P9 𝐍𝐢𝐜𝐞 𝐝𝐚𝐲

526 53 4
                                    

DANNY melangkah masuk. Setelah merayu dengan tok dukun untuk memadamkan asap kemenyan tersebut akhirnya dia terpaksa membayar sebagai pengeras. Ingatkan boleh blah macam tu.

'Lahanat punya dukun, aku doa kerja dia lingkup. Tak guna, nak padamkan asap tu pun kena bayar.' Bebel Danny dalam hati. Sungguh dia tak suka dengan lelaki tua itu. Dia yakin, lelaki tua itu bukan jirannya. Mungkin tetamu? Atau penumpang je?

"Danny...."
Danny menoleh. Terlihat Aliya merangkak menghampirinya. Jelas mata bersalut darah itu memudar kehitaman setelah asap kemenyan dari tingkat atas tidak dipengaruhinya lagi.

"Sakit siak leher aku, kau tibai aku macam aku patung weh. Patah tulang aku."
"Aku mintak maaf. Aku tak boleh kawal diri aku. Asap tu macam sumber kekuatan kami."
"Tahu, masalahnya orang tua tu yang salah. Bukan kau."
"Danny, better kau pindah lah. Makin kau duduk dengan aku, makin teruk keadaan kau."
"Tak nak ahh. Tak payah nak cakap benda sama. Takkan cair taik telinga aku."

Danny duduk di sofa. Laptop di atas meja diambil. Baru menyedari battery percentage dah lima peratus.
"Bila elektrik nak ada ni? Aduh, boleh mati kebosanan aku macam ni." Rungut Danny lalu merebahkan badannya ke sofa. Baru hendak melihat siling, Danny mengucap. Mengusap wajahnya penuh stress.

"Aliya, kau tak boleh berjalan macam biasa ke? Stress ah tengok kau melekat macam cicak kat atas tu. Aduh, lemah semangat aku."

"Kau bukan tengok aku hari-hari macam ni ke?" Aliya terapung mendarat elok ke bawah.
"Memanglah, cuma hari ni aku punya mood swing. Dengan elektrik tak ada, sejuk pulak tu. Dengan perangai kau lagi. Sape tak stress."
"Sebab tu aku suruh kau pindah, tapi kau degil."
"Memanglah! Dah ni tempat paling dekat dengan sekolah aku!"

Aliya terhenjut badannya sebab dibentak tiba-tiba. Dia berundur menjauhi Danny. Tidak mahu mencurah minyak di dalam api yang sedia membara.

"Tunggu dulu."
Aliya stop. Danny yang menekur lantai itu dipandang hairan.
"......."
"Kau ke yang basahkan lantai dapur tadi?"
"Kan tadi aku layan anime. Bila masa aku pergi dapur?"
"Kau tak rasa keberadaan orang lain dalam rumah ni?"
"Ada, kawan-kawan aku lah tu datang  sapa. Kalau hantu lain yang aku tak kenal, mungkin dah tertendang keluar."
"Oh, kalau macam tu lepas ni jangan bagi kawan-kawan kau masuk."

"Eh,eh. Kau boleh pulak."
"Aku tak apa, aku manusia. Kawan aku pun tahu kehadiran kau. Tapi kawan kau tu berniat baik ke dengan aku?"
"........."
"Ingat Aliya, perjanjian tu antara kau dengan aku. Kalau libatkan orang lain. Aku boleh minta Is rosakkan tubuh-tubuh kau dalam rumah ni."
"Yala, aku bagitau diorang nanti."

Danny angkat punggung. Lepak kat bilik dan solat. Membuang masa dengan baca Al-Quran sebelum tiba magrib nanti.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokan harinya.

"Hm tak hujan lagi, alhamdulillah."
Jenguk luar, memang cerah hari. Sampai nak jemur pakaian pun rasa bersemangat pagi-pagi. Danny tersenyum lebar. Tak menyesal dia tidur awal malam tadi, elektrik ada pun masa tengah malam.

Bila dia periksa group whatsapp tentang flat mereka, rupanya ada satu tiang elektrik tumbang. Patutlah kerja pembaikan dia bukan main lama.

Danny menapak ke dapur. Kerja pertama dia lakukan adalah membuang sampah. Danny bercekak pinggang. Tiga buah beg plastik. Bukannya kecik, besar gila dey.

"Macam bukan aku sorang je dalam rumah ni." Hairan Danny. Padahal dia sorang sahaja buat sampah.

Semasa mengangkut itu ini, badan Danny terkaku. Matanya memandang sesuatu yang berkumpul dalam celahan plastik-plastik tersebut.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now