School P8 Home Attack | Khairy

115 15 1
                                    

"WOI! Yang kau bawak Zombie masuk pasai pa Is!?" Mengamuk Danny, terkeluar loghat Kedah dia. Remote gaming control ditangan di bawak kiri kanan. Menunjukkan game dimainkan agak mencabar.

Is tergelak-gelak jahat.
"Mai datang, aku nak tengok sapa berani menantang aku! Mauahahaha! Kau pergi mampus untuk aku Dani!"

"Babi kau Is! Ni game survival! Bukan GTA bodoh!" Danny bengang. Nak harapkan kawan survive, Is malah menjadikan dia umpan.

Meanwhile..

Danial menguap bosan. Remote gaming control ditangannya di kawal baik. Tiada apa yang perlu dikecohkan. Zombie di dalam game sekadar ditembak tenang.

"Aku nak main lagi..." Aliya mengelembung mulutnya. Dia sudah kalah di awal permainan.

"Tunggu semua orang mati, boleh restart balik game ni Aliya." Jelas Danial. Aliya sedih, berbekalkan popcorn ditangan dia menonton sahaja Danny dan yang lain.

Ting tong!

"Aik, sejak bila kau pasang alarm pintu Dani?" Is menoleh pandang pintu. Sempat dia tekan butang pause.

"Dua hari lepas, kau je tak perasan benda tu elok melekat sebelah pintu." Ucap Danny bangun. Danial pula membawa diri ke tandas. Nak terkucil sebab Is segala ketua permainan yang kena pause game.

"Selama ni aku ingat apa." Gumam Aliya.

Danny melihat lubang pintu. Seorang individu berpakaian serba gelap serta bertopi hitam. Danny was-was. Selalunya orang jahat menyerupai sebegitu.

'Perasaan aku je kot.'

Tombol pintu dipulas, namun pintu dikuak sedikit. Hanya menampakkan kepalanya sahaja.

"Ya?" Danny cuba tersenyum.

"Bagi aku masuk.."

Danny tertelan air liur pahit serupa tertelan pasir. Suara itu persis seorang wanita tetapi siapa? Boleh pulak ada pistol tepat terarah kepada dia.

Kalau dirumuskan dengan kelajuan fizik bersamaan matematiknya, perkiraan itu sangat masuk akal buatnya terbunuh. Kelajuan peluru pasti menyamai satu saat berbanding dia yang menutup pintu mengambil masa dua saat.

"Apalagi ni..." Gumam Danny akhirnya pasrah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Danny kerling Danial, Danial pandang Is. Is pula sedap je abai Shoko sambil belek buku novel entah dari mana dia dapat.

"Hoi, tak nampak aku depan ni ke?" Shoko menarik picu. Bersedia melepaskan tembakan.

"Ha? Tak sedar diri kau tu tetamu, siapa tuan rumah?"

Danial dan Danny..
'Hoi hoi, ni bukan masa kau nak bersenda gurau dengan minah ni!'

"BAM!" Satu peluru dilepaskan, namun tersasar ke dinding menyebabkan.

"Arghhhhh!"

Ya, hanya mereka bertiga mendengarnya.

'Mampus..' Danial dah cuak.

'Habislah..' Iskandar risau.

'Its gonna be ...' Danny pasrah. Dia tak boleh buat apa-apa.

"Tak guna punya betina!" Aliya muncul disebelah Shoko lantas ditampar gadis itu.

Shoko yang melihat-lihat senjatanya sudah terpelanting ke dinding tanpa sebab. Dia tercengang.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now