[33] 🔞🔞

4.2K 208 30
                                    

"What are you doing?"

Becky terkejut apabila Freen tiba-tiba muncul di belakangnya. Dia berpusing menatap Freen yang sedang menatapnya tajam.

"Mana dapat kunci tu?" Soalnya sambil mengangkat sebelah kening.

"Kunci apa? Mana ada kunci." Becky menyembunyikan tangannya. Wajahnya dibuat serious agar Freen mempercayai kata-kata yang dia lontarkan.

"Bagi kunci tu.." arah Freen.

"Takde. Mana ada kunci. Dah lah..aku mengantuk.."

"Jangan nak lari." Freen mengunci Becky agar tidak lari.

Kedua-dua tangannya kini berada di sisi badan Becky agar tidak melarikan diri. Dari mana Becky boleh jumpa kunci rak laci ubat dia?

Dan kenapa isterinya nak sangat tahu isi dalam rak tu?

"Bagi tak?"

"Apa yang ada kat dalam laci tu? Gambar peminat kau?" Soalnya.

Dah kenapa nak simpan gambar peminat dia pulak?

"Atau gambar scandal kau si Kitty?" Soalnya lagi.

"Bukanlah.."

"Habis itu apa? Tell me?"

Tangan Becky sudah naik merangkul lehernya. Wajahnya pula sengaja di dekatkan untuk menimbulkan rasa gemuruh di dalam jiwa Freen.

"Bukan ke kita dah takde rahsia antara satu sama lain? Kenapa sekarang masih nak berahsia?" Soal Becky lagi dan lagi.

"Itu bukan rahsia tapi kau tak perlu nak tengok."

"Apa isi dalam dia? Nak tahu juga!"

Freen menghembus nafasnya panjang lalu merampas kunci itu.

"Give me your lips first and I will tell you everything."

Pantas Becky menghadiahkan satu ciuman tepat di bibir Freen.

"Cukup?" Soal Becky dan Freen menggeleng.

"One more time.."

"Dasar gatal!"

"Okey nevermi--umphh!"

Bibir mereka berdua kembali bercantum dan dia mendapat lumatan kecil sebelum di lepaskan.

"Cukup?"

"Erm.."

Becky memerhatikan Freen yang sedang membuka kunci laci rak tersebut. Keningnya berkerut seribu apabila mendapati bahawa isi laci itu hanya beberapa jenis ubat.

Hampir satu jam dia cari kunci ni dan ini hasil yang dia dapat?

"Puas hati?"

"Kenapa simpan ubat dalam ni? Kenapa mesti kunci? Ubat di letak pada tempat yang mudah untuk di capai. Macam mana kalau kau sakit tenat dan kau lupa letak kunci? Sempat kau pengsan sebelum jumpa ubat semua ni."

"Aku dah tak perlukan semua ubat ni. Dulu ya, sekarang tak."

"Kenapa?"

"Panjang ceritanya.."

"Pendekkan.."

"Because you are here. Aku akan minum ubat ni semua bila aku dapat mimpi buruk. Hanya ubat-ubat ni yang boleh buat aku tenang. Di sebabkan aku takut overdose, aku berhenti dan kunci laci ni. Kalau betul-betul terdesak dan takde cara lain untuk tenangkan diri, ubat ni adalah jalan terakhirnya."

Freen mula bercerita sambil memimpin Becky menuju ke katil mereka.

"Aku dah bagitahu yang hidup aku penuh kesengsaraan dan hanya ubat tu yang boleh bantu aku. But now, I have you and orang tua tu pun dah hidup di dalam penjara. Sekarang aku dalam sesi pemulihan untuk melupakan semua sejarah hitam tu. Agak susah tapi aku tetap usaha nak lupakan. Kau boleh tolong aku lupakan semua tu?"

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now