[06]

2.2K 149 24
                                    

Lin yang baru ingin keluar untuk pergi berjoging terkaku apabila melihat Freen baru keluar dari kereta sambil menelefon seseorang.

FREEN: Aku call balik nanti..

Freen menamatkan panggilannya sambil menuju kearah pintu utama.

"Hai Lin. Mana Becky?" Soal Freen sedikit ramah. Lin hanya menunjuk ke dalam rumah kerana masih terkesima dengan penampilan Freen sekarang ni.

Kalau dia di tempat Becky, dia akan terima perjodohan ni dengan senang hati. Cantik gila kot bakal kakak ipar dia.

"Boleh panggil dia?" Soal Freen lagi.

"Boleh. Masuk lah dulu.."

Lin mempersilakan Freen masuk ke dalam dan duduk di sofa sementara dia naik keatas menuju ke bilik Becky.

"Becky bakal su--eh bukan..sekejap.."

Lin terhenti di depan pintu bilik Becky. Apa dia nak cakap ni? Suami? Bukan. Isteri??

"Kak, isteri kau dah sampai ni.." kata Lin pelan seolah sedang praktiskan diri. Macam pelik pulak..kalau Freen isteri, habis kakak dia apa??

Ahh pergi lantak lah..

"Becky, jodoh kau dah sampai.." Lin memutar tombol pintu bilik dan dia melihat Becky sedang mencapai segala barang peribadi miliknya.

"Wow! Jarang kau cantik macam ni.."

Entah tu pujian atau sedang mengejek Becky.

"Selama ni aku tak cantik ke?"

Soal Becky dan Lin menggeleng kecil. Cantik lagi dia dari Becky. Itu yang dia tanam dalam diri dia dari dulu. Padahal dua-dua cantik sebab ada mix blood.

"Freen dah sampai. Dia kat bawah.." kata Lin.

Becky keluar dari biliknya. Dia menatap Lin dari atas sampai bawah lalu tangannya menyentuh pucuk kepala adik kesayangannya itu.

"Kesian kau, single."

Kata Becky sambil membuat muka sedih dekat Lin yang dah memaparkan wajah terkejutnya.

"Bodoh lah kau ni. BECKY!"

Lin mengejar Becky yang sudah melarikan diri menuju ke tangga. Setiap anak tangga dia pijak dengan laju sehingga ke lantai bawah.

Aksinya itu ditangkap cantik oleh mata Freen. Memang tak salah dia gelarkan Becky sebagai anak manja keluarga Armstrong. Tengoklah, turun tangga pun berlari sambil ketawa. Itu kalau jatuh, dia siap sedia untuk tepuk tangan.

"Mama help me!"

Becky berlari menuju ke dapur untuk menyelamatkan dirinya. Dia ni tak sedar ke ada Freen dekat ruang tamu? Segala tingkah dia, Freen perhatikan.

"Hey, dah nak kahwin pun masih nak macam budak-budak ke?"

Mrs Arm dah mula membebel. Lin yang baru tiba di dapur siap sedia untuk menarik rambut Becky.

"Tengok dia ma, dia nak serang Becky! Halang dia ma.."

Kata Becky meminta pertolongan seolah dia adalah mangsa keadaan. Padahal dia yang cari masalah dulu.

"Dah stop! Jangan bergaduh lagi. Malu dekat Freen."

"Freen?" Becky terkaku. Apa maksud mama dia?

Kepalanya menjenguk kearah ruang tamu dan dia melihat ada Freen di sana sedang duduk sambil menikmati airnya.

"Eh bodoh, kenapa kau tak cakap dia dah masuk ke dalam rumah?" Marah Becky.

"Aku dah cakap dia dah kat bawah kan? Means dia ada dekat ruang tamu. Habislah, dia tengok perangai budak-budak kau. Dah lah..belum sempat aku joging, dah rasa penat. Malas aku layan kau. Bye mama.."

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now