[04]

2.2K 138 25
                                    

Becky merasakan belakangnya telah dihempap dengan batu yang sangat besar sekarang. Kenapa benda bodoh ni boleh berlaku kepada dirinya? Apa yang keluarganya fikir sampai dirinya menjadi mangsa?

Apa yang dah berlaku sakarang ni dan kenapa Mr Arm boleh bersetuju dengan cadangan merepek isterinya? Apa kedua keluarga ni dah janjikan?

Semua itu bermain di fikiran Becky sehinggakan dirinya tidak boleh tidur malam.

Selepas mendengar tentang perjodohan yang tak masuk akal ni, mulutnya seakan terkunci sepanjang makan malam berlangsung. Nak menolak terasa macam kurang ajar pulak tapi kalau tak tolak, hidup dia pula yang akan musnah.

Kahwin dengan sesama jenis?

Zaman apa kahwin sesama jenis ni?

Tok tok tok

Pintu bilik Becky di ketuk beberapa kali. Pantas Becky menghapus air matanya yang entah sejak bila mengalir pun tak tahu.

"Becky okey?"

Soal Mr Arm sambil menarik kerusi belajar Becky menuju kearah katil.

"Papa memang tak sayang Becky. Kenapa papa setuju dengan cadangan bodoh mama ni? Kalau betul pun dah terdesak nak kahwinkan Becky, atleast cari calon lelaki bukan perempuan. I'm a normal person pa. Becky suka lelaki bukan perempuan."

Kata Becky. Apa yang tersimpan di dalam hati akhirnya keluar juga.

"Kalau betul nak juga Freen tu jadi menantu dalam keluarga ni, suruhlah Lin yang kahwin. Lin kan anak kesayangan mama. Kenapa mesti Becky?"

Kata-kata Becky membuatkan Mr Arm hampir ketawa. Belakang Becky di usapnya pelan.

"Mama buat semua ni sebab nak dapat bunga free dari kedai Nun Flower kan?" Soal Becky lagi dan akhirnya Mr Arm tidak dapat menahan ketawanya. Ada sampai ke situ pula dia fikir.

"Papa dah boleh bercakap belum? Nak dengar ulasan papa tak?"

Soal Mr Arm dan Becky menganggukkan kepalanya. Badannya berpusing menatap papa kesayangannya itu.

"Papa tahu semua ni tak masuk akal. Memang betul-betul tak masuk akal lah senang cerita. Tapi, papa dan mama buat semua ni bersebab. Bukan sebab nak luaskan perniagaan tau. Mama papa buat semua ni sebab kami tak percaya dengan lelaki dekat luar sana. Even papa sendiri lelaki pun, papa rasa takde orang yang layak untuk jaga Becky."

"Tak semua lelaki jahat papa.."

"Yes papa tahu. Tapi ada je lelaki yang baik berubah jadi jahat kan? Dan itu lagi bahaya dari lelaki yang betul-betul jahat."

"Pa, papa tengah merendahkan kaum papa tau."

"Yaa papa tahu."

"Macam mana kita nak luaskan keturunan kita? Papa tak nak cucu ke?"

Soal Becky yang mula fikir tentang masa hadapannya.

"Dunia dah modern sayang. Banyak cara nak dapatkan anak. Lagi pun kita hidup di bumi Thai. Perkara macam ni memang dah jadi umum untuk semua." Jawab Mr Arm tenang.

"Papa tak risau kalau kawan-kawan papa tanya macam-macam? Papa ni orang pengaruh dekat Thai. Papa takkan malu?"

"Kenapa papa nak malu? Itu anak uncle Joong tu yang Becky sanjung bagaikan gunung tu, ingat dia normal ke? Dia dah bertunang dengan pilihan hati dia dan pilihan dia adalah seorang lelaki juga. Takde yang mustahil dekat sini. Love is love right?"

Terang Mr Arm. Berharap sangat Becky akan faham semua ni.

"Macam mana kalau Becky tak bahagia? Papa tengok kan game Freen dekat padang macam mana? Dia tu monster papa."

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now