[23]

2.3K 169 33
                                    

.BECKY POV.

Aku terdiam melihat dua helai kertas berada dia atas meja. Apa? Takde angin takde ribut tiba-tiba dapat dua tiket penerbangan ke luar negara.

"Pa, apa ni?" Soalku tak semangat.

"Ticket honeymoon. Kamu berdua dah cuti untuk study week kan? Masa ni lah boleh honeymoon."

Aku dah mengeluh panjang. Aku dah rancang cuti aku dah cukup baik. Aku nak shopping, nak keluar dengan Irin. Nak itu nak ini. Tapi semuanya musnah dalam sekelip mata.

So, ticket concert aku pun burn lah ni?

Ah sudahhh!!!!

"Bila ni?"

"Esok."

Terus patah semangat aku untuk hari ni. Aku menoleh meliha Freen yang masih sibuk dengan makanan dia.

Dia ni memang tak nak back up aku ke? Takkan cuti ni dia takde perancangan langsung dengan Lisa atau dengan team dia? Mesti ada kan?

Takkan dia setuju?

Sumpahlah?

"2 tiga hari ke kan?" Soal aku lagi.

Papa menggeleng lalu 5 jarinya diangkat ke udara.

"5 hari? Nak buat apa 5 hari dekat Canada?"

"Honeymoon sayang. Soalan apa tu? Papa tahu hubungan kamu berdua masih belum mekar. Inilah masanya untuk terbitkan rasa cinta tu."

"Okeylah."

Aku dah malas nak bergaduh mulut tentang isu ni. Makin aku menolak, makin di paksa-paksa. Si monster sebelah aku ni pula lagi pentingkan makan.

"Macam tu lah. So enjoy your honeymoon and papa harap ada berita gembira dari kamu berdua."

Berita gembira apa pula?

Tengok tu, papa boleh kenyit mata dekat Freen pula. Dia ni pula boleh senyum-senyum. Faham ke maksud papa? Aku je tak faham.

Lol.

"I'm home!!!" Suara Lin bergema satu rumah sebaik sahaja pintu utama terbuka.

"Eoh! Becky!" Dia berlari menuju kearah ruang makan dan terus peluk dan mencium pucuk rambut aku.

Sumpahlah, peluh-peluh terus peluk aku? Habis bau perfume aku bercampur dengan bau badan dia. Terus aku menolaknya menjauh.

Bukan tak rindu tapi bukan macam ni caranya untuk melepas rindu. Atleast keringkan lah dulu badan tu.

"Kalau dah rindu, mana nak ingat.."

Dia peluk aku lagi. Ah pasrah. Sumpah aku pasrah. Aku biarkan dia peluk aku sepuasnya dan selepas itu, dia sendiri meleraikan pelukan dari sebelah pihak ni.

Aku menatapnya dengan wajah datar. Sedangkan dia pandang aku dengan penuh senyuman. Langsung takde salah budak ni.

"Hai Freen.."

Dia menyapa Freen yang berada di sebelah kiri aku.

"Hai.." balasnya ringkas.

"Macam mana hidup dengan dia? Susah kan jaga budak? Cerewet kan dia? Mesti malam kau terganggu dengan suara dia kan?"

Makanan di dalam mulut hampir tersembur keluar. Dia buruk kan aku depan Freen? Memang minta kena siku dia ni.

"Lin, apa tanya macam tu?" Soal papa menegur.

"Ala pa, Lin tanya soalan fakta je."

"Fakta kepala otak kau!" Senang-senang aku mengetuk kepala dia. Biar dia meringis kesakitan.

Ada aku kisah?

Never!

"Dahlah. Becky naik atas dulu.."

Aku bangun dari tempatku dan terus naik keatas. Panggilan dari Lin aku biarkan.

.POV END.

"Dia memang suka merajuk ke?" Soal Lin kepada Freen.

"Tak juga." Balas Freen ringkas.

"Pergi lah naik atas pujuk dia."

"Siapa?"

"Kamu lah.."

"Freen? Freen kena pujuk dia?"

"Dah tu siapa? Papa? Lin?"

"Lin lah..dia yang buat.." balas Freen. Mr Armstrong menggeleng kecil.

"Lin pujuk? Nanti tak jadi sesi memujuk tapi berperang. Pergilah.." kata Mr Armstrong lagi.

"Okey..Freen try pujuk.." Freen naik ke lantai atas dengan keadaan yang pasrah.

Dia mana pernah pujuk Becky. Takkan hal tadi nak merajuk? Dia yakin Becky tak merajuk pun sebenarnya..sengaja nak naik atas cepat-cepat.

"Kau merajuk ke?" Soal Freen sebaik sahaja dia masuk ke dalam pintu.

"Tak." Balas Becky sepatah.

Freen mengangguk dan berniat untuk keluar tetapi terhalang dengan panggilan Becky.

"Nak pergi mana? Sini..kita kena bincang." Arah Becky.

Freen hanya ikut. Kakinya melangkah menuju ke katil dan mereka berdua duduk saling berhadapan antara satu sama lain.

"Kita honeymoon dekat Canada bukan bermakna kita akan habiskan masa bersama." Kata Becky serious.

"Maksud kau?" Soal Freen.

"Kau buat hal kau. Aku buat hal aku. Cukup faham?"

"Kalau macam tu baik takyah honeymoon." Kata Freen.

Tak boleh ke kalau mereka berdua isi masa sama-sama? Perlu ke berasingan? Sampai bila hubungan mereka akan jadi macam ni?

"Kalau boleh aku pun tak nak. Ada banyak benda aku nak buat dengan Irin dan kau pun mesti ada benda nak buat dengan Lisa kan? Kalau kita tolak ticket ni, nanti papa akan kecil hati."

Freen terdiam. Matanya fokus pada mata Becky.

"Kau memang tak nak hubungan ni kekal lama ke?" Soalnya pelan.

"Erm. Aku dah cakap dari awal. Hubungan ni takkan kekal lama. Kau mengharapkan apa?"

Freen mengangguk faham. "Maksudnya kita akan berpisah lah kan?"

"Yes!" Jawab Becky yakin.

"Macam mana kalau aku cakap yang aku suka kau?" Soal Freen lagi.

Becky terdiam. Apa tadi? Suka?

"Kau su-"

"Takpe lupakan. Aku ikut cara kau. Pergi Canada tapi buat hal masing-masing. Okey got it."

Freen turun dari katil. Sling bag dan kunci kereta dia capai.

"Aku balik dulu. Kalau papa tanya, cakap je aku keluar sebab ada urusan. Tak perlu tunggu aku untuk makan malam nanti kot. Kita jumpa esok dekat airport. Balik nanti minta tolong Lin hantar."

Ucapnya lalu keluar dari bilik dalam keadaan hati yang hampa. Becky hanya melihat pemergian Freen dan dia langsung tak nak halang.

.Rumah.

Jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam namun kelibat Freen masih belum muncul. Becky masih setia menunggu kepulangan Freen di ruang tamu.

Dia terasa hati ke? Takkan sebab kejadian petang tadi buatkan Freen tak balik rumah?

Merajuk?

"Ayat aku melampau ke? Apa yang aku cakap salah ke? Tak kan? Dia sendiri cakap yang dia suka seseorang. Then, kenapa nak terasa hati bila aku mention hubungan ni tak akan kekal lama?" Monolognya sendirian.

Pintu utama masih menjadi tatapannya dan berharap pintu itu akan dibuka dari luar.

"Freen suka aku? Dia suka dua orang dalam satu masa? Dia ingat aku siapa? Macam mana kalau tiba-tiba crush dia suka dia juga dan pada masa yang sama aku tersuka dia?

Siapa yang akan dia pilih?

-[TBC]-

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now