School P5 Pindah | Plan | Rescue Khairy

134 16 0
                                    

Danial membawa buah tangan, rasanya dia belum lagi melawat keluarganya setelah pindah. Tak salah dia jumpa mereka. Lagipun tak sampai seminggu kan?

"Assalamualaikum.."

Danial memberi salam. Pelik melihat rumah agam besar gelap semacam. Dah kenapa? Nombor kakaknya didail.

Tak lama selepas itu, panggilan telefonnya terjawab.

"Aku kat depan pintu pagar dah ni. Kenapa gelap je? Korang pergi mana?"

"Eh? Ibu tak bagitau kau ke?
Dua hari lepas kitorang dah pindah?"

"Ha!?"

"Ni alamat, datanglah."

"Jauh mat.."

Danial menutup panggilan. Sekejap je dia pi dah, keluarganya juga ikut pindah. Tak bagitau lansung pun.

'Aku taulah aku paling bongsu, Kut ya pun nak abaikan aku huhuhu.'

Angin gemersik sekitar rumah lama itu dipandang. Danial membawa matanya ke tingkap bilik lamanya. Disana, ada satu lembaga bayang berdiri menghadapnya.

'Mikail..Maafkan aku tak dapat cari keluarga kau. Kau dah dirasuki teruk oleh iblis. Aku tak mampu bantu semuanya. Semoga roh kau tenteram.'

Al-Fatihah disedekahkan selepas itu.

.
.
.
.

Danial terkebil-kebil, alamat di telefonnya dipandang berkali-kali. Rasanya dia tak buta. Dihadapannya kini, sebuah rumah agam besar bak istana mewah, rumah yang lengkap berpagar dan mempunyai taman luas di dalamnya.

Cepat-cepat Danial mendail nombor ayahnya. Sayangnya tidak bersahut. Didail nombor ibunya pula, juga tidak bersahut. Akhirnya nombor Amy di dail lagi.

"Betullah alamat tu, jap aku bukak pagar. Kau masuklah."

Dengan tiba-tibanya pagar terbuka. Nak terlongo Danial. Tak pernah-pernah seumur hidup dia jadi anak orang kaya. Adakah ini perasaan Is dan Danny?

"Ha Nial, dah sampai pun kau. Jum masuk. Kitorang lepak tengok tv ni." Ajak Amy muncul disitu. Membawa Danial masuk.

"Eh kak, biar betul ayah pindah sini?"

"Ye Nial, rezeki ayah naik pangkat."

"Hah? Naik pangkat!?"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di meja makan itu. Danial berpeluk tubuh. Merajuk.

"Hahaha, Maafkan kami sebab tak sempat bagitau. Ayah sibuk sangat dengan kerja dan ibu pulak dengan kemas rumahnya." Ujar ayahnya. Danial menggelembung mulutnya. Walaupun telah dijelas panjang lebar, intinya tetap sama, ayahnya sudah mampu dan terlebih mampu. Alhamdulillah, rezeki tak disangka.

"Bukan lupa anak sorang ni, cuma nak bagi kejutan sikit." Jelas ibunya sambil picit pipinya.

"Hmm, tak apalah. Benda dah jadi, lagipun ni rezeki ayah. Apapun terima kasih dan tahniah yah. Cuma terkilan sikit sebab tak tolong Ibu dan ayah nak kemas rumah."

"Terima kasih Danial, kamu pergilah join abang dan kakakmu menonton cerita.."

"Jadi, ayah sekarang dah bolehlah bini dua kan?" Usik Danial buatnya dapat sepit ketam.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now