[16]

2.5K 150 36
                                    

.BECKY POV.

Di sinilah aku. Di mana?

Di INARI ICE HOCKEY STADIUM.

Hari ni merupakan hari perlawan antara dua kolej iaitu Inari Team dan Alora Team. Seperti biasa, tempat duduk VIP menjadi pilihan semata-mata nak tengok idol aku bermain di padang.

Masih ingatkan yang aku anggap Lisa adalah sebagai idol aku? Hanya idol tak lebih dan tak kurang.

Semasa kedua-dua team sedang melakukan pemanasan, mata aku fokus mencari di mana kedudukan monster of team. Adakah dia bermain atau menjadi pemain simpanan.

Sehinggalah mata aku berjaya menangkap susuk tubuhnya yang berada di kerumunun atlit. Oh dekat situ rupanyanya dia. Mungkin dia hanya ikut melakukan pemasan tapi tidak untuk bermain. Tangan dia masih sakit kot.

"Becky Rebecca?"

Tiba-tiba seseorang menegur aku. Aku menoleh kearahnya yang sedang tersenyum manis.

"Itu nama kau kan?"

Soalnya lagi. Dengan tatapan blank, aku hanya mengangguk. Siapa pulak gadis ni? Kenapa dia ada dekat sini? Tengok jersey, dia dari Alora Team.

"Ini untuk kau."

Tiba-tiba dia menghulur satu ice hockey puck (bola ice hockey) dan satu bar coklat yang disertakan dengan sticky note.

Bagi puck tau! Dia bagi puck!

Aku nak buat apa benda ni? Baling dekat kepala Freen? Dekat rumah, benda ni ada banyak kot. Si monster tu buat koleksi.

"Siapa bagi?"

Soalku ingin tahu. Dia hanya diam lalu memaksa aku untuk menerimanya.

"Ada orang bagi. Yang pasti bukan dari Alora Team dan aku hanya penghantar."

Katanya lalu kembali memakai helmet putihnya dan masuk ke dalam padang. Dia tinggalkan aku macam tu je? Tak boleh ke bagitahu terus?

Kalau bukan dari dia dan Alora Team, bermaksud si pemberi adalah dari Inari Team lah kan?

Tapi siapa? Kenapa dia suruh team lain pula yang bagi? Tak nak kantoi?

Kelakar betul.

"Dah habis berfikir? Baca lah apa yang dia tulis!" Sergah Irin membuatkan aku terbangun dari lamunan.

Aku lupa pula yang kawan aku ni wujud dari tadi.

Haih..

Sticky note berwarna pink aku baca beberapa kali untuk mendapat kepastian.

"Thanks for coming. Boleh tak kau senyum sambil tengok ke tengah padang? Right now because I like your smile."

Aku kembali memandang ke tengah padang tapi tak senyum pun. Permintaan apalah yang di suruh ni. Pelik dan menyeramkan.

Aku menyimpan kedua-dua pemberian tersebut di dalam bag dan kembali fokus. Malas lah nak layan.

"Dia tulis apa?" Soal Irin.

Aku hanya menjongket bahu. Tak payah lah si penyibuk ni nak tahu. Nanti dia bagitahu Tee.

Aku yakin 500%

Selepas itu, perlawanan pun di mulakan. Sama seperti tekaan aku, si monster tu hanya menjadi pemain simpanan. Padan muka, siapa suruh brutal sangat. Ingat dia hebat lah tu balik rumah dengan tangan yang berdarah.

Nak tunjuk hero lah katakan. Kan dah makan diri sendiri.

Padan apa?

Padan muka!

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now