[36 - Last]

2.6K 195 16
                                    

4 bulan kemudian.

Freen melirik jam besar yang tergantung cantik di dinding ruang tamu. Hampir 10 minit dia tunggu dan Becky masih tak kunjung turun dari tingkat atas.

Apa dia buat sampai mengambil masa yang lama untuk bersiap? Majlis dah nak bermula dan mereka masih di rumah?

Telefonnya tak habis-habis berdering. Heng hampir call dia 10 kali semata nak tanya keberadaannya di mana.

Hari ni merupakan hari penting untuk kawan baiknya dan juga kawan baik Becky.

Siapa sangka Irin dan Tee atau lebih di kenali sebagai Neoy itu akan berakhir di pelamin? Hubungan mereka sering bertarik tali dan tidak yakin untuk meneruskan hubungan.

Tetapi selepas mendapat beberapa pendapat dan melihat kehidupan Freen dan Becky yang lancar dan harmoni,  akhirnya Irin menerima lamaran Tee di pentas final basketball.

Sweet kan?

Sangat berbeza dengan kisah Freen dan Becky yang terpaksa berkahwin. Tapi itu tidak penting. Perkara yang paling penting adalah mereka hidup bahagia tanpa muncul orang ketiga atau keempat.

Eungfa?

Ada tu masih bahagia dengan dunia KPOP dan sekarang dia mempunyai kekasih yang bakal menjadi model. Tak sia-sia ikut fanmeeting Big Bang. Tengok-tengok bertemu jodoh tanpa sengaja.

Lisa?

Dia masih dengan kehidupan single. Dah ramai yang mencuba nasib tapi dia tolak mentah-mentah. Alasan yang dia berikan adalah, dia ingin mencari seseorang yang tidak tergila-gila akan dirinya.

Dia nak cari seseorang yang tidak kenal siapa dirinya. Bila dah jumpa, dia sendiri yang akan kejar orang itu sampai dapat. Tak kisah dia lelaki atau perempuan. Sesiapa yang berjaya membuat hatinya bergetar hebat pada pandang pertama, orang itu akan menjadi pilihan.

"Baby lama la--"

Jeritan Freen terhenti apabila melihat Becky yang sudah turun bersama dengan baju sky blue pilihan Freen. Rambutnya di biarkan lepas begitu sahaja untuk mengelakkan orang awam melihat leher mulusnya.

"Kenapa lama sangat? Yang kahwin Irin dan Tee bukan kau.."

"Cantik tak?" Soalan Freen di balas dengan soalan.

"Cantik baby..pernah ke aku cakap kau tak cantik?"

"Tak tapi hari ni cantik dia lain macam kan? Kan? Kan?"

Soal Becky sambil mengedipkan matanya beberapa kali. Freen menarik nafas yang panjang lalu megangguk kecil.

Dia dah bersiap sedia untuk bertukar menjadi monster kalau ada yang cuba untuk menggoda isterinya hari ni. Dia dengar, tetamu yang di jemput cukup ramai. Maklumlah, Tee anak tunggal dari keluarganya. Mestilah acaranya akan megah dari orang lain.

Di tambah lagi Irin adalah dari golongan anak penerus dari syarikat LG. Memang kaw-kaw majlis mereka berdua.

"Jangan marah aku kalau tiba-tiba monster dalam diri ni keluar. Aku akan tunjuk skill memukul aku nanti. Kepala buaya gatal tu semua aku anggap sebagai bola hockey. Lock my word baby, Monster of Thailand Team akan muncul bila sabarnya hilang."

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now