Rumah berhantu : 14

162 22 4
                                    

Hafiz Tarmizi terkaku. Di atas katilnya kini terdapat satu gambar yang sepatutnya dilupakan dan dihapuskan.

Kenapa? Ianya berada di dalam biliknya?

"Mak yah! Mak yah!" Jerit Hafiz memanggil orang gajinya.

"Ya tuan." Mak yah datang dengan terkocoh-kocoh nya. Dahinya berlapis menandakan dia sudah tua sepenuhnya.

"Siapa letak ni?" Soal Hafiz Tarmizi bengang. Jari telunjuknya menunjukkan gambar yang berada di atas katilnya.

"Bukan tuan sendiri ke mengarahkan orang menghantar gambar ini petang tadi? Mak yah akur sahaja kerana kenal ini anak-anak saudara tuan." Ucap Mak yah takut-takut. Bukan sekali dua diherdik, pernah.

Tapi hendak berhenti kerja, gaji sudah cukup lumayan untuk menampung dirinya.

"Sejak bila aku hantar?" Geram Hafiz Tarmizi, dia mencampakkan beg kerjanya ke atas katil. Tali leher di longgar kasar.

"Tapi, mak yah tak tahu. Mak yah cuma ikut arahan." Rendah nada orang tua itu. Risau diherdik teruk lagi.

"Mak yah tahu ke siapa hantar gambar ni?" Selidik Hafiz Tarmizi. Dia duduk di kerusi kerjanya.

"Dia, macam seorang lelaki, remaja lagi. Dia cakap tuan suruh letak gambar tu atas katil. Mulanya  ragu sebab mak yah tengok dia pakai mask. Takut pulak tu orang jahat. Tapi bila tengok gambar tu, mak yah tak jadi lah rasa takut sebab kenal semua wajah-wajah anak saudara tuan. Mak yah kerja sini kan dah dekat sepuluh tahun, tipulah tak kenal."

Hafiz Tarmizi kelu sahaja. Tidak tahu apa motif sebalik pemberian gambar itu. Tak mungkin adiknya. Tak mungkin juga mengupah orang lain. Jadi siapa?

"Mak yah keluar." Arah Hafiz Tarmizi. Tidak dipeduli wajah orang tua itu yang tertanya-tanya. Hanya akur sahaja perintah tuannya itu.

Bunyi deringan telefon bimbitnya berbunyi. Hafiz Tarmizi mengangkat panggilan itu sedari pemanggilnya adalah Zati.

"Ha kenapa?" Hafiz Tarmizi bangkit menuju katil. Gambar itu diambil. Diteliti wajah itu satu persatu.

"Ha?" Perbualan itu akhirnya diakhiri suara risau Zati.

"Kau cakap apa? Rahsia kita bocor?" Tercengang Hafiz mendengarnya.

Manakala Zati ditalian sebelah sana sudah risau dan takut. Satu bungkusan yang didalamnya bersama topeng gas dan sepucuk gambar sudah buatkan dia risau habis.

"Hey, kau dengar sini. Kau yakin ke kau dah hapus bukti tu hah? Macam mana dia tahu kita buat semua ni?" Soal Hafiz Tarmizi bengang.

"Manalah aku tahu! Aku memang dah bersihkan semua bukti. Polis pun tak jumpa apa-apa. Kerja kita memang clean! Cuma part kau jela aku tak tahu!" Risau Zati. Berulang-ulik dia berpusing di dalam biliknya. Jari kukunya digigit takut.

"Kau jangan main-main Zati, ni dah empat tahun perkara ni berlaku, takkan tiba-tiba jadi macam ni." Hafiz Tarmizi syak wasangka dengan Zati.

"A-Aku rasa tak kenalah dengan budak yang jumpa aku tu. Dia tinggal situ." Zati mengingat kembali wajah Danial.

"Budak mana?" Hafiz Tarmizi berkerut kening.

"Namanya Danial. Anak kepada penyewa rumah tu. Dia pernah tanya aku, macam mana bunuh keluarganya, tapi aku rasa dia provok aku Fiz. Dia cakap kalau guna gas pasti berhasil. Macam mana dia boleh tahu weh." Zati dah cemas.

Hafiz Tarmizi berkerut. Seakan pernah mendengar nama itu. Dimana?

"Kau ulang balik nama dia." Pinta Hafiz cuba mengingati nama tersebut.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now