School P4 Dia adalah...

140 19 1
                                    

Danny, Is dan Danial berjalan seiring keluar dari sekolah. Sejak duduk satu flat, mereka makin rapat. Ada sahaja benda nak diborakkan.

Hinggalah satu ketika hendak keluar dari pagar sekolah. Laluan mereka dihalangi oleh si hantu sebelum ini. Danny, Is dan Danial serentak berhenti menyebabkan ketiga-tiga mereka sudah terkedu dengan tingkah spontan mereka.

"Kau bertiga memang nampak aku selama ni."

Danny malas peduli, dengan selamba berjalan melalui hantu tersebut. Is tarik senyum, dia juga ikut langkah Danny dan diikuti Danial. Melepasi hantu tersebut.

"Hoi, aku belum habis cakap agy!"

Tidak semena-mena, Danny seakan ditarik ke belakang. Terbuntang mata Danial dan Is. Mujur takde orang sekeliling mereka.

"Kau dah kenapa hah!? Macam mana kau boleh sentuh aku?" Danny tercengang habis sambil marah dalam geram.

"Aku special." Selamba hantu itu berkata. Muka dia sambil cakap tu tak boleh blah, takde comment sense.

"Takdela special mana mu ni hok aloh, orang lain tak nampak kau..Kesian.." Is jarang buat orang panas.

"Kau cakap apa?" Masih dengan selambanya soal.

"Kau pekak ke hah!?" Danny tak mengalah menjerit. Sudahnya ketiga-tiga mereka hanya berbalas kata pedas.

Danial menghela nafas panjang. Kalau macam ni hari-hari. Boleh demam dia.

Danny ni, orang yang baran. Adakalanya tersangatlah peramah. Dah jadi kebiasaan gaduh dengan hantu tidak dapat dipisahkan. Sejak muncul hantu Aliya.

Is ni, boleh jugak dikatakan senget. Kadang suka memperli dalam bentuk lawak tak berasas. Tapi dialah boleh diharapkan untuk mengubati seseorang. Bila fokus, Is akan jadi orang lain.

Hakikatnya, dia pula selalu menjadi pendamai mereka ni.

"Danny Is, dah sudah. Petang dah ni dekat asar. Kita singgah surau dulu. Dan kau hantu, kalau kali ni kau tak cakap kau siapa, jangan fikir aku tak pagar satu sekolah ni. Biar kau terkurung dalam sekolah ni, selama-lamanya. Faham?"

Mendengar ayat Danial semua mengangguk. Seriau dengan aura marah Danial yang senyum sambil berkata tenang itu. Jangan pandang Danial ni tak kuat. Dia boleh apa sahaja kalau dia mampu.

Hantu itu melepaskan Danny. Sempat dijelingnya Is. Danial perasan hantu ni tak cakap banyak. Hanya sahaja bergaduh dengan Danny sahaja. Pelik.

Mereka bertiga meninggalkan hantu tersebut. Kembali masuk ke dalam sekolah dan singgah ke surau sekolah. Nak tahu sangat sape hantu yang asyik mengekor diorang.

.
.
.
.
.
Seperti yang dijanjikan, mereka semua berkumpul di hadapan surau sekolah. Muka Danny bengis, Is pula tak berminat sambil siulnya. Danial duduk tenang, menjadi perantara ketiga kepala yang tak ngam lansung dihadapannya.

"Jadi, kau siapa? Kau hantu jenis apa?"

"Aku Khairy dan aku bukan hantu."

Barulah Is dan Danny beriak. Terpancing mendengar ulasan Khairy.

"Eh mana boleh macam tu. Suka hati je claim diri bukan hantu. Dah tu kau boleh pulak terbang, rasuk dan sentuh manusia." Danny mula nak gaduh lagi.

"Yela, dah aku memang special." Sahut Khairy selamba. Sekaligus meja bulat itu kembali bising dengan pergaduhan Danny dan hantu itu. Is pula macam tak caye, kadang disentuhnya pipi hantu Khairy, kadang dipicit-picit pipi itu.

"Kau gay ke sentuh-sentuh aku ni?"

"Perasan. Tak hingin aku mata sepet kau. Aku lagi handsome dari kau." Is mencebik. Sudahnya dia ikut berperang mulut bersama Danny. Danial geleng kepala. Susah jugak macam ni.

"Korang bertiga tak boleh bincang baik-baik ke?"

"Ha? Benda boleh gaduh buat apa bincang?" Is menoleh geram.

Saat melihat Danial menayang senyuman paling manis. Apalagi, kesemua diam. Is tertelan air liur. Menyesal cakap cantu.

Lain macam aura Danial sekarang. Jangan dibuat main sama Danial. Hantu pun berdendam dengan keturunan Danial ni.

"Sekarang jelaskan, macam mana kau jadi bentuk roh gentayangan ni? Dan kau boleh dekati kami." Danial mula siasat.

"Aku manusia, bukan hantu. Aku terkeluar dari tubuh. Aku nak cari tubuh sesuai untuk alihkan tubuh aku."

"Apa maksud kau?" Danny tak faham.

"Hakikatnya kau hantu, sebab kau tak boleh lepasi penghalang dan pagar kami." Is hairan.

"Ya, itu je kelemahan aku." Khairy memang sejenis orang malas bercakap.

"Apa maksud kau nak cari tubuh sesuai dan alihkan tubuh kau? Kau dah mati ke?"

"Aku rasa aku belum mati lagi, tubuh aku terperangkap dalam tangki air kat belakang sekolah. Aku sepatutnya jadi pelajar baru seminggu lepas. Entah macam mana aku boleh masuk dalam tangki tu."

"Eh, kalau kau masuk dalam tu? Kau tak mati ke?"

"Aku pandai berenang. Tapi aku pengsan sekarang. Tubuh aku mengapung dalam tu, seingat aku berpaut dengan beg sekolah aku. Mujur beg aku kalis air. Jadi aku perlukan bantuan orang lain untuk tolong tarik tubuh aku. Dah terlalu lama aku dalam tu. Sorang pun tak dengar aku menjerit mintak tolong. Sedar-sedar aku jadi macam ni sejak tiga hari lepas. Jadi, aku nak tau sangat apa jadi kat tubuh aku sekarang. Aku risau aku dah mati." Khairy tarik nafas. First time dia cakap panjang-panjang ni.

"Allahuakbar, asal kau tak cakap awal-awal? Lagi satu, takkan takde orang perasan kau hilang ni?" Danny dah mula sandang beg. Nak tolong.

"Aku anak yatim, rasanya aku cuma ada pengawal peribadi yang teman aku sebelum masuk sini."

"Pengawal peribadi, maksudnya kau ni orang berada lah?" Danial terkejut. Dia dikelilingi orang kaya je.

Danny tak cakap banyak turut bangun. Danial ikut bangun. Dan tinggallah Is yang duduk termenung sedari tadi.

"Is, kau dah kenapa? Cepatlah." Ajak Danny. Dia nak kepastian sangat.

"Dani, Nial, sekolah kita mana ada tangki air."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Khairy dipandang atas bawah.

"Jadi, macam mana kau bawak aku masuk kawasan tu?" Danial nak tau.

Khairy yang redup pandangannya serta beriak kelam itu meletakkan tangan ke bawah dagu. Dah macam detective Conan.

"Aku, pun tak tau."

"Ha? Kalau kau tak tau? Macam mana kami nak selamatkan kau?"

"Hm, kalau macam tu bagi aku masa."

Krik krik krik ~

"Cakap tu biar habis." Bengang Danny.

"Bagi aku masa nak cari kat mana tangki air tu."

"Haaa, kan senang." Danny menghela nafas panjang.

"Esok kita pergi tanya mana-mana guru. Kalau diorang tahu tentang ketidakhadiran Khairy pada hari first pindah." Jelas Danial.

"Dan aku mintak daddy aku carikan tentang Khairy ni." Is tersengih.

"Spy?" Khairy terangkat kening.

"Yup, aku nak jugak tahu kau ni sape."

Khairy hanya diam. Riaknya memang tak ditunjukkan sangat.

"Tapi, aku nak tahu do. Apa hubungan kau dengan Shoko? Asal kau ikut dia?"

"Dia, iras macam kakak aku yang dah meninggal.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now