[13]

2.4K 167 31
                                    

Freen yang sedang sibuk dengan tugasnya tiba-tiba terhenti apabila mendapat panggilan kecemasan dari seseorang.

Tanpa berfikir panjang, dia bangun lalu mencapai jacket putihnya dan keluar dari bilik. Becky memandangnya hairan. Dah kenapa terburu-buru sangat? Laptop dia masih hidup dan dia tinggalkan macam tu je?

"Dia nak pergi mana?" Monolog Becky. Sebab malas nak ambil tahu, dia kembali menonton TV.

.NIGHT CLUB.

Freen masuk ke dalam night club dalam keadaan hati yang panas. Baru sahaja tadi dia mendapat panggilan dari kenalannya dan memaksa dia untuk datang ke sini.

Matanya memandang kearah satu sudut di mana ada beberapa lelaki sedang menyentuh seorang perempuan dengan brutal.

Tanpa banyak bunyi, dia mencapai satu kerusi sambil berjalan kearah orang itu lalu menghumban kerusi separuh besi itu kearah meja di depannya dan membuatkan serpihan kaca terbang ke sembarangan arah.

"Kau dah g--"

Bush!

Freen menumbuk lelaki itu dengan brutal sehingga mengeluar darah di hidung dan juga mulutnya.

Apabila seseorang ingin menyerangnya dari belakang, pantas dia berpusing lalu menendang lelaki itu dengan kuat.

"Kalau ada yang berani dekat, pecah muka dia aku buat!"

Tengking Freen kuat. Serpihan kaca pecah dia ambil dan ditujukan kepada ketua kelompok tersebut.

Kumpulan itu tidak lagi berani untuk menyerang. Aura yang dibawa oleh Freen membuatkan mereka takut untuk mengatur langkah. Nampak je seorang gadis tapi kekuatan dan emosinya lebih teruk dari seorang lelaki.

"Freen!"

Han yang merupakan salah satu atelit ice hockey menghampirinya dalam keadaan yang terkejut. Dia lah yang telefon Freen untuk datang ke sini untuk selamatkan gadis yang sedang duduk dalam ketakutan itu.

Pada awalnya, dia ingin menolong tapi dia tak boleh sebab dia hanya pekerja di sini. Kalau dia tolong, mungkin dia akan dibuang kerja.

Han menatap ngeri pada tangan kanan Freen yang mula mengalirkan darah. Perlahan-lahan dia melepas kaca tersebut lalu dibuang ke lantai.

Tak lama lagi ada perlawanan. Macam mana dia nak main kalau dia cedera macam ni? Kalau ini yang akan berlaku, dia sanggup di buang kerja daripada melihat kawan dia terluka.

Freen memang anti pada lelaki tapi tidak untuk Inari Team. Mereka selalu menjadi musuh ketika melakukan latihan dan membuatkan Freen nyaman dengan team lelaki. Cuma kalau ada yang meluahkan perasaan, dia akan terus tolak dengan cara baik agar tidak menggores hati kawan-kawannya itu.

"Bawa dia balik. Ini biar aku yang urus." Kata Han lagi.

"Thanks Han."

Dengan tangan yang masih berdarah, Freen menarik gadis itu agar ikut bersamanya pulang ke rumah.

****

"Kau buat apa dekat sana? Duit kau tak cukup sebab tu tergamak nak jual diri?"

Amarah Freen meningkat. Sakit di tangan dia tak ambil peduli. Apa yang penting sekarang adalah orang disebelahnya ini. Tak habis-habis membuatnya cemas.

"Jawab soalan aku Hanni!"

Freen menengking kuat. Keretanya berhenti di tepi jalan yang sunyi.

"Kau buat apa dekat sana? Kalau tak cukup duit, minta aku. Jangan sampai nak jual diri kau. Kau tu tanggungjawab aku walaupun keluarga kita dah musnah."

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now