[27] 🔞

5K 228 44
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir mereka honeymoon di Canada. Berat hati untuk Freen menerima semuanya kerana mereka akan menjadi orang asing menjelang esok pagi.

Hatinya tidak tenang memikirkan apa yang akan berlaku esok. Betul ke Becky akan membuat keputusan untuk bercerai?

Kalau betul, dunianya akan hancur untuk kali ke-dua. Namun, kali ni lebih sakit dari sebelumnya.

Dia menatap Becky yang sedang berdiri di balkoni sambil melihat keindahan malam Canada.

Walaupun dirinya telah menggunakan banyak tenaga dan emosi sepanjang mereka keluar pagi tadi, Becky tetap untuk memilih tidak tidur.

Apa yang sedang menganggu fikirannya? Adakah dia juga fikir apa yang Freen difikirkan?

3 hari tidak cukup untuk memastikan hatinya memilih Freen. Tapi dia tetap merasa kasih sayang ikhlas yang telah ditunjukkan oleh Freen sepanjang mereka di sini.

Freen tidaklah sejahat dan sedingin yang dia sangka selama ni. Freen yang dia kenal sepanjang tiga hari ni adalah seorang Freen yang penyanyang, mengambil berat dan straight forward. Itu semua dah cukup untuk membuktikan bahawa Freen betul-betul ikhlas mencintainya.

"Haishhh!!!!"

Becky menghembus nafasnya dengan kasar. Telefon yang sejak tadi dia genggam mula bergetar menandakan ada pesanan masuk dari seseorang.

"Dua hari lagi birthday Freen. Sengaja ingatkan awal-awal. Mana tahu nak bagi hadiah dekat dia. Hehe. Enjoy your last night with the monster kid."

-My Idol 27 (Lisa)

Becky membaca pesanan itu berulang kali untuk memastikan apa yang di hantar oleh Lisa adalah benar.

"Birthday dia?" Monolognya sambil melihat bulan yang sungguh indah di matanya.

"Should I give a presents to her?" Monolognya lagi.

"Okey, balik dari sini baru aku bagi."

Badannya berpusing lalu masuk ke dalam untuk merehatkan diri. Dia melihat Freen sudah menutup mata dan mungkin dah masuk ke alam mimpi.

Dia pun ikut baring sekali lalu menarik selimut sehingga paras dada. Kedudukannya adalah mengereng ke tepi untuk melihat Freen.

Sedang dia melihat wajah Freen, dengan tiba-tiba mata indah itu terbuka dan mereka berdua saling bertatapan. Tiada satu orang pun ingin membuka mulut. Yang ada hanya pandangan hangat antara satu sama lain.

"Can I kiss you?" Ucap Freen pelan.

"Erm?"

Becky sedikit terkejut dengan soalan tersebut tetapi dia buat-buat santai.

"This is our last day in Canada. I want to do something with you. Can ah?" Soal Freen meminta kebenaran.

Becky hanya diam seperti membiarkan soalan itu di tiup angin sejuk. Di sebabkan tiada jawapan, Freen mengalah dengan niatnya dan ingin kembali tidur.

"Takpelah. Good night my wi--"

"Do it Sarocha. I give you a permission tonight." Potong Becky setelah sekian lama berdiam diri.

.BECKY POV.

Dengar je jawapan dari aku, dia semakin mendekat dan tangan sejuknya menyentuh leherku.

Walaupun hanya sentuhan kecil, jantung aku dah mula bekerja dengan keras. Perlahan-lahan dia semakin mendekat sehingga bibir kami bertemu.

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now