School P8 Home Attack | Khairy

Bắt đầu từ đầu
                                    

"Eh?"

Buk!

"Arghh! Sakit!"

Baru sahaja Shoko ingin membentak, entah kenapa dia samar-samar kelibat sesosok jubah putih bersama rambut menggerbang dihadapannya.

Shoko pucat lesi. Pistol ditangan dibawa untuk menembak lembaga menyerupai hantu itu namun tangannya menggigil.

Puk! Pistol terpelanting jauh darinya. Waktu itulah Danny berlari menghalang Aliya yang terus mengganas.

"Cukup Liya! Kita dah boleh memberkasnya!" Danny menghalang.

"Dia sudah menyakiti tubuhku!" Aliya membentak menyinga.

"Jangan risau, kita akan bagi hukuman setimpal. Di penjara dia akan menyesalinya." Danial berkata sambil menenangkan hantu Aliya.

Lama-kelamaan Aliya mula membaik. Terlihat tubir  air matanya mengalir di pipi.

"Alolololo, sian dia..Sakit?" Usik Is sambil menggosok rambut Aliya yang mula menangis teresak-esak. Is yang tak pakai minyak pewangi itu memberi gosokkan lembut di kepala Aliya.

"Sakit.." Adu Aliya pada Is. First time dia mengadu pada Is ni. Is faham dan mengangguk.

"Si-Siapa dengan korang bercakap ni!?" Shoko mengalabah cemas. Dia cuba melepaskan dari Danny yang sudah menekan tangannya ke lantai.

"Housemate aku hantu." Danny tersenyum sinis.

"Ha?" Shoko menggigil.

"Perbuatan kau mengundang kesakitan kepadanya." Danial sudah menghubungi pihak polis. Biarlah pihak polis menguruskannya.

"Apa yang kau semua lakukan!? Kau semua bukan manusia!" Shoko memarahi. Dia tak nampak Aliya, jadi hakikat itu membuatkan dia marah sambil mengigil ketakutan.

"Kami manusia, kau je bukan manusia. Takde sifat prekemanusian nak bunuh orang. Jadi bolehlah dianggap binatang." Is meleret senyum sinis. Suka melihat Shoko terkena mental.

Shoko menyinga.

"Mampus kau! Aku sumpah kau berempat mampus!" Shoko hilang kewarasan, tergelak macam orang gila. Memaki hamun dalam bahasa Jepunnya.

"Jan

"Tak sanggup aku tengok dia ke hospital sakit jiwa." Danial risau.

"Hospital sakit mental kot." Is bagi pandangan.

"Hospital gila." Sokong Danny tersengih-sengih.

Siren polis kedengaran, serentak itu mereka bertiga mengucap 'Alhamdulillah.' Stress layan kerenah Shoko yang merapu entah apa. Mata hitam terbelalak ke atas meninggalkan mata putih sahaja. Is, Danny dan Danial merasa pelik melihat Shoko meracau tiba-tiba.

Namun, Shoko berjaya diberkas selepas itu. Dikatakan, dia dan ayahnya sedang diburu oleh pihak polis kerana Shoko salah satu keldai dadah dan ayahnya pengedar dadah. Jadi, ini memudahkan mereka membantu pihak polis.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

Day by day, hari biasa dijalani dengan baik. Danial menguap. Bunga yang berada di bilik sakit Khairy sudah melayu tidak subur. Lalu dia menukarnya kepada yang baharu.

Hari petang jingga menampakkan surai emas melabuh tirai di dada langit. Danial menutup tingkap. Langsir ditarim dan ditutup lalu suis lampu dibuka.

Bunyi telefon bimbit menyentak perhatiannya. Sekilas dia menatap Khairy yang masih belum sedar.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ