[18]

3.6K 183 42
                                    

Majlis makan malam di rumah kediaman Armstrong cukup meriah. Kebanyakan yang hadir hanyalah kawan-kawan lama sahaja. Hal ini kerana, tujuan majlis ini di buat adalah untuk mengumpul semua kawan lama dari sekolah dan kolej. Satu kenalan dari business langsung takde yang datang.

Selepas kejadian di bilik, jarak antara Freen dan Becky cukup jauh. Satu di selatan dan satu lagi di utara. Bukan Freen yang menjauh tapi Becky. Dia masih ingat tentang kejadian tadi.

Macam mana seorang Freen Sorocha boleh cium dia selepas mengaku ada crush selama 2 tahun?

Kalau ada crush kenapa perlu mention about her lips?

Apa tadi?

Bibir Becky hanya untuk Freen?

Bila ingat balik, Becky rasa macam nak hantuk kepala monster tu dekat dinding. Biar sedar diri sikit.

"Kau bergaduh ke?" Soal Lin sambil berbisik.

Matanya fokus pada Freen yang sedang bermain dengan anak kecil. Anak siapa, dia pun tak tahu.

"Nampak dengan jelas ke?" Soal Becky.

Lin mengangguk semangat. "Dia umpama perang dingin antara dua negara. Tak berbalas tembakan tapi berbalas jelingan. Korang dua perang apa ni? Macam menarik je.."

Buk!

"Aduh!"

Lin meringis kesakitan apabila perutnya di siku cukup kuat. Sibuk nak tahu hal orang dah kenapa?

"Bagus kau layan tetamu lah.."

"Tak naklah. Kebanyakan dah tua. Nak cari jodoh pun seram ni. Ada yang botak, berjanggut, bertongkat, rambut halus. Nasib baik papa maintain handsome."

"Kau kutuk kawan-kawan papa?"

"Bukan mengutuk tapi fakta!"

"Nak cari yang muda, pergi clubing.."

"Haah kan..anak-anak orang kaya suka kumpul sana. Boleh lah aku try.."

"Yaa, Lin Armstrong.."

"Just kidding sister..dahlah..aku nak cari angin dekat luar. Mana tahu dekat luar masih tersisa sugar daddy ke.."

"Lin Rebecca Armstrong!"

Rambut Lin di tarik geram. Depan tetamu pun masih nak berlakuakan macam budak.

"Yes Becky Armstrong? Kau kenapa? Kau tak nak adik ipar kaya ke?" Lin masih dalam mood berguraunya.

"Bodoh ke?"

"Tak boleh bergurau lah kau ni. Dah bye."

Perut Becky di cubit lalu berjalan meninggalkan Becky sendiri. Mata Becky fokus kearah Lin yang sedang mendekati Freen dan membisikan sesuatu.

Apa lah yang dia bisik tu sampaikan Freen kini sedang jalan menghampirinya.

"Kau nak apa?" Soal Becky dingin.

"Erm? Lin cakap kau panggil."

"Bila masa?"

"Takde ke?"

"Tak!"

"Okey.."

Freen terdiam di sisi Becky. Kedua-dua tangannya masuk ke dalam poket suit elegent yang dia pakai sambil memandang kearah tetamu.

"Becky Armstrong?"

Tiba-tiba seorang lelaki yang boleh di katakan tak tua dan tak muda sedang menegur Becky.

Tengok atas bawah, orang tua ni tak kalah segak macam papa Becky. Dia dua je. Sama ada dah kahwin tapi maintain bergaya atau bujang yang bergelar sugar daddy yang macam Lin cakap.

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now