[11]

2.4K 140 36
                                    

.FREEN POV.

Tidur aku masih tak cukup tapi pagi-pagi lagi dah mengambil keputusan untuk tinggalkan rumah. Matahari masih lagi belum terbit tetapi aku mengambil keputusan untuk berjoging sebelum datang ke kedai Nun Flower.

Hari ni aku bantu mama jaga kedai sebab dia masih ada kerja di luar.

Tentang semalam? Aku lebih memilih untuk diam dan biarkan masa yang menentukan semuanya. Biasalah kalau bergaduh kecil macam ni kan?

Sejak bila kami akrab?

Dia tak kenal aku dan aku tak kenal dia. Aku tak salahkan dengan apa yang dia cakap sebab orang sekeliling pun ada yang anggap aku ni orang paling bermasalah sekali. Padahal mereka semua tak tahu kebenarannya macam mana.

Macam mana aku boleh duduk diam apabila perempuan di kasari oleh lelaki? Perempuan untuk dilindungi bukan untuk melepaskan marah, atau di pijak-pijak.

Kaum kami ni manusia juga bukan sampah!

Di tambah lagi junior yang di buli tu aku kenal. Mana aku tak mengamuk kan? Kalau ikutkan hati, memang lunyai lelaki tu aku buat. Nasib baik ramai mata yang memandang.

"I'm sorry about yesterday night. Aku terbawa suasana." - Freen

"Sokay. Aku faham perasaan kau."- ???

"Kau ada kelas kan sekejap lagi? Ingat pesanan aku. Cari kawan. Jangan lemah sangat jadi orang. Kalau ada apa-apa bagitahu." - Freen

"Okey." - ???

Aku menyimpan telefon di poket belakang seluar dan kembali fokus apa kerja.

Semasa aku sedang menyembur air pada bunga-bunga di dalam kedai agar setiasa dalam keadaan segar, tiba-tiba loceng yang berada di pintu masuk berbunyi menandakan ada pelanggan yang datang.

Badan aku berpusing melihat kearah pintu dan bersiap untuk melayaninya dengan senyuman namun setelah itu, senyuman aku mati begitu sahaja.

Seorang lelaki paruh baya masuk ke dalam kedai penuh berlagak. Apa lelaki bangsat ni buat dekat sini?

"Kau nak apa?" Soalku kasar.

"Hormat sikit dengan orang tua kau."

Kata lelaki itu. Aku hanya tersenyum sinis. Hormat? Layak ke lelaki tua ni di hormat selepas hancurkan hidup aku? Hidup aku musnah sejak berumur 15 tahun disebabkan oleh lelaki tua depan aku ni lah.

"Mana mak kau?" Soalnya kasar.

"Buat apa cari dia?"

"Mana dia?" Soalnya sedikit menengkin.

Ini melampau. Kau datang kedai orang, lepas tu tanya dalam keadaan yang kurang sopan.

"Aku nak pinjam duit."

Ceh, tengok siapa yang datang mengemis minta duit. Dulu bukan main bangga lagi sebab berduit. Tengoklah sekarang bila dah bankrup, datang mengemis dengan bekas isteri sendiri.

"Mintalah dekat isteri kau yang kaya. Opss, maksud aku bekas orang kaya."

Dia cuba untuk menyentuh aku namun pantas aku tepis. Tangan kotor dia tak layak untuk sentuh aku. Aku jijik dengan dia. Aku jijik dengan orang yang musnahkan diri aku.

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now