[22]

2.8K 172 24
                                    

Kereta mewah milik Freen berhenti di kawasan letak kereta. Belum sempat Becky ingin turun, lengannya sudah di tahan.

"Pakai ni."

Rambut Becky di selit ke belakang telinga lalu Freen membantunya memakai topeng hitam.

"Aku tak nak orang kenal kau dan aku tak nak ada seorang pun nak test market dekat isteri aku. Kalau ada yang cuba nak berkenalan, jangan layan. Faham?"

Soal Freen sambil mengikat tali topeng tersebut. Setelah selesai, mereka berdua bertatapan namun tidak lama kerana fokus Freen bertukar kearah bibir ranum Becky sekarang.

Kiss sikit takpe kan?

Tanpa fikir panjang, satu ciuman kilat di berikan tepat pada bibir Becky.

"You look so beautiful tonight." Puji Freen.

Matanya fokus kearah anak mata Becky dan segaris senyuman separuh ikhlas di berikan.

"Jom turun." Katanya dan turun terlebih dahulu lalu disusuli oleh Becky.

"Jom.." Freen menghulurkan tangannya dan berharap Becky akan menerima huluran tersebut.

Becky menerima huluran tersebut dan tangannya di genggam rapi. Mereka berdua pun masuk ke dalam dewan dan menjadi tontonan untuk beberapa tetamu yang datang.

Freen dapat merasakan genggaman tangan Becky semakin kuat. Malu kot kena pandang-pandang.

"Freen!" Panggil Lisa sebaik sahaja melihat kedatangan pasangan itu.

Mereka berdua menyertai meja Lisa di mana meja tersebut ada Lisa, Tee, Irin, Han, Heng dan Nam.

Lisa memandang Becky sambil tersengeh. Sampai macam tu sekali dia tutup identiti Becky? Nampak betul takutnya tu.

"Hey pretty." Heng menghulurkan tangannya untuk bersalaman namun pantas Freen memukul tangan lelaki playboy tu.

Pantang betul tengok yang cantik-cantik. Semua dia nak try tapi hujungnya tetap single juga.

"Kedekut lah kau." Heng memberikan jelingan tajamnya.

"Best tak ada hubungan dengan dia? Mesti tak best kan? Sebab bercinta dengan peti ais bergerak."

Kata Heng dan hampir wajahnya di sembur dengan air oleh Freen.

"Apa? Apa? Nak gaduh? Sini lah.." Heng bangkit dari tempatnya dan terus mendapat tumbukan di bahagian lengannya.

"Tak boleh ajak bergurau lah dia ni. Sakit bodoh.."

Heng mengurut-urut lengannya yang sakit. Confirm esok dia akan rasa lenguh.

"Peluang depan mata. Kau bagi, aku buat.." jawab Freen tanpa rasa bersalah langsung.

"Hey pretty, nanti kalau dah putus dengan dia..roger me. I will treat you better than her."

Kata Heng sambil tersenyum mempesona. Freen hanya diam. Kalau putus kan? Bukan cerai kan?

Okey, got it!

"Bergaduh lah korang. Aku nak menari. Irin jom!" Tee menarik Irin untuk menari bersama.

"Aku nak join!" Pekik Nam sambil berlari kecil mengejar pasangan tersebut.

"Aku nak cari makan. Bye everything.." Lisa melambai kecil lalu menuju kearah tempat makanan terhidang.

"Freen, apa kes dengan adik kau? Dah settle?" Soal Han.

"Dah. Thanks sebab selalu jadi mata-mata aku."

"No problem. Jadi, dia single kan?" Soal Han lagi.

Pantas dia mendapat tatapan dingin dari Freen. Oh, ada udang di sebalik batu rupanya.

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now