Rumah berhantu : 7

160 20 3
                                    

Danial berdiri dihadapan kedai salon. Tajam matanya melihat owner kedai sedang berborak dengan pelanggan. Rata pelanggannya sememangnya kebanyakan wanita.

Danial menoleh ke sisi, kakaknya Amy sedang memilih baju. Hari minggu ini, dia akan gunakan segala cara untuk mendekati pemangsa.

"Amy, meh sini. Aku nak kau ubah suai rambut kau."
"Hah!? Ahh tak nak, aku sayang rambut aku sekarang." Ucap Amy sambil belai rambutnya yang sememangnya lurus itu.
"Kalau macam tu, kau nak perawatan kening? Tu kena bagi nipis sikit, baru lawa. Aku orang lelaki pun akan terpancing." Ujar Danial sekadar menguji.

"Oh ye ke.." Amy makan umpannya. Keningnya disentuh. Kalau dah adiknya berkata begitu, tak boleh nak balikkan fakta bahawa keningnya agak tebal.

"Kau belanja." Amy tersengih.
"Jangan risau, duit tabung aku belum habis lagi." Danial tersengih. Berbaloi dia menjadi dropship Danny.
"Kau makin kaya ek? Main judi eh."
"Celah kau. Dah masuk, lama kau sini makin tebal kening kau." Ejek Danial selamba. Amy masam.

"Ya, selamat datang. Ada apa boleh saya bantu?" Tanya pekerja di kaunter ramah.

"Saya nak buat rawatan kening, bagi cantik." Amy buat pose cute dia kat tengah-tengah tu.

"Oh ye ke, memandangkan kami tengah luang, puan boleh menyemak senarai jenis kening yang diminati. Sila ikut saya." Ucap pekerja itu sambil bercakap-cakap dengan Amy, tidak lupa menawarkan harga berpatutan. Danial mengambil kesempatan itu mendekati sekumpulan wanita yang dari tadi rancak berborak.

"Ya Zati, terima kasih kat kaulah, sebab kau kening aku dah cantik ni. Datin Liza masam je dapat tau aku ambik service dari kau."

Apa yang diborakkan buat Danial bosan. Mengumpatlah, apa lagi. Danial duduk di sofa, membaca majalah disana sambil berpura-pura menadah telinga.

"Kami balik dululah ya, terima kasih tau Zati."

Wanita bernama Zati itu tersenyum lebar sambil melambai kawannya keluar dari salonnya. Danial mengerling benci. Tidak peduli wanita itu mula menghampirinya.

"Maaf menganggu ya tuan, tuan datang ni berteman ke?"
"Ya,"
"Oh ye ke, tuan nampak segak dengan jaket itu, malah badan tuan nampak tegap, sayang rambut tuan nampak sedikit ermm tidak kemas. Tuan tertarik hendak mencuba perapian rambut di salon kami?"

Danial diam lama. Sengaja buat wanita itu menunggu.
"Rasanya saya lebih suka style begini, biasalah orang muda. Erm puan ni siapa ya? Macam bukan orang biasa je?"

"La, sayangnya. Wajah tuan dah nampak hensem dah. Kalau ditambah dengan salon kami mesti tuan nampak lagi matured. Oh ya, saya pemilik salon ni. Miss Zati. " Ujarnya lalu duduk di sofa bertentangan. Nak terkejut Danial apabila wanita itu hendak berborak dengannya. Tak dijangkakan.

"Tapi, saya lagi tak expert miss Zati dapat bina Salon pada seawal begini dengan usia Miss Zati, sangat muda. Banyak ya pencapaian Miss Zati."

Miss Zati tersenyum namun sedikit berkerut. Entah itu nada perli atau memuji dari Danial.
"Eeee tuan ni nak bergurau agak-agaklah main usia saya. Walaupun saya ni nampak muda, tapi dah banyak ceburi bidang ni. Oh ya, dah lama kita berborak ni tuan siapa namanya, tengok dari segi pakaian tuan ni..." Zati menilai pemakaian Danial yang segak. Fikirannya melayang bahawa di depannya mungkin anak seorang berada. Kemeja dan berseluar track hitam. Muka yang jernih dan licin. Sangat menarik dipandang. Mana-mana perempuan mesti akan sangkut.

"Kenapa dengan pakaian saya?" Sengaja Danial menyoal sambil membelek pakaiannya. Dia juga tidak mahu memberitahu namanya. Biarlah wanita itu tertanya-tanya.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ