P18 Gᴜᴇsᴛs

428 46 2
                                    

Dua minggu kemudian...

Aliya tersenyum- senyum dimuka pintu. Tidak sabar menyambut kepulangan Danny.

"Meowww.."

"Danny balik Hitam, aku banyak plan nak takutkan dia."

"Meowww.."

Aliya terapung di udara. Tak cukup terbang gaya lipas, dia letak sekali bangkai lipas di celah-celah rambutnya. Jadilah, bunga lipas. Ye ke dok? Tak pernah dibuat hantu lain.

Tombol pintu utama seakan bergerak-gerak menandakan pintu hendak dibuka dari luar.

"Bukan Dani tu..."
"Mak kau hijau!" Aliya melatah, terkejut tengok Is sebelah dengan singlet pagoda dia, selamba badak memberus gigi. Muka jelas belum basuh.

"Jadi ni siape?"
"Manalah aku tau, cer kau pergi intai. Setahu aku Dani keluar tengah hari ni. Aku yang pi jemput dia." Ucap Is acuh tak acuh dan meninggalkan Aliya bersama gerangan yang cuba-cuba hendak membuka pintu rumahnya. Is ni, kalau dek perompak betul-betul, mati dia kat situ.

"Aku kan dah mati, nak takut apa?" Soal Aliya sendiri. Dia perlahan-lahan menembus dinding sebelah pintu. Kalau manusia biasa, memang tak nampaklah kepalanya terjengul dekat situ.

Seorang pemuda, berpakaian serba hitam. Bercermin mata gelap dan juga mengenakan mask. Aliya pelik, setahunya tiada orang seperti itu terlihat di kejiranannya.

Apabila hasil membuka pintu itu gagal, lelaki itu mengeluh, seraya membuka mask hitamnya.

Suaaaaaa...

Aliya yang mengintai ternganga. Keindahan di depan mata.
Seakan melihat Deja Vu.

"Oppa?"

Zuppppppp!

Is yang gosok gigi kat dapur dengan mata terpejam terherot badannya ke sisi dek angin kuat yang entah dari mana datangnya.

"Is, aku cantik tak?"

Bila Is menoleh, dia tersedak ubat Colgate dalam mulutnya sehingga terbatuk-batuk. Merah mukanya dek terkejut.

"Kau ni dah kenapa? Nampak macam hantu ke?"

'Kau memang hantulah perempuan.'
"Yang kau berhias lawa-lawa ni dah nape? Belum pernah aku tengok kau macam ni. Mengalahkan Dato' Siti." Is meludah sisa ke dalam singki sambil melihat Aliya atas bawah.

"Ada tetamu kat luar, pergilah tengokkan." Aliya tolak Is, namun belum sempat dia menyentuh Is, dia terpelanting melanggar dinding.

"Ahh, aku pakai minyak wangi subuh tadi..Sorry..." Dengan selambanya Is tinggalkan Aliya yang geram. Mana taknya, dah cantik dah rambut yang di sikat, tak pasal-pasal mengerbang balik.

Is dari jauh masih melihat tombol pintu yang masih dipulas-pulas. Dia berkerut pelik, kenapa tak ketuk je? Ke memang betul perompak?

Is akhirnya membuka pintu untuk individu tersebut. Dia terpanar seketika. Bukan sebab kacak ke apa? Hang ingat aku gay?

"Kau...."
"Is...."

"Sejak duduk luar negara, kau dah tak reti nak ketuk pintu ke? Lagak kau macam pencuri la mangkuk."
"Ni ha, kunci yang Dani bagi ni dari tadi tak muat masuk. Aku manalah berani ketuk, tak tahu pulak ada orang kat dalam."
"La, Dani tak cerita ke?"
"Nak cerita apanya, masa aku melawat pun dia sedap tidur lagi. Kunci ni pun dia suruh aku ambik bawah kabinet laci."

Is bawak lelaki itu masuk. Lelaki itu tanpa dipelawa terus duduk di sofa dan dibuat macam rumah sendiri.
"Tengok kunci tu jap." Is meminta.

Lelaki itu membaling kunci tersebut dan duduk di sofa panjang. Tanpa sedar ada Aliya yang duduk disebelahnya itu.
"Ni kunci bilik dia ni? Sah-sahla ko salah ambik." Ucap Is buat lelaki itu meraup wajah.

"Is, kau tak nak kenalkan dia dekat aku ke?"
Pertanyaan Aliya buat Is tercengang. Kemudian jatuh kepada wajah sepupu Danny. Ya, sepupu Danny yang pastinya datang bersebab.

"Ada orang sebelah aku ke?" Ucap lelaki itu menyedari mata Is ke arah lain. Is mengangguk, Aliya terkejut. Tidak menyangka lelaki itu menyedari kehadirannya...

Uishh, bertambah blushing..

"Dia Ameer, dia macam aku, tak nampak semua tu kecuali Danny yang bukakkan." Ujar Is.
"Salam kenal. Aku Ameer." Ameer menunduk sedikit sebelah kanannya. Terkedu Aliya diperlakukan sebegitu. Macam jumpa idol duhh!

"Dia Aliya, perempuan."
Ameer terbeliak, sangkakan hantu sesama jenis, rupanya seorang wanita.

"Er awak, maaf. Saya ingatkan lelaki tadi." Kali ini Ameer menyua senyuman.
Is yang melihat tersengih-sengih. Bukan reaksi Ameer membuatnya rasa hendak tergelak, tapi Aliya dah serupa ulat yang tak cukup bulu. Menggeletis tiba-tiba. Ni kalau Danny nampak, memang kena sound depan-depan.

"So, macam mana? Kau boleh balik tak?" Is terus menuju ke topik utama.
"Selagi Dani tak keluar hospital, selagi tu mereka akan menahan aku di airport." Cerita Ameer tersenyum pasrah.

"Dani tak susahkan orang, yang menyusahkan tu family dia. Caring sangat walaupun Dani selalu rasa dia tak disayangi. Dia memang tak bukak mata dengan keprihatinan keluarga dia." Bebel Is menuju ke dapur. Hendak menyediakan air.

Ameer, sepupu Danny yang datang kerana disuruh memeriksa keadaan Danny. Selagi Danny tak keluar hospital, selagi itu dia tak boleh balik ke luar negara. Mungkin hukuman itu diberikan oleh keluarga Ameer sendiri.

Is menjeling Aliya yang masih mengintai wajah kacak Ameer. Tak sangka hantu pun boleh terpikat.
'Dia seorang model Aliya, kacak tu bonus.'

..............

Di hospital.

Danny mengemas segala pakaiannya.
"Dah nak balik ke?" Seorang hantu kanak-kanak perempuan menyapanya disisi katil. Buat muka comel pulak tu. Danny tersenyum manis dan mengangguk.

Kanak-kanak itu merupakan roh yang tak tenteram. Dia masih ingin bersama keluarganya, sayangnya dia terperangkap di hospital sahaja.

"Bila abang nak datang sini balik?"
Danny menggeleng. Telapak tangannya mengusap si budak tersebut.

Danny pergi dari situ. Beg dijinjing ke pinggang. Dia melihat kali terakhir hospital tersebut. Ramai hantu-hantu menghantar kepulangannya.

'Jangan harap aku nak datang balik hospital ni.' Janjinya di dalam hati.

Sampai diluar, kereta Is tersadai menunggu dia disana. Is yang menyandar di kereta porch silver nya mendapat beberapa pandangan liar beberapa pengunjung wanita disana.

"Oi mangkuk, amacam? Dah sihat?"
Tegur Is terlebih dahulu sambil memberi salam penumbuk mereka seperti biasa.

"Sihat fizikal alhamdulillah, mental aku je tak sihat sekarang." Adu Danny.
"Mental? Kau sakit mental ke? Meh aku hantar kau kat hospital mental sekarang."
Danny terus bagi jelingan maut dan Is mengekek ketawa. Gurauan bersambut.

"So, asal Ameer ada sini?"
"Kena hukum kot macam biasa. Tapi kali ni, keluarga mereka jadikan kau alasan. Sebab tu dia kena tunggu kau balik." Is masuk ke pemandu. Dan Danny pula masuk di sampingnya.
"Kenalah tu, budak tu pun dah lama tak balik Malaysia. Memang patut keluarga dia bising."

"Uishh, kalau aku jadi dia pun. Aku kena pandang serius karier aku Dani." Ujar Is lagi menyokong Ameer.
"Yelah, tikus-tikus jugak. Takkan sampai tak balik lansung. Tiga tahun dah ni." Geram Danny. Is pulak mengangguk faham. Tak tahu pulak sampai tiga tahun.

"Dia kat mana sekarang?" Tanya Danny. Kalau book hotel, mesti keluarga Ameer tahu. Sebab Ameer sendiri jadi pelarian dengan keluarganya sendiri.

"Ada kat rumah, Aliya dan si hitam temankan." Ucap Is selamba buat Danny berkerut.
"Hantu tu, apa khabar?" Perlahan Danny bertanya.
"Hmm, bolehlah menangis air mata darah bila aku buli dia kat rumah tu.  HAHAHA!"
"Kau memang jahanam."



















HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now