[19]

2.1K 176 9
                                    

.BECKY POV.

Aku menoleh melihat Freen yag sedang memandu secara laju. Wajahnya datar tapi aku yakin ada sesuatu yang sedang berlaku sekarang. Aku tahu cara dia memandu. Dia tak pernah drive laju kalau dengan aku. Even naik motor pun, dia akan tunggang secara hati-hati sebab dia tahu aku masih tak biasa dengan kenderaan bertayar dua tu.

Semasa kami sedang makan di luar, dia dapat panggilan dari seseorang dan auranya berubah drastik. Padahal sepanjang kami makan, mood dia elok je.

Lepas dapat panggilan tu, dia jadi hilang arah. Makanan tak habis tapi dia dah panggil waiter untuk kira semua. Tak banyak bunyi yang keluar dari mulutnya, tangan aku dia tarik ikut bersama.

Hello, aku baru makan dua kali suap. Straw minuman pun aku tak sempat gigit. Tiba-tiba dia paksa aku ikut dengan dia.

Kenapa dengan dia ni?

Nak tegur tapi takut kena marah nanti. Jadi aku lebih memilih untuk diam dan menunggu dekat mana kereta kuning dia ni akan berhenti.

Dalam beberapa minit kemudian, kami berhenti di sebuah rumah flat yang agak kusam. Mata aku melilau melihat kearah sekeliling.

Tempat apa ni?

Dia nak jumpa siapa?

"Jangan keluar. Tunggu sini." Ucapnya lalu keluar begitu sahaja.

Cara tutup pintu pun dah tahu yang dia sedang dalam mood marah. Marah gila-gila punya.

.POV END.

Freen mendaki tangga dalam keadaan yang kelam-kabut. Fikirannya hanya satu.

Selamatkan Hanni dari orang tua bangsat tu.

Siapa yang tak risau bila adik dia call minta tolong sambil menangis kan? Di tambah lagi dia tahu siapa punca semua tu, lagi lah dia risau.

Apabila tiba di rumah yang bernombor 14A, dia terus menerjah masuk ke dalam. Keadaan rumah agak kucar-kacir.

Kakinya melangkah menuju ke bilik Hanni di mana ada seorang lelaki tua separuh mabuk sedang berlegar-legar di dalam bilik itu.

"Kau buat apa dekat bilik Hanni?" Soal Freen datar.

Lelaki tua itu menoleh sambil tersenyum sinis.

"Wuu..my dinner.." katanya sambil melihat badan Freen dari atas sampai bawah.

"Mana Hanni?" Soal Freen.

"Entah. Mana dia?"

Kaki lelaki tua itu mendekat kearah Freen dan cuba untuk menyentuh rambutnya namun Freen pantas mengelak.

"Aku cakap, MANA HANNI?"

Freen membentak kuat dan di sebabkan oleh itu, Hanni keluar dari persembunyiannya.

"Aku dekat sini."

Kata Hanni sebaik sahaja keluar dari dalam almari. Mata Freen terpejam buat seketika apabila melihat badan adiknya penuh lebam dan bajunya koyak.

"Kau buat apa dekat adik aku?" Soal Freen sedikit amarah.

"Takde. Cuma sedikit bermain.." ucapnya sambil menjilat bibir dan memandang Hanni penuh nafsu.

"Ala, main sikit je..macam aku buat dekat kau dulu."

"Bangsat!"

Freen mengumpat geram dan terus menyerang lelaki tua itu. Koler bajunya di tarik kasar dan membawanya ke ruang tamu.

Badan yang kurus itu di tolak kuat sehingga jatuh ke lantai. Kemarahannya semakin memuncak.

Apa tadi?

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now