[03]

2.4K 155 30
                                    

Guys! Awak boleh comment setiap ayat yang ada tau. Just tekan je ayat tu lama sikit, then you guys can comment it. Hope membantu ✨️

----

Suasana di meja makan sungguh riuh selepas kepulangan Mr Arm dari Japan dan ianya semakin riuh apabila Becky dan Lin saling berebut makanan.

Perbuatan mereka berdua membuatkan Mr dan Mrs Arm menggelengkan kepala. Dalam banyak-banyak lauk yang di masak, kenapa udang seekor juga nak di rebutkan?

Silap! Bukan berebut tapi Lin sengaja nak mengusik Becky. Dia tak nak pun udang tu, cuma saja nak tengok muka marah Becky. Satu hari dia di kampus dan baru malam ni mereka berjumpa. Satu hari tak kacau kakak kesayangannya, terasa macam harinya tak lengkap!

"Lin Armstrog.."

Dengar je nama dia kena panggil, Lin melepaskan udang tersebut. Becky menjelirkan lidahnya kerana terasa dirinya kali ni menang dalam pentempuran merebut udang.

"Esok kita makan dekat luar nak?" Soal Mr Arm.

"Nak!" Serentak mereka berdua.

Senyuman yang mekar dari wajah Becky tiba-tiba berubah. Dia memandang Lin lalu menepuk-nepuk lengan adiknya itu.

"Aku ada baca novel cinta-cinta sebelum ni. Kau tahu apa yang tertulis dalam novel tu?"

Dengan mulut yang penuh nasi, Lin menggeleng. Dia tak layan novel cinta ni. Kalau komik baru dia layan.

"Sekejap! Kau bukan tak baca love romance ke?"

Dengan mulut yang penuh pun dia sibuk nak bertanya dan hasilnya bahunya di pukul kuat.

"Nak tak?" Soal Mr Arm lagi. Orang ajak keluar makan, bukan nak setuju dulu. Sibuk nak bercerita.

"Sekejap pa.."

"Dalam novel tu tulis, kalau family dah ajak makan dekat luar mesti akan ada sesuatu yang terjadi." Becky mula bercerita.

"Contoh?" Soal Lin.

"Pertemuan antara dua keluarga."

"Hah! Mesti bincang tentang saham!"

"Bodohlah kau ni!"

Dahi Lin dia jentik kuat. Cuba jangan potong cerita orang. Sakit hati betullah. Nak cerita pun dah takde mood.

"Okey kita tak jadi makan dekat keluar.."

Potong Mr Arm. Becky dan Lin memandang papa mereka secara serentak sambil memasang wajah terkejut. Mrs Arm yang melihat tingkah anak-anaknya hanya mampu ketawa. Serasi betul mereka ni dari segi pergerakan dan riak muka sama betul.

"Nak nak nak!"

Jawab Mereka serentak. Mr Arm menggelengkan kepala. Sabar je lah dapat anak random macam ni. Kali ni bahu Becky di pukul kuat oleh Lin.

"Kau lah ni. Buang je lah novel cinta kau tu. Sebab cerita kau, kita hampir tak keluar makan."

Bebel Lin. Disebabkan dia terlalu geram, sudu yang penuh dengan nasi berserta ayam disuap masuk ke dalanlm mulut kakaknya. Becky terkejut namun mulutnya tetap mengunyah makanan itu sehingga habis.

****

Memandangkan lect masih belum masuk, suasana di dalam kelas cukup riuh dengan pelbagai cerita.

Tetapi tidak untuk Freen yang duduk dibahagian belakang kelas. Kepalanya ditongkat sambil memerhatikan seseorang yang sibuk bercerita dengan kawannya disebelah.

Tiba-tiba dirinya disenggol oleh Lisa. Membuatkan dia mengubah arah pandanganya iaitu menyembunyikan wajahnya di atas meja.

"Sampai bila nak pendam perasaan? Dah hampir 2 tahun kau suka dia. Pergi lah confess! Walaupun keputusan dia nanti kau kena reject, atleast kau cuba."

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now