Bonus 1

349 34 2
                                    

Danial mengasingkan buku - buku di atas meja. Pelajar kadangkala bukannya nak simpan balik lepas baca. Selalu ditinggalkan berselerak selepas membuat sepah.

Sebagai pengawas perpustakaan, inilah kerja paling malas dia lakukan walaupun dia suka membaca dan melepak di situ

"Entah kenapa aku rasa tak sedap hati." Ujarnya sendiri sambil menggalas beg di bahunya.

Setelah selesai mengemas apa yang patut, dia hendak balik keluar dari sekolah itu. Jingga petang menghiasi di dada langit. Tenang seperti hari-hari biasa. Namun, dia tidak tahu apa yang bakal menantinya.

Sesuatu, meniup lembut telinga Danial. Danial menepis, sangkakan ada serangga yang terbang berdekatan dengan telinganya, tetapi tiada apa-apa yang menganggu.

Danial kehairanan. Terus dia pergi ke seven eleven, ingin membeli beberapa makanan ringan dan kudapan dibawa balik. Selalunya dia makan sorang di dalam bilik, jarang dikongsi dengan adik beradik lain. Memandangkan dialah anak bongsu dari lima adik beradik termasuk dirinya.

Naik sahaja LRT, jingga petang melabuh tirai dengan suasana gelap. Mungkin tidak lama lagi hendak hujan. Ramai yang hadir tika itu balik bersama. Semua wajah kepenatan sebaik balik dari kerja.

Danial mengurut tengkuknya yang penat. Mungkin penat menunduk sehari-hari dek membaca buku. Sebaik dia mengangkat kepala, bayangan dari cermin depan mengejutkan Danny.

Seorang nenek bertongkat kayu, baju kurung lusuh. Merenungnya dengan mata terbeliak. Mulutnya terbuka sedikit dengan gigi rongak kuningnya. Sebelah Danial sahaja. Danial menelan air liur, terus wajahnya dipaling ke sisinya.

Alangkah terkejutnya sekali lagi, keberadaan nenek tua itu tiada disebelahnya. Sebaik dia memandang pantulan cermin tadi, kelibat nenek itu sudah tiada.

'Imaginasi aku ke tadi?' Danial mengurut matanya. Mungkin dia terlalu penat sehingga membayangkan yang pelik-pelik dan menyeramkan.

Danial keluar dari LRT, menuruni tangga dan pergi ke lampu isyarat. Hendak berjalan kaki sahaja untuk sampai ke rumahnya. Lampu isyarat dipandang.

Suasana jalan sunyi. Tiada kereta mahupun motosikal melalui jalan tersebut kerana itu mula memasuki jalan ke perumahannya.

"Tik."

Danial melihat bahunya basah, dari setitis sehinggalah lebat. Terus membasahi bumi.

Hujan lebat menggila.

Danial berteduh di stesen bas. Dia mengeluh, hujan lebat mungkin memakan masa yang lama. Lebat baik dia duduk sambil memakan makanan yang dibelinya tadi.

Dalam hujan lebat begitu, Danial terpandang sosok yang mencurigakan di seberang jalan. Berdiri menghadapnya. Wajahnya diselindungkan dengan rambutnya yang panjang. Hujan lebat mengaburi sedikit pandangan Danial.

"Dah kenapa dia berdiri kat situ macam tiang, dia tak sejuk ke kena hujan?" Cakap Danial sendiri sambil bangkit berdiri. Hendak membantu wanita itu duduk bersamanya di stesen itu, nanti demam pula.

Baru hendak melangkah, wanita itu turut melangkah, ke stesen tempat dia duduk disitu. Danial bernafas lega.

Namun, bunyi hon kereta dari jauh memekakkan telinga dari arah bertentangan, Danial panik.

"Hati-hati!" Jerit Danial, namun wanita itu tetap melangkah sehinggalah berhenti di tengah-tengah jalan dimana kereta itu semakin menghampiri!

Kedengaran hon yang panjang mula kedengaran semakin dekat.

"Tidak!" Jerit Danial ingin berlari ke arah wanita tersebut. Namun, kereta yang semakin menghampiri sudah membatas pergerakannya.

Kereta itu mula hilang kawalan, membelok dari melanggar wanita tersebut lantas jatuh bergeser dengan menyeret ke tar jalan. Bunyi langgaran kuat apabila bertembung dengan sebuah kereta di selekoh lagi menghasilkan bunyi letupan yang kuat disana.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now