[14]

2.6K 162 35
                                    

"Hanni bangun ma-" kata-kata Freen terpotong apabila melihat bilik tetamu kosong tanpa penghuni.

"Mana dia pergi?" Monolognya sendiri.

Telefonnya dikeluarkan lalu menelefon Hanni.

Freen: Kau dekat mana?

Hanni: Aku dah balik.

Freen: Tapi kau belum makan.

Hanni: Aku makan dekat rumah.

Freen : Masih terfikir nak balik rumah neraka tu? Kita perlu bincang. Datang ke sini balik.

Hanni: Nak bincang apa Freen? Takpe aku boleh jaga diri. Jangan risau.

Freen: Kau memang keras kepala.

Hanni: Sama macam kau kan? Okeylah. Aku nak bersiap nak pergi kerja. Bye kak.

Freen: Okey bye.

Panggilan di putuskan dari sebelah pihak lalu Freen menuju ke ruang makan dan duduk. roti bakar yang baru diletak diatas meja ambil satu dan di makan begitu sahaja.

"Dia dah balik? tak sempat nak tengok muka dia." kata Becky yang baru ikut bergabung dengannya.

"Kalau dah tengok kau nak buat apa? nak kenal?"

"Erm! nak tengok muka dan perangai dia sama macam kau ke tidak. Rasa macam sama je."

Freen menggeleng kecil. Itu yang dia nak tahu? Tapi kalau di fikirkan, perangai dia dengan Hanni takdelah jauh beza sangat. Masing-masing keras kepala tapi Hanni, hati dia lembut sikit lah kalau nak bandingkan dengan Freen yang langsung takde perasaan ni.

"Aku ingatkan semalam kau keluar sebab crush kau ajak jumpa. Rupanya tak."

"Kau ni asyik mention crush aku je. Kenapa nak kenal sangat ke dengan crush aku?"

Becky menatapnya atas bawah. Dia nak kenal dengan crush Freen? buat apa? ada pun dia rasa kesian dekat orang tu sebab ada monster dah jatuh cinta dengan dia dalam diam. Dia yakin kalau orang itu tahu Freen minat dia, mesti dia akan reject terus.

Orang depan dia ni mana ada hati perut. Berpakaian macam lelaki, kasar dan berperangai dingin.

Siapa yang nak?

"Kau termenung apa?" soal freen. Termenung depan makanan. Elok sangat lah tu perangai.

"Aku tengah bayangkan muka crush kau. Mesti dia terkejut kalau dia tahu kau suka dia."

"Betul. Dia akan terkejut gila nanti. Lagi-lagi kalau dia tahu yang aku ni dah kahwin dengan anak manja Armstrong."

Tak habis-habis degan perkataan 'anak manja Armstrong'. Manja sangat ke dia ni? kalau nak manja pun kenapa? keluarga sendiri juga.

Ada juga dia baling bekas jem dekat kepala Freen. Biar bertambah luka tu. Baru dia puas hati.

"Kau pergi kelas naik apa? kereta?" soal Becky.

"Aku tak masuk kelas hari ni. Aku nak jumpa seseorang."

"Jumpa crush lah tu."

Meluat pula dia dengar perkataan 'crush' tu. Buat apa nak jumpa kalau dah hari-hari jumpa? Pakej tidur sekatil lagi.

"Tutup mulut kau sebelum aku yang tutup Becky?"

"How?"

"With my lips."

Becky terus membungkam mulutnya. Kiss? Tak pasal-pasal dia ingat balik kejadian itu.

"Gatal!"

"What? hey, you are my wife. Gatal apa?"

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now