[24]

2.5K 167 19
                                    

Becky melirik jam di tangan kirinya. Dah hampir satu jam menunggu kedatangan Freen namun sosok itu masih belum muncul.

Dia terlupa ke?

Atau sengaja melambatkan diri agar tertinggal flight?

Telefonnya dihidupkan lalu mencari contact nama Freen. Apabila sudah jumpa, terus dia telefon tetapi panggilannya ditolak membuatkan dia terkejut.

"Dia reject call aku?" Geramnya dan kembali mencuba namun hasilnya tetap sama.

Becky mengumpat kecil sambil matanya melilau ke semua arah dan tidak lama selepas itu, orang yang dia cari akhirnya munculkan diri.

"Kau dari mana? Kita hampir terlepas flight!" Ucap Becky sedikit geram.

"Bukan itu yang kau nak?" Soal Freen dengan nada yang dingin.

"Kalau kau betul-betul tak na-"

"Diam." Potong Freen langsung.

Becky terus membungkam mulutnya. Dia tahu Freen seorang yang dingin, tapi kali ni lebih dingin dari yang biasa. Walaupun Freen pakai cermin mata hitam dan pakai mask, dia tahu orang depan dia ni sedang dalam mood yang tidak baik.

Tengoklah. Datang ke airport tanpa bawa baju? Mereka nak honeymoon selama 5 hari dan Freen langsung tak membawa sehelai kain pun.

Dia pergi mana semalam? Dia tidur dekat mana? Dia jumpa siapa?

"Jomlah.." arah Freen lalu jalan terlebih dahulu meninggalkan Becky dibelakang.

**

.BECKY POV.

Masuk ke perut kapal, dia lebih memilih untuk duduk di bahagian tepi tingkap. Kepalanya hanya fokus ke luar tingkap dan depan sahaja. Aku di sebelah serupa tak wujud.

Dia ni merajuk ke marah?

Atau dia terasa dengan kata-kata aku?

"Kau pergi ma-"

Belum sempat aku habiskan ayat, dia terus memakai headphone. Kerusinya di rendahkan sedikit dan kepalanya menoleh ke samping.

Dia tak pernah layan aku macam ni tau. Marah macam pun dia, kalau aku tanya dia jawab. Bukan diam macam orang bisu.

Sudahlah perjalanan dari Thai ke Canada mengambil masa selama 13 jam. So 13 jam aku nak hadap diam dia?

Fuh! Belum apa-apa dah macam ni. Nanti bila dah sampai apa yang berlaku antara kami berdua? Entah-entah dia booked bilik lain sebab termakan dengan ayat aku semalam.

Malas lah aku nak fikir. Apa akan jadi nanti, jadilah. Silap aku juga sebab cakap macam tu. Tapi memang betul, hubungan ni takkan lama. Aku tak suka hidup macam ni.

.POV END.

Becky terbangun dari tidur apabila di kejut oleh pramugari yang bertugas.

"Your dinner miss.." ucapnya.

Becky memperbetulkan kedudukannya lalu menoleh memandang Freen yang masih tidur.

"Takpe. Biarkan dia tidur.." kata Becky apabila pramugari itu ingin membangunkan Freen.

Makanan pun terhidang di atas meja kecil. Becky kembali memandang Freen dan dia baru sedar ada luka kecil di sudut bibir Freen.

Dirinya semakin terntanya-tanya kemana isteri dia ni pergi semalam. Apa dia buat dan dengan siapa dia habiskan masa? Kenapa boleh terluka macam tu?

"Freen bangun.." tubuh Freen di goncang pelan.

"Makan.." kata Becky apabila Freen tersedar dari tidurnya.

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now