cakap warna pink tak sesuai untuk kau erm?"

Soal Lisa sambil memuji kawan baiknya sendiri. Tak pernah-pernah dia tengok Freen pakai gaun panjang macam ni. Selalu kalau ada event dekat kolej, dia lebih memilih untuk memakai elegant suit berbanding dress.

"Kenapa kau monyok je ni? Happy lah sikit.."

Lisa cuba mengembirakan hati Freen. Dia cuba untuk mencipta senyuman pada wajah dingin di sebelahnya ini. Hari penting macam ni penting macam ni pun masih nak pasang mood ice ke?

"Senyumlah Freen, kau kahwin dengan crush kau sendiri ni. Korang tak pernah bertegur, kau tak berani nak confess tup tup dah jadi pasangan hidup. Kau pakai jampi apa hah? Hampir 2 tahun kau simpan perasaan ni dan sekarang dah terbalas. Amazing lah kawan."

Buk!

Disebabkan terlalu geram, Freen menyiku perut Lisa sedikit kuat.

"Orang kata, jodoh memang tak pernah salah alamat. Aku harap kau happy dengan dia. Impian kau untuk memilikinya dah tercapai. Jadi jangan sia-siakan dia." Kata Lisa lagi.

"Jom acara dah nak mula.." tiba-tiba Mrs Nun muncul dari luar bilik.

"Congrats for your wedding sahabat. I'm happy for you.."

Lisa memeluknya dengan lebih hangat sebelum mereka berdua keluar dan menuju ke luar dewan.

Dari kejahuan, Freen dapat melihat Becky yang baru tiba. Jantungnya semakin laju berdegup.

Dia pernah ada harapan dan harapan dia adalah untuk menjadikan Becky sebagai kekasih hatinya. Dia selalu memerhatikan Becky setiap kali dia melakukan pemanasan sebelum pertandingan. Kalau waktu kelas pun, anak matanya akan selalu tertuju kepada Becky.

Hanya berbekalkan senyuman dari Becky sahaja, harinya akan cukup lengkap.

Tahu kenapa dia bersikap dingin dengan semua orang dan menolak semua hadiah yang dia dapat? Dia buat tu sebab dalam hatinya hanya ada Becky sahaja.

Hampir 2 tahun menyukai Becky secara diam bukannya mudah untuknya. Banyak kali dia cuba untuk confess tapi dia tak berani. Dia risau Becky akan menolaknya dan dia tak mendapat senyuman itu lagi. Dia takut sangat. Jadi memendam perasaan lebih baik daripada diluahkan.

"Freen.."

Panggilan Mrs Arm membuatkan Becky ikut menoleh ke belakang. Dia akui  Freen sangat cantik hari ni. Aura negatifnya seakan-akan telah hilang di telan bumi.

"Dah ready?" Soal Mrs Arm. Freen mengangguk kecil.

Dia menoleh mandang Becky sesaat lalu kembali menatap depan.

"Jom.."

Ucap Freen sambil menghulurkan tangannya. Berharap sangat Becky akan menggengam tangannya untuk masuk ke dalam dewan bersama.

Tanpa banyak bunyi, becky menerima huluran Freen. Mereka masuk ke dalam dewan sambil berpegangan tangan. Suara tepukan mula kedengaran di segenap penjuru dewan.

"Boleh kita mula kan?" Soal paderi sebaik sahaja mereka tiba diatas altar.

Mereka berdua mengangguk serentak dan acara pun di mulakan dengan mengucapkan kata-kata suci. Selepas itu acara menyarungkan cincin pula berlangsung.

Filter Wife [freenbecky]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu