[09]

2.4K 150 25
                                    

.BECKY POV.

Selepas sarapan di rumah, kami berdua mengambil keputusan untuk balik ke rumah atau lebih tepatnya lagi adalah rumah Freen.

Tipu kalau aku cakap yang aku ni tak sedih untuk tinggalkan rumah dan bilik kesyangan aku. Di tambah lagi tengok Lin menangis tadi. Makin sedih lah aku nak tinggalkan rumah tu.

Tak banyak baju yang aku bawa ke sini. Nanti pandai-pandailah aku balik dan bawa baju aku yang lain ataupun beli je yang baru.

Apa yang paling penting sekali adalah dua gitar kesayangan aku. Tapi aku nak letak dekat mana gitar ni?

Aku menoleh memandang Freen yang sedang berjalan menuju ke gantungan kunci. Dari sini aku boleh nampak beberapa jenis kunci tergantung sana. Selepas itu, dia berjalan menuju ke sofa sambil membuka jacketnya.

Monster ni tak sedar kewujudan aku ke macam mana? Ada banyak barang yang aku perlu kemas dan dia boleh baring di sofa tanpa ada niat nak tolong aku?

"Freen Sarocha!"

Panggilku menggunakan nada yang sedikit tinggi. Kepalanya terangkat sedikit sambil menatap aku dengan tatapan pelik.

Aku rasa macam nak baling gitar ni dekat kepala dia. Biar dia sedar yang dia tu dah kahwin dan aku sekarang tinggal dengan dia.

"Sejak bila kau dekat situ?"

See? Dia memang tak sedar kewujudan aku padahal dari tadi kami bersama. Datang ke sini je naik kereta masing-masing. Dari naik lift sampai masuk ke dalam rumah aku dengan dia. Sebelum masuk pun kami sempat bercerita.

"Kau memang tak pandai layan tetamu ke?" Soalku datar. Kali ini dia duduk sambil menatapku.

"Sejak bila kau jadi tetamu pulak?" Soalnya kembali.

Erm, betul juga sejak bila aku jadi tetamu? Sah-sah ini rumah aku juga.

Haha

Kau memang bodoh Becky!

"Bilik aku mana?"

"Bilik kau?"

"Yes! Bilik aku!." Kataku dan sengaja menekan ayat terakhir tu. Tak mungkin kami tinggal sebilik kan?

Tak mungkin!

"Okey jom house tour. Kita tour big house kita."

Dia mula bangun dari tempatnya. Ceh, mentang-mentang rumah dia besar. Eh, silap! Nasib baik rumah condo dia besar.

Condo dua tingkat. Kau ada? Aku takde. Lol.

Okey jomlah kita house tour bersama monster ni.

Tempat pertama dia bawa aku adalah menuju kearah sebuah bilik yang berdekatan dengan dapur. Buka je pintu dan lampu, mata aku dah bersinar melihat isi dalamnya.

Semua tentang ice hockey berkumpul di dalam sini. Baju, kasut, kayu, piala, gambar dan semualah. Termasuk juga satu sofa kecil yang berada tepat dibawah gambar besar team dia.

"Letak gitar kau dalam ni. Ada masa kita deco bilik ni jadi dua bahagian." Katanya sambil meletakkan gitar aku di lantai.

Macam tu je dia letak barang beharga aku? Gitar elektrik tu, limited edition tau. Ada sign artis kegemaran aku kot!

Selepas itu, kami menuju ke bilik sebelahnya pula. Bilik ini fak ubah macam bilik-bilik hotel. Tak berapa nak luas tapi gaya penyusunan perabot menampakkan bilik ni luas.

"Ini bilik tetamu." Kata ringkas dan padat. Lalu pintu itu dia tutup.

Seterusnya kami menuju ke tingkat atas di mana ada ruang tamu mini di sana. Satu satu sofa panjang, tv berukuran sederhana, meja dan juga hiasan bunga. Boleh ni malam-malam aku jamming dekat ruang ni.

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now