[20]

2.2K 160 3
                                    

.BECKY POV.

Aku terbangun dari tidur lena apabila merasakan ada nafas panas menghembus leherku. Sejak bila pula dia tidur dalam pelukan aku?

Kenapa aku tak rasa rimas?

Wait!

Itu bukan isu utama.

Dia ni demam ke?

"Ah, sah dia demam." Ucapku pelan apabila dia tiba-tiba bergerak dan dahinya menyentuh leherku.

Aku menolaknya sedikit menjauh lalu bangun dan mencari sesuatu di dalam rak.

Nasib baik ada. Tak menyesal aku beli bye-bye fever tempoh hari. Ada juga kegunaan dia. Lagi-lagi waktu macam ni.

Bungkusannya aku buka lalu ditampal  di dahi Freen. Ini mesti efek terlalu emosi tadi. Ingatkan kuat mana lah tadi. Rupanya tumbang juga bila terlalu banyak guna emosi dan tenaga.

Sebaik sahaja benda itu menampal, tiba-tiba dia terjaga dari tidur. Mata kami saling bertatapan.

"Dasar lemah." Ucapku pelan sambil menjelirkan lidah.

"Badan aku panas tapi aku rasa sejuk." Katanya lemah.

"Then? What should I do?" Soalku seolah-olah tidak faham apa yang ingin dia sampaikan.

"Oh okey. Got it! Pilih, nak matikan aircorn atau pakai selimut?"

Soalku. Aku tahu apa yang kau nak Freen Sarocha. Makin hari makin menjadi-jadi perangai kau. Ada crush tapi suka menggoda aku. Sampaikan aku pelik.

Betul ke monster ni ada crush?

"I want to hug you.." ucapnya pelan.

See? Aku dah cakap. Dia lately ni memang suka menggoda dan aku hampir tergoda.

Hahaha. Bodoh kau Becky!

"Kalau aku ikut sakit sekali?"

Soalku lagi. Dia kelihatan sedikit berfikir. Ingatkan lepas tanya macam tu, dia akan tarik selimut dan kembali tidur. Rupanya dugaan aku meleset apabila tiba-tiba dia bangun dan turun dari katil.

"Aku tidur luar." Ucapnya dan terus keluar dari bilik.

Oh shit!

Bukan itu yang aku nak keluar dari mulutnya. Tidur luar? Means, tidur di sofa sebab dia tak mungkin akan tidur di bilik tetamu.

Dia nak makin sakit ke? Kalau sakit, dia memang automatic jadi bodoh ke? Tak faham aku dengan sikap dia ni.

Kadang boleh berfikir dengan baik. Kadang macam takde akal.

Dasar filter wife!

Berubah macam filter camera. Sakit pula hati ni tiba-tiba.

Dengan langkah malas aku ikut dia keluar. Aku melihatnya sedang duduk di sofa sambil menonton Netflix.

Dia ni kenapa? Boleh tak sakit tu buat perangai macam orang sakit? Ingatkan keluar nak sambung tidur. Dia boleh bantai layan movie shin chan.

"Jom tidur." Ajak aku.

Dia menggeleng.

"Jomlah.." ajak aku lagi. Dia menggeleng lagi.

"Okey, you can hug me for tonight."

Terus dia matikan tv dan bangun. Shit, kenapa aku cakap macam tu?

"Tapi kalau aku demam, kau kena bertanggungjawab penuh."

Dia mengangguk seperti anak kecil.

"Okey, jom tidur." Kataku dan terus masuk ke dalam bilik. Pandai-pandailah dia ikut aku masuk ke dalam.

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now