[10]

2.3K 148 36
                                    

Guys! Try comment the story not comment next, lanjut..thank u ⚘️🙂

***

Suasana di cafe menjadi kecoh apabila seorang junior perempuan dibuli oleh beberapa senior lelaki. Pelajar itu hanya duduk sambil menikmati makanannya dengan tenang.

Tiba-tiba datang sekumpulan pelajar lelaki menghampirinya dan terus menarik makanan pelajar itu sehingga jatuh.

"Ini tempat kami. Kau ni tak pernah datang cafe ke?"

Soalnya sambil mencengkam dagu junior itu dengan kuat.

"Maaf. Sa..saya tak tahu.."

"Sekarang kau dah tahu. Blah!"

Terburu-buru junior itu bangun dari tempatnya dan ingin pergi namun begnya ditarik kasar.

"Nak pergi mana? Sebagai ganti ru--"

Bush!!!

Tiba-tiba satu botol air mineral terbang dan terkena pada salah satu dari mereka.

"SIAPA YANG BA--"

Kata-katanya terhenti sebaik sahaja melihat di pelaku yang sedang datang menghampiri mereka.

"Fr..Freen.."

Freen dan Lisa menghampiri mereka berempat tanpa rasa takut.

"Hai pretty.."

Senior yang bernama Archen itu cuba untuk menyentuh rambut Freen namun terhalang apabila tangannya dicengkam kuat lalu dipusing ke belakanag.

"Pergi dari sini."

Arah Freen kepada junior tersebut. Pantas sahaja junior tu pergi tanpa mengucapkan terima kasih.

"Sakit sayang.." kata Archen.

Freen melepaskan tangan Archen namun tangannya pantas menarik rambut Archen lalu di hempas di atas meja membuatkan semua pelajar yang berada di cafe terkejut dengan tindakan ganas tersebut.

Kawan-kawan Archen yang ingin menolong tetapi terhalang dengan Lisa. Berani nak tolong? Backup team ice hockey duduk tidak jauh dari mereka sekarang. Bila-bila masa mereka boleh bangun dan terus menolong.

"Sejak bila meja ni ada tulis nama kau?" Soal Freen dingin sambil menekan kepala Archen yang masih berada di atas meja.

"Sakit!"

Archen menjerit dan cuba untuk menjauhkan kepalanya. Apabila kepalanya dah terangkat sedikit, Freen kembali menghempasnya.

"Kau ni senior. Senior tunjuk contoh yang baik dekat junior. Dia perempuan dan kau lelaki. Kau bodoh ke serang perempuan sedangkan kau berempat? Langsung tak macho lah bangsat."

Freen kembali menarik rambut Archen agar mengikut rentaknya. Kali ni Freen membawanya ke meja kosong yang berada di disebelah. Gelas yang masih terisi dengan minuman itu dia capai lalu dituang diatas kepala Archen.

"Aku nampak lagi kau serang junior tu, aku akan pastikan tangan kau patah. Dengan badut-badut kau sekali aku pukul."

Freen memberi amaran kepada mereka berempat sambil memaparkan wajah bengisnya. Dia datang ke cafe untuk makan dengan tenang bukan nak tengok 4 ekor badut ni membuli.

Buli perempuan pula tu. Tak malu ke tunjuk kekuatan dekat orang yang lemah?

"Shit, tangan aku kotor."

Freen melepaskan tangannya yang kotor akibat terkena tumpahan air yang dia buat sediri. Tanpa rasa bersalah, dia mengelap tangannya dekat Jay yang memakai baju putih dan selepas itu dia dan Lisa pergi begitu sahaja.

Filter Wife [freenbecky]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum