[30]

5.4K 243 64
                                    

Perasaannya semakin tidak keruan sejak Eungfa munculkan diri. Dia selalu datang ke rumah dan tidur di bilik tetamu. Memang betul kawan baik dibenarkan untuk datang tapi bukan sekerap ni.

Makan, tidur dan lepak semua dia buat di rumah Freen. Dah macam takde rumah sendiri.

Freen pula hanya layankan sahaja. Adakalanya dia memilih untuk tidur sebilik dengan Eungfa atas alasan bosan tidur di bilik atas.

Nak usir?

Nampak macam biadab pula. Tuan rumah je tak marah kenapa dia pula yang nak marah?

Sepanjang dia kenal Lisa, dia tak pernah datang ke sini untuk tidur. Kalau ada pun tak sekerap yang macam Eungfa lakukan.

What a bullshit day!

Cukup berleter panjang. Becky muak dengan semua ni. Semakin hari semakin sakit hati melihat aksi romantik di depannya.

Macam sekarang ni lah. Mereka bertiga duduk di ruang tamu sambil menonton TV. Becky duduk di sofa single sedangkan dua sejoli tu duduk di kerusi panjang dengan jarak yang cukup rapat.

Jari lentik Eungfa tak pernah skip untuk menyuap potato chip kepada Freen.

Siapa isteri dia sebenarnya ni?

Becky Rebecca atau Si Kitty Eungfa?

Di sebabkan dirinya tidak tahan dengan semua ni, Becky memilih untuk mengundurkan diri. Rumah ni besar. Ada lagi 2 TV dekat atas. Daripada mata dan hatinya sakit, lebih baik dia naik ke atas.

Kepergiannya di perhatikan oleh Eungfa lalu dia menepuk bahu Freen.

"Kau yakin nak cerai dengan dia?" Soalnya.

"Erm.." balas Freen mudah.

"Dia cantik, pandai masak dan pandai dalam segala hal. Takkan nak lepaskan?"

"She's perfect right? But she never love me."

"Oh sweety.."

Eungfa memeluk Freen dengan erat sambil mengusap-ngusap rambutnya. "Malang betul nasib kau. Dari kecil sampai besar masih tak dapat happy ending."

"Sad kan?" Soal Freen pelan. Eungfa mengangguk kecil sambil mengantung bibir.

"Okeylah. Aku nak balik. Esok aku ada date.."

"Date?"

"Erm! Date dekat concert Big Bang."

"Bodoh lah kau ni. Berambus sana." Tubuh Eungfa di tolak jauh.

"Bye bye sweety.." satu ciuman hinggap di pipi Freen.

Nak marah? Never! Memang sejak dulu sikap Eungfa manja kepadanya dan Lisa. Dah kalau jenis suka physical touch. Nak macam mana lagi kan?

Lisa pun selalu jadi mangsa Eungfa kalau mereka berjumpa.

***

.FREEN POV.

Aku masuk ke dalam bilik dan melihat Becky yang menukar channel TV. Dah berapa lama kami tak berborak sejak kejadian bodoh tu?

Cukup lama!

Kalau bercakap pun, time ajak makan atau nak keluar ke sesuatu tempat. Itu je. Oh my, I really miss my wife even we meet everyday.

Kaki aku melangkah menuju ke katil dengan niat nak tidur.

"I think this is the best time to discuss about us."

Ucapnya tiba-tiba. Aku bangun dan menyandar pada kepala katil.

"Surat penceraian masih dalam proses." Ucapku sedikit pelan.

"Stop talking about divorce Sarocha." Balasnya berjaya membuatkan aku menoleh ke samping.

Filter Wife [freenbecky]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora