Bersih

207 24 2
                                    

Danny mengelap peluh yang merenek ke dahi. Panas terik matahari buatkan dia sudah mulai berputus asa melihat motornya baru dicuci.

"Cuci sebelah situ pulak.."

"Ha, yang tu jangan lupa.."

"Yang rantai tu ko tak simbah air?"

"Asal tak gosok sana Dani?"

"Sana tu pulak.."

"......."

"Dani, yang ni...."

"Eh kau, tak boleh diam ke?" Danny bengang, melihat Is sedang duduk ala-ala piknik dengan mata kaca gelapnya di bangku rotan sapa entah dia rembat. Selamba mengarah itu ini di bawah payung pantai..Satu hal jugak, manalah si Is rembat payung tu..

"Kerja kau tak bersih tu.." Tegur Is tersengih-sengih tak busuk dia.

"Ni motor kau ke motor aku?" Danny tak nak kalah.

"Yelo, aku yang jual motor tu ko lah beli.." Tambah Is selamba acuh tak acuh.

"Ha! Dah tu dah jadi kepunyaan aku mu tak yah nak caring pasal ex kau lagi. Hak. aku." Danny lempar kain buruk dalam baldi, lalu kaki dibawa nak naik ke tingkat atas. Panas terik matahari buatkannya dahaga.

Is masih bersidai di bawah. Katanya nak feel ala duduk tepi pantai.

"Pale otak dia duduk tepi pantai, aku dah mati kering tengah gelanggang tu..Apa hal dengan dia tu.." Geleng kepala Danny dengan perangai pelik Is.

Sebaik memasukkan kunci dan memulas tombol, hidungnya mencium sesuatu yang sangat familiar..

"Ini, bau pencuci lantai.." Gumam Danny lantas bukak..

Tiada apa-apa diruang tamu. Disebabkan ketidaktahuan apa-apa, lantai yang basah dipijak Danny akhirnya membuatkan Danny jatuh macam nangka busuk.

"Aduh!"

"Danny!"

"Arghh, sakit pinggang aku." Gumam Danny sambil bertinggung di lantai yang basah..Tidak peduli Aliya yang mendekatinya risau. Matanya tertutup dek menahan nyeri sakit.

"Kau tak apa-apa Danny?"

"Kau, buat apa ni? Aduh.." Danny cuba bangun dan bangkit berdiri sambil menggapai sofa disana..

"Hehe, aku..."

Buk!

Sekali lagi Danny terjatuh. Bukan disebabkan lantai, tapi disebabkan pegangan di sofa licin.
Kali ini, Danny menghempas ke lantai.

"Yang ko pergi lap lantai sofa ni dah kenapa Liya.." Danny bergolek sakit tepi sofa..

"Aku nak bersihkan rumahlah. Takkan tengok berhabuk je. Ni kerja aku tau setiap dua bulan sekali." Jujur Aliya sambil buat muka bangga dia. Bercekak pinggang Aliya sambil tongkat dagu tinggi.

"At least janganlah basah sangat, ni basah dah serupa rumah banjir ko tau tak?"

Aliya tak membalas.

Danny merangkak pula. Targetnya hendak ke bilik nak tukar baju dan mandi untuk solat Zuhur.

Sesampainya di bilik, Danny terkedu.

"Aliya! Macam mana kau boleh masuk bilik aku!? Ya Allah, laptop aku, iPad aku! Hoi hantu! Kau buat apa ni!?" Danny dah merangkak ala cheetah dalam biliknya yang basah teruk.

"Oh aku cuci bilik kau, tak sangka boleh masuk. Pagar kau dah tak lut kot kat aku..Ha, yang semua barang kau aku dan masukkan dalam mesin basuh, cuci bersih-bersih." Ucap Aliya tak lapiknya dengan bangga.

"Me-mesin? Kau cuci semua barang elektronik ni dalam mesin pengering dapur tu!?"

"Yela.."

"Alahai, matilanak barang aku memang tak hidup semua.." Danny menyenduk di tepi dinding. Nak dimarahkan Aliya, hantu tu tak mengerti.

"Okey, aku nak pergi dulu. Jangan lupa pasang pagar bilik kau ni, risau cik ponti kat pondok bas tu dok menumpang kat sini. Aku dengan dia tak kawan buat masa ni.." Ujar Aliya lalu bawa diri menghilang disitu.

Danny merenung semua barang elektroniknya. iPadnya, MP3nya, malah kaset- kaset gaming ya hampir basah sepenuhnya.

"Pokai aku macam ni hari-hari."

..........
Is....

"Selamat barang aku.." Ucap Is sambil pusing-pusing kunci pintu biliknya. Awal-awal sudah memesan Aliya jangan sesekali masuk bilinya. Janjinya, dia tak akan usik Aliya dengan mengenakan baju ala-ala wednesday..

..........

Aliya di dapur..

"Hachum..."

Aliya mengelap dahinya. Ala-ala penatlahkan. Padahal tak berpeluh pun. Drama lebih si Aliya ni.

"Siappun..Ni kalau Danny tengok ni, mesti dia puji aku hehehe." Aliya puas hati. Semua barang dalam peti sejuk sudah dibuang. Tidak yang tinggal pun. Berkilat. Bersih. Tak ada isi apa-apa lagi. Tak ada apa. Apa. Lagi.

"Settle, nak jemur pakaian Danny pulak.. Hmm, tadi aku jemur boxer dia kat luar..Tapi, hilang pulak..Kena tiup angin ke? Selama ni dia jemur boxer kat mana?"

Aliya garu kepala. Tanpa pengetahuannya, Danny tak pernah jemur boxer ya di luar rumah dek tidka mahu dilihat oleh jiran-jirannya. Malu satu hal. Tapi Aliya selamba menyidai di depan rumahnya.

"Hm, biarlah, boxer dia banyak..Aku nak kemas apa lagi eh? Ha! Lap siling! Yosh, Aliya..Kau boleh buat!"

Akhirnya...Siling rumah berjaya dilap. Titisan air menitis ke lantai rumah buatkan Aliya puas hati.

"Takde dah habuk lekat lagi.."

Danny buka pintu biliknya, wajahnya yang masih sebu dek sedih dengan pemergian barang-barang elektroniknya tidak banyak bicara saat menapak keluar.

Namun, air yang menitis di kepalanya buat dia menoleh atas.

"Allah, lubang ke siling rumah aku..Air mana bocor ni.." Danny sudah berkerut susah hati. Macam-macam masalah pula melanda.

Pergi sana, pergi sini. Tak juga jumpa puncanya. Akhirnya Danny mengalah. Nanti nak disuruh Aliya tengokkan disebalik siling, mana tau ada paip pecah atau bocor.

"Aliya..Kau kat mana.." Danny melangkah ke dapur..Peti sejuk dibuka. Namun, dia terkedu. Apa yang dilihatnya hanyalah sekadar pantulan muka mencerminkannya..

"Aliya!"





Endingnya, Aliya masih mengatakan dia membersihkannya...

Perempuan, selalu betul..



HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES Cजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें