Rumah berhantu : 11

149 23 2
                                    

Danny menutup panggilan telefonnya. Is yang memandangnya tersengih-sengih.

"Kan, watak kita akan terus bersambung ke next chapter kan?" Soal Is teruja.
"Sebab kaulah ni banyak request dari readers semua supaya kita stay sini." Keluh Danny.

"Alah, dapat bayaran apa. Author tak buat percuma pun, kau kan terkenal." Is korek telinga.

"Mujur dia author aku, kalau tak dah lama aku lari dari cerita ni." Ucap Danny menggelembung mulutnya.

"Ni mesti kes nak tengok aku main dengan Victoria ni hahaha."

"Sebab kaulah aku sangkut sini." Danial menghela nafas lemah, gila Is menjadi peranan penting dalam cerita kali ni.

"Abhang henshem jangan merajhuk, nanti siape nak phujuk?"

"Viclah pujuk." Terus Danny merangkul si comel. Dia terpukau sudah. Kali ni dia tak menggunakan minyak pelindung itu. Serba salah dia melihat ketakutan di wajah secomel apabila menghampiri mereka berdua Is.

"Vic dah makan aiskrim?" Tanya Is sambil usap kepala Victoria. Matanya juga sudah terpukau teruk.

Danial belike dari jauh,
"Aduh, dua-duanya tak boleh diharap." Gumamnya sambil geleng kepala. Malam itu, mereka sungguh meriah. Izzudin juga tersedar dari pengsannya malah bersemangat memakan apa sahaja.

"Danial." Zafran datang menegur.
"Ya bang?"
"Kawan kau berdua tu, lain macam." Ucap Zafran sambil jarinya lurus ke arah Is yang bercakap dengan entah siapa di sisi Danny. Danny pula seakan memeluk sesuatu.

"Oh, mereka sedang bercakap dengan si hantu kecil. Yang aku cakap hantu budak perempuan tu." Ujar Danial selamba buatkan abangnya terkedu.
"Jadi, mereka berdua pun nampak hantu juga?" Terkejut Zafran.

"Ya." Danial dengan jawapan pasrah.

"Wah, gila rare doh," Kagum Zafran sambil tutup mulutnya dek tak percaya.

"Apapun, tolong rahsiakan weh dari yang lain. Kawan-kawan aku gila sikit. Hantu pun takut dengan diorang ni." Bisik Danial serba salah.

Zafran anggun akur. Siapa tak risau kalau-kalau kawan Danial ni nanti kena serang hantu lain.

"Kau dengar apa yang aku dengar Mikail?"

Danial telan air liur. Ha sudah..Tak perasan pulak ada dua ekor belakangnya. Aduh pasangan couple tak jadi ni.

"Hmm, dia nampak kita ke? Tapi macam tak nampak pun Nurul? Aku dah berkali-kali usik dia dalam bilik tau."

"Entah-entah dia buat-buat tak nampak kau. Siapa tahu? Tengoklah kawan-kawan dia, layan je si Victoria."

"Aku tak percaya dengan mata aku. Weh, kau cucuk mata aku Nurul. Aku harap aku tak buta." Pinta Mikail risau. Disua mata hitamnya ke Nurul.

"Cucuk banyak kali pun mata kau tak buta. Hantu mana buta." Nurul cuba berdiri dihadapan Danial. Tajam matanya memerhati kelakuan mata Danial yang terpegun menatap sesuatu.

"Dia tak nampak." Nurul bercekak pinggang, dia terawang-awang dihadapan Danial, dan cuba melanggar Danial. Kesannya, dia terpelanting dek wangian di tubuh Danial.

"Hmm, cuba try kawan-kawan dia pulak." Cadang Mikail pula.

Nurul pergi dekat Danny dan Is, hampanya. Belum dekat lagi, dia dah terpelanting lagi jauh. Yang peliknya kenapa Victoria sahaja boleh selamat berada dekat Danny dan Is?

"Okay, aku dah buat kesimpulan.." Nurul flip hair, cover cantik depan Mikail.

"Apa dia?" Mikail berkerut tak faham.

"Maybe, diaorang cuma nampak Victoria sahaja. Kita tak nampak dipandangan mereka." Simpul Nurul pasti.

"Macam tu pulak ek?"

"Tapi, si Danial ni boleh rasakan kehadiran kita." Muncul Mira bersama Azman.

"Ye ke?" Serentak Mikail dan Nurul berkata.

Danial yang sejak dari tadi mendengar telan air liur. Kini dia sudah dikelilingi oleh hantu-hantu tersebut. Danial cepat-cepat membancuh air jus balang dihadapannya.

"Seram sejuk pulak dekat sini." Ucap Danial tersengih janggal sambil memeluk tubuhnya.

"See." Mira bangga dengan hasil siasatannya. Padahal abangnya Azman merasakan Danial mungkin boleh merasakan kehadiran mereka.

Danny dan Is menyedari mereka dikelilingi beberapa hantu, tapi mereka buat-buat tak nampak. Pagar garam yang sudah di letak tiga meter dari mereka sudah berjaya mengurung Victoria di satu tempat.

Kini si hantu kecil Victoria itu, makan dengan senyapnya dan gembira dengan aiskrim ditangannya. Bukan satu, banyak aiskrim.

Lagipula, Danny dan Is pun sedap melantak nasi impit dan kuah sate. Banyak sudah mereka makan membuatkan mereka malas hendak bangkit berdiri. Tunggulah majlis habis nanti, barulah mereka bergerak membantu mengemas sekali.

"Kau tak rasa kita patut keluar dari pagar garam ni ke Danny?" Bisik Is. Danny mengangguk mengiakan. Mata mereka berdua tajam memerhati sesuatu.
Seakan hendak menerkam makanan yang tidak jauh dari mereka.

"Kita mesti dapatkan ayam tu jugak." Gumam Danny. Mereka berdua dengan serentak berdiri.

Dengan sekali langkah.

Zup.

Cepat-cepat mereka menyauk segala sate yang dipanggang dan melantak lagi. Mereka kembali ke sisi Victoria lagi.

"Nikmatnya~" Is dengan muka bahagianya.
"Puas hati.." Danny makan dengan nikmatnya.

Mikail, Azman, Nurul dan Mira dari jauh.
"Laen macam...."

...........

Malam itu, tepat 11:30 malam, semuanya sudah berpusu mengemas itu ini. Masing-masing sudah keletihan. Dannny dan Is juga tidak ketinggalan membersihkan laman hadapan itu. Para wanita ditugaskan mencuci di dapur.

Saat Danny dan Ia sedang mengemas, mereka didatangi seorang lelaki tua. Dan sudah semestinya adalah atuk Victoria.

"Aku tahu kau berdua nampak kelibatku serta cucu-cucuku, namun aku berpesan. Jauhi Victoria. Dalam dirinya ada makhluk menunggu masa untuk keluar dan memakan ketakutan manusia. Ia tidak lama lagi, bulan hadapan keluarga ini akan huru hara."

Atuk itu lantas pergi dari sana. Mendengar akan itu, Danny dan Is terus menyemak kalendar. Memang, bulan depan adalah raya haji. Bermungkinan iblis dalam hantu lemah akan mula bermaharajalela.

"Bagitau Danial tak ni?"
"Kena ah." Danny risau.

Selesai mengemas itu ini, akhirnya mereka semua berada di dalam bilik. Is dan Danny tarik Danial.

"Korang nak buat pillow talk janganlah masa-masa macam ni, dah mengantuk gila ni." Danial menguap.

"Bukan tu lah kitorang nak bagitau, hal ni penting. Takut tak sempat sebab kitorang nak balik esok."

Danial pasrah dengan ayat Is. Dia mencelik matanya memandang Is yang serius. Pergh, tak pernah serius ini budak.

"Okeylah, apa yang korang nak sangat cakap ni." Danial tahan kantuk.

Danny dan Is menyuarakan tentang kejadian tadi. Mendengar sahaja nama atuk, Danial beri fokus lebih. Setakat ni, banyak roh tak tenteram datang menganggu. Tapi tidak pula atuk ni yang menghormati manusia. Hebat.

"Baiklah, nanti aku berpesan pada keluargaku."
Danial mencari cara.





Bersambung..........

#by the way, author buat double updte au, sorry Sebb tak banyak menarik. Tengah kering idea dan tunggu part lain yang lawa. Hehehe.

#have a great time/day.


HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now