[01]

6.5K 190 34
                                    

"Becky!"

Jeritan dari dalam kereta membuatkan Becky kembali berpusing.

"Tutup pintu dulu!"

Dia hanya memaparkan senyuman indahnya lalu menutup pintu dan kembali berlari.

Dia perlu cepat sampai ke destinasinya kerana dia tidak ingin terlepas untuk menyaksikan pertandingan ice hockey yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

.Becky pov.

Nama aku Becky. Becky Rebecca Armstrong. Kenapa nama aku lain dari yang lain? Mudah. Sebab aku adalah dari keturunan darah campuran British dan Thailand. Aku membesar di negara Thailand tapi selalu juga ikut papa balik ke British kalau cuti semester.

Aku ada hobi dan hobi aku bermain gitar dan menyanyi. Disebabkan hobi ni lah aku hampir diusir dari rumah sebab suka menyanyi malam-malam tanpa fikir orang lain yang nak tidur.

Okey stop bercerita tentang diri aku sebab aku dah lambat nak ke stadium menyaksikan perlawanan antara Inari dan TMS kolej.

Tidak lama kemudian, aku tiba di stadium yang mula dipenuhi oleh penonton.

Tempat kegeramaan aku adalah kerusi VIP sebab dengan jarak tu, aku boleh melihat idola aku dengan lebih jelas iaitu Lisa yang memakai baju bernombor 27.

Cara dia bermain, mengatur strategi dan sikap kepimpinan itulah buat aku suka dengan dia. Tapi suka aku bukan kearah nak ada hubungan okey. Aku cuma minat dia sebagai idola sahaja. Tak lebih tak kurang.

Tapi ada satu je kekurangan darinya iaitu berkawan baik dengan seseorang yang memakai baju nombor 8 dibelakangnya.

Dia adalah Freen a.k.a monster of the team. Cara permainannya kasar namun susah untuk melihatnya diusir keluar sebab segala apa yang dia buat, langsung tak melanggar syarat. Bodoh kan siapa yang jadi pengadil tu?

Kenapa dalam banyak-banyak orang dalam team Inari, kenapa Lisa perlu berkawan dengan Freen? Personaliti mereka cukup berbeza kot.

Satu suka memberikan senyuman dan satu lagi suka memberi tatapan maut. Ditambah lagi di sudut bawah bibirnya ada lipring untuk menambahkan lagi sikap dinginnya itu.

Tadi dia tak kalah popular dengan Lisa. Seolah-olah masing sedang bersaing untuk membuktikan siapa lagi banyak peminat.

"Hoi!"

Bahu aku ditepuk sedikit kuat membuatkan aku terkejut dengan kehadirannya.

"Awal kau sampai." Ucapnya lalu mengambil tempat duduk disebalahku.

"Sengaja. Aku nak tengok dorang melakukan pemanasan."

"Tengok pemanansan ke atau tengok muka Lisa? Aku tahulah tujuan kau.." kata Irin sambil menolak bahu ku.

Aku hanya tersengeh sahaja. Betullah tu, sebab apa? Sebab masa ni je nak tengok dia bermain sambil buka helmet. Nanti bila dah start game, muka dia yang cantik akan tertutup dengan helmet. Walaupun kami satu kelas, tapi aura di dalam padang lain macam betul.

Pov end.

***

Pin pin pin

Bunyi hon motor mengejutkan Becky yang baru ingin keluar dari gate kolej. Sikit je lagi dia akan di langgar oleh motor kuasa tinggi tu.

Tak perlu tanya orang tu siapa sebab hanya Freen Sarocha sahaja yang menggunakan motor kuasa tinggi untuk ke kolej. Berbeza sangat dengan pelajar perempuan lain yang lebih memilih untuk naik kereta. Kawan baik dia sendiri pun lagi pilih untuk naik kereta.

Naik motor untuk apa? Untuk meningkatkan populariti? Semestinya ya, sebab hampir setiap hari Freen mendapati kerusi motornya dihiasi dengan pelbagai jenis hadiah.

Namun semua hadiah tu akan berakhir di dalam tong sampah atau diberikan kepada orang lain. Tak kuasa nak bawa balik semua hadiah tu. Dia naik motor bukan naik kereta. Nanti orang ingat dia penghantar barang pula.

"Jalan tengok sekeliling. Mama dah cakapkan jangan pakai headphone kalau dekat jalan. Kalau kena langgar macam mana?"

Bebel mrs Arm sebaik sahaja Becky masuk ke dalam kereta. Lengannya dicubit beberapa kali sebab dah berbuih mulut cakap benda yang sama tapi masih buat juga.

"Kalau kena langgar, mommy akan tinggal satu je anak perempuan."

Sampuk seseorang dari belakang. Becky menoleh kebalakang melihat adiknya yang sedang menjelirkan lidah kepadanya. Disebabkan terlalu geram, begnya dihumban tepat mengenai kepala Lin.

"Bergaduh-gaduh. Mama suruh balik jalan kaki nanti." Bebel Mrs Arm. Memang mereka berdua pantang kalau berjumpa. Mesti akan bergaduh punyalah. Tak pernah nak akur macam adik beradik yang lain.

"Sorry mom.." serentak mereka berdua dan selepas itu keadaan menjadi lebih tenang dari yang tadi.

***

"Lin itu barang aku!!!"

Jeritan Becky dari atas sudah kedengaran memanggil nama Lin yang dah berlari menuju kebawah.

"Mama tolong Lin!"

Lin bersembunyi dibelakang Mrs Arm yang sedang memotong sayur.

"Apa lagi kali ni?"

Mrs Arm dah lali dengan semua ni. Dia ada anak dua je dan dua-duanya perempuan tapi langsung tak pernah akur. Setiap hari kalau boleh nak bergaduh. Rumah akan riuh dengar suara mereka berdua je.

"Pulangkan balik barang aku." Marah Becky yang baru tiba di dapur.

"Barang apa? Aku takde ambil barang kau pun." Jawab Lin bersungguh.

"Rumah ni takde pencuri selain kau. Kau je yang suka pakai barang aku! Pulangkan balik!"

"Barang apa? Hah checklah check!"

Lin menjauh dari Mrs Arm. Becky meraba setiap sudut badan Lin untuk mencari barangnya yang hilang. Bila dia dah jumpa, terus barang itu dikeluarkan dari poket seluar Lin.

"Ini apa? Bukan barang aku?" Soal Becky sambil menunjukkan pemetik gitar miliknya.

"Lah, kenapa benda kecil tu ada dalam seluar aku?" Soal Lin langsung tak bersalah.

Padahal dia memang sengaja ambil dari atas meja Becky semasa dia berada di dalam tandas.

"Sebab kau pencuri!"

Jerit Becky sedikit geram. Lin hanya ketawa semahunya. Suka betul tengok muka Becky kalau marah. Walaupun tengah marah, muka dia tetap kelihatan comel. Sebab tu Lin suka kacau dia.

"Lin, say sorry to your sister.." Arah Mrs Arm.

"Tak payah minta maaf kalau selalu buat juga." Kata Becky lalu keluar dari kawasan dapur.

"Pergi cepat.." arah Mrs Arm lagi.

"Becky!!!!!"

Lantang suara Lin memanggil nama kakak kesanyangnya itu. Dengan siapa lagi dia nak bergurau kalau bukan dengan Becky?

Sikap Becky yang suka berkurung dekat bilik membuatkan Lin bosan. Cubalah keluar bilik dan layan dia sekejap. Takdelah dia selalu kacau Becky kalau bosan.

Dengan cara macam ni je yang boleh buat dia berkomunikasi dengan Becky.

[TBC]

Thank you dah baca.

Jangan lupa untuk vote and comment ❤️⚘️

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now